Thursday 9 August 2012

kalau kita boleh BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL dalam mencari jodoh kenapa tidak dalam mencari Hidayah Allah S.W.T

As salam,

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah Ar-Rum: 21)
Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Allah. Ramai yang percaya jodoh perlu dicari.Walaupun tahu Allah yang berkuasa Menentukan jodoh seseorang.

Persoalannya walaupun kita tau jodoh itu Allah yang tentukan,Kita tetap berusaha mencari jodoh kita.Tetapi tidah pula kita berusaha dalam mencari hidayah Allah?

Suami Oh Suami, Jadikan lah diri kita sebagai contoh yang terbaik dalam mencari hidayah Allah kepada isteri dan anak-anak kite.Hidayah Allah perlu dicari bukan mengharap 100% kehadirannya atau menunggu bila akan sampainya.Tunjukankan lah kesungguhan kita tu pada Allah S.W.T sambil mengharap keredhaanNya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11
Apa akan jadi jika suami tidak mahu belajar Agama? siapa yang kita akan harapkan untuk mengajar isteri dan anak-anak kita? Nak tunggu sampai bila?

Solat pun buat sendiri-sendiri tak pernah nak berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Ada yang lagi teruk, tak solat langsung. Lihatlah betapa besar dosa yang kita lakukan.

*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Tidak kah kita takut akan azab-azab Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kaaffah) ,dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (Al Baqarah,2:208)
Ya Allah,Tuhan Yang Berkuasa atas hat-hati manusia,Yang Berkuasa membolak-balikkan hati ini,jangan Kau palingkan hati-hati kami setelah Kau berikan petunjuk pada kami. amin.

Ayuhhhh... Suami Oh Suami. marilah nenuju kejalan Allah. Berusahalah untuk kita,isteri,anak-anak dan keturunan kita dan yang paling penting Kerana Allah S.W.T. InsyaAllah.
Suami Oh Suami

1 comment:

  1. InsyaAllah,semoga Allah selalu memberi yang terbaik buat kita menurut-NYA,,

    ReplyDelete