Wednesday 15 August 2012

Siape "Tetamu" itu?

As Salam,

Suami Oh Suami,bagaimana dengan kehidupan kite? Keluarga kite? Ibu bapa kite? jiran-jiran kite? saudara-mara kite? Semoga semuanya baik-baik belaka.InsyaAllah.

Marilah kite bersama-sama memohon doa kehadrat Ilahi, agar DiTunjukkan kite jalan yang lurus jalan yang DiRedhai. Amin.

Sedar atau tidak dalam sehari semalam,pasti ade "tetamu" yang mengetuk pintu rohani kite,agar bangkit menemui Allah. Tapi sangat sedikit dikalangan kite punyai kesedaran akan kewujudan "tetamu" itu. Adakalanya datang tanpa diundang dan amat sedikit yang begitu tertunggu-tunggu akan kehadirannya.

"Tetamu" yang aku maksudkan ni adalah Solat Fardhu 5 Waktu kite.Ada yang menyambutnya dengan sambil lewa, malah ada yang lagi menyedihkan langsung tidak menghiraukan kehadirannya dan membiarkan ia berlalu pergi begitu saje.

Cuba bayangkan kalau kita seorang perniaga yang senantiasa dikunjungi oleh orang-orang kenamaan. Kite rase dialah lubuk rezeki kite. Sudah pasti perkhidmatan yang terbaik kite akan berikan kepada mereka.Takut kalau dilayan sembil lewa pasti mereka akan pergi ketempat lain.


Firman Allah dalam Surah al-Mukminun 23: 1-2 yang bermaksud:
“ Dan berjayalah orang Mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya…”


Solat Fardhu  5 waktu itu lebih daripada itu. Bukan saje pembawa rezeki malah lebih dari itu. Dalam Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat”, datang seiring dengan seruan “marilah menuju kejayaan”. Hal ini menunjukan solat itu ada keistimewaan dan mampu membawa kita kearah kejayaan. Maknanya, jika solat dilakukan dengan betul dan sempurna akan menggerakkan orang yang melakukannya mencapai kejayaan.InsyaAllah.

Jadi janganlah kite membiarkan "Tetemu" kite berlalu pergi begitu saje.
Suami Oh Suami




No comments:

Post a Comment