Tuesday 21 August 2012

Manfaatkan Aidilfitri untuk bermaaf-maafan.


As salam.

bersempena dgn kehadiran Syawal yang mulia ni. kita digalakan saling bermaaf-maafan.Sifat bermaaf-maafan bukan sahaja menonjolkan peribadi Muslim yang berbudi pekerti mulia, malah ia mencerminkan keindahan Islam sebagai agama yang benar dan tinggi.Diharapkan ,selepas berakhirnya bulan Syawal yang mulia ini,kite tetap dpt meneruskan sifat kemaafan sesama kita sampai bile-bile.InsyaAllah.
 
Allah menjelaskan bahawa amalan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan murni seterusnya melayakkan seseorang Muslim mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Terimalah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang-orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).
 
Sebenarnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf juga mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Dengan bersabar, ego dapat ditundukkan, maka lahirlah perasaan mudah untuk meminta maaf dan juga memberi kemaafan kepada pihak lain. Allah memberi peringatan betapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap Muslim. Firman Allah yang bermaksud: “Maka bersabarlah, dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5). Allah juga berfirman yang bermaksud: “Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46).
 
Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian bagi mereka yang bergelar Muslim sejati. Hakikatnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf tidak tertumpu kepada golongan tertentu saja. Amalan meminta maaf bukan hanya amalan hamba terhadap tuannya, pekerja terhadap majikannya, murid kepada gurunya, golongan muda kepada golongan tua, bahkan ia amalan yang dituntut kepada sesiapa saja yang melakukan kesilapan, tidak mengira darjat dan pangkat. Malah jika ibu bapa ada melakukan kesilapan kepada anak mereka, maka amat wajar bagi ibu bapa untuk meminta maaf kepada anak, apatah lagi jika sebaliknya.Ucapan memohon kemaafan ini seharusnya bermula dari rumah kita sendiri seterusnya ke rumah saudara-mara dan seterusnya kerumah sahabat handai yang kita kunjungi.
 
Selain itu, satu lagi amalan yang harus dikekal dan diamalkan pada hari raya ialah amalan memberi ucapan selamat kepada sesama Muslim. Budaya yang memang menjadi amalan umat Islam di Malaysia semasa hari raya perlu terus disemarakkan kerana ia selari dengan tuntutan Islam.
 
Jika dilihat senario semasa, budaya menghantar kad ucapan hari raya adalah satu amalan yang baik, hampir pupus disebabkan faktor sekeliling. Namun dengan kemajuan dunia teknologi masa kini seperti sistem pesanan ringkas, e-mel, laman sosial peribadi seperti friendster dan facebook harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menghidupkan budaya memberi ucapan selamat kepada saudara Islam pada bulan Syawal ni.

Oleh itu aku mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Aidilfitri ni untuk memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca artikel ni. Semoga kite semua berada didalam Keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Suami Oh Suami.

.

No comments:

Post a Comment