Thursday 30 August 2012

Contoh Custom Album Kahwin


As salam

kat atas tu contoh Custom Album yang aku buat untuk pengantin. sesiapa yang berminat bolehlah hubungi aku ditalian 0177885330 sms pun diterime. atau email ke admin@welikefoto.com

Pakej foto kawin aku ni khas untuk muslimah yang bertudung saje.
Suami Oh Suami

Wednesday 29 August 2012

Info : Penyimpanan Susu Perahan

As salam
Lebih kurang  sebelas hari lagi isteri aku naik keje. Cuti 90 hari (cuti bersalin) . Tugas-tugas menjaga anak-anak diwaktu siang dah jadi rutin harian aku sebelum ni. Cume kali ni agak berbeza sikit.Kehadiran baby aku yang baru ni.memang agak mencabar.
Aku bukan jerk nak kene uruskan antar dan pulang anak-anak aku dari sekolah, basuh baju,sidai baju,memasak (kalau sempat) ehehehehe,tapi jugak mengasuh baby aku yang baru ni.Bab mandi kan die,cebok berak die... rasenye Alhamdulillah.cume bab nak bagi die minum susu jerk yang agak susah sikit.kalau bab ni aku gagal...adoiiiiii... dengan tangisan die yang tak begenti-genti.boleh pecah rumah aku ni... hehehehehe
Mane taknye....baby aku ni menyusu badan.biasenye bukan main sedap lg die menge”pam”. hehehe. ni kene bagi minum secara manual plak. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah S.W.T. amin.
Dah 2 hari cube bg die minum susu ( perahan susu badan isteri aku) ...mule-mule bg gune botol susu. Mungkin puting tu die tak suke.Die taknak minum pun.pastu ade yang cakap gune cawan jerk. Tapi bg aku yang paling mudah...gune picagari jerk. Yang biasenye orang gune untuk bagi budak-budak makan ubat air tu la.

Sedikit info untuk korang...Penyimpanan susu perahan ( Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia)



Suami Oh Suami

Perbezaan "PENDIDIKAN" dengan "PELAJARAN"


AS salam
Ramai ibubapa beranggapan dengan menghantar anak-anak kesekolah maka telah lepas lah tanggungjawab mereka didalam mendidik anak-anak tersebut.Mereka tidak sedar terdapat perbezaan yang amat nyata diantara pelajaran dan pendidikan.
Pelajaran yang diperolehi disekolah hanyalah satu bentuk pengetahuan sahaja. Manakala pendidikan pula sebenarnya lebih dari itu, malahan pendidikan itu akan menjadi  amalan anak-anak kita sampai bila-bila.
Janganlah diharapkan anak-anak kita akan terdidik di sekolah-sekolah yang kita hantar.Didikan itu bermula dirumah.Apa yang kita lakukan.Itulah didikan kita.
Ingatlah didikan yang baik adalah mengikut Ajaran Islam berlandasankan Al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w.
Jangan asik menyuruh anak-anak kita melakukan itu dan ini, Tetapi sebaliknya ajaklah mereka melakukannya bersama-sama  dengan kita.
Contohnya : Ramai ibubapa asik suruh anak-anak mereka solat,sedangkan kite sendiri dah lame tak solat.Apakah Syurga itu untuk anak-anak kite sahaja? Apakah mereka saje yang mempunyai Allah yang wajib disembah?  Kite bagaimana? Bila anak-anak taknak ikut cakap kita,kita marah mereka. Sedangkan mereka melihat apa yang kita lakukan.Ibubapa tak pernah solat.kenapa mereka perlu solat?
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak kita, hendaklah kita mendidik hati kita terlebih dahulu.Tambahlah ilmu agama.Jangan berhenti belajar. InsyaAllah terdidiklah anak-anak kita.

Suami Oh Suami

Tuesday 28 August 2012

Jom Snap : Part 2

Outdoor kat Sungai Petani, Kedah

Suami Oh Suami

Doa amalan Suami Isteri ( mudah jerk)


Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa:

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

Adalah juga disunnahkan juga suami berbuat demikian sebelum meniduri isteri.. semoga amalan yang dikerjakan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t

Selamat beramal
Suami Oh Suami

Bercuti sambil Bekerja.

As salam.

Musim-musim Raya ni, memang agak bz la kan,betol tak? Bagi ibubapa yang ada  anak-anak bersekolah, nak pegi makan angin pun kene rancang betul-betul.Barulah semuanya berjalan dengan lancar.InsyaAllah. Keje mcm aku ni lain sikit. mase cuti tu lah aku buat keje . Maklumlah hidup sebagai seorang jurugambar lah katakan.

26hb Ogos  yang lepas, aku ade job kat Taiping.Ambik gambar kawin. Lepas bincang dengan isteri aku. kite org pun setuju pegi satu family. sambil aku ambik gambar, Isteri aku bolehlah bawak anak-anak aku bersiar-siar kat sane.


dah sampai Taiping... pegi la Zoo Taiping & Night Safari.





Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.Alhamdulillah. cume mase sessi nak outdoor ujan plak.adoiii... terus lemah semangat aku.dah le tak ade tempat nak berteduh.risaunye. takut air ujan tu mengamcam kejituan kamera aku.heheheheheh.

Aku buat sessi outdoor kat Taman Tasek Taiping. Tempat ni memang cantik. cume cuaca jerk yang tak berape nak mengizinkan.

Mula-mula sampai memang teruja sgt. bile dah ujan. Allah saje yang tahu perasaan aku mase tu. Buntu....

Makeup muke pengantin memang abis kene air ujan. ni pun jadi keje tambahan gak kat aku. nak touchup muke diorang gune photoshop.heheheehhee...mcm mane pun.... i like. ...boleh asah skill aku yang dah lame tak diasah ni. :)

 Apa pun. Alhamdulillah ... semuanye selamat.


Abis sessi outdoor balik Homestay...sambung lagi 1 malam. lepak giler.


 Selamat Pengantin Baru buat Zulhilmi bin Mohd Fuza Dan Fariza Aini binti Tajul Urus
sebelah kanan gambar asal. sebelah kiri setelah diEdit.aku start edit pukul 9 mlm ....habis edit kol 1.30 pagi.semalam dapat edit 5 keping jerk... untuk sekeping gambar ni jerk aku edit makan mase 1 jam 20 minit. .Apa pun ni lah keje sebagai photographer.
 
Esoknye.... aku ngan family berangkat ke Pulau Pinang.


Naik Ferry. bukan main suke anak-anak aku.hehehehehe.

Kite orang pegi Bukit Bendera.


merasa la naik train yang baru. 5 minit jerk sampai atas. dulu ambik mase 30 minit. jenuh gak kan. mase nak beli tiket jgn lupe tunjukan Mykad. RM6 jerk.kalau tak tunjuk Mykad nanti kene bayar mahal.harga pelancong. RM30 seorang.

Balik lalu jambatan Pulau Pinang. saje jerk nak bagi anak-anak aku merasa. hehehehehe



ok lah jumpe lagi. :)
Suami Oh Suami

Tuesday 21 August 2012

Manfaatkan Aidilfitri untuk bermaaf-maafan.


As salam.

bersempena dgn kehadiran Syawal yang mulia ni. kita digalakan saling bermaaf-maafan.Sifat bermaaf-maafan bukan sahaja menonjolkan peribadi Muslim yang berbudi pekerti mulia, malah ia mencerminkan keindahan Islam sebagai agama yang benar dan tinggi.Diharapkan ,selepas berakhirnya bulan Syawal yang mulia ini,kite tetap dpt meneruskan sifat kemaafan sesama kita sampai bile-bile.InsyaAllah.
 
Allah menjelaskan bahawa amalan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan murni seterusnya melayakkan seseorang Muslim mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Terimalah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang-orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).
 
Sebenarnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf juga mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Dengan bersabar, ego dapat ditundukkan, maka lahirlah perasaan mudah untuk meminta maaf dan juga memberi kemaafan kepada pihak lain. Allah memberi peringatan betapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap Muslim. Firman Allah yang bermaksud: “Maka bersabarlah, dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5). Allah juga berfirman yang bermaksud: “Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46).
 
Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian bagi mereka yang bergelar Muslim sejati. Hakikatnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf tidak tertumpu kepada golongan tertentu saja. Amalan meminta maaf bukan hanya amalan hamba terhadap tuannya, pekerja terhadap majikannya, murid kepada gurunya, golongan muda kepada golongan tua, bahkan ia amalan yang dituntut kepada sesiapa saja yang melakukan kesilapan, tidak mengira darjat dan pangkat. Malah jika ibu bapa ada melakukan kesilapan kepada anak mereka, maka amat wajar bagi ibu bapa untuk meminta maaf kepada anak, apatah lagi jika sebaliknya.Ucapan memohon kemaafan ini seharusnya bermula dari rumah kita sendiri seterusnya ke rumah saudara-mara dan seterusnya kerumah sahabat handai yang kita kunjungi.
 
Selain itu, satu lagi amalan yang harus dikekal dan diamalkan pada hari raya ialah amalan memberi ucapan selamat kepada sesama Muslim. Budaya yang memang menjadi amalan umat Islam di Malaysia semasa hari raya perlu terus disemarakkan kerana ia selari dengan tuntutan Islam.
 
Jika dilihat senario semasa, budaya menghantar kad ucapan hari raya adalah satu amalan yang baik, hampir pupus disebabkan faktor sekeliling. Namun dengan kemajuan dunia teknologi masa kini seperti sistem pesanan ringkas, e-mel, laman sosial peribadi seperti friendster dan facebook harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menghidupkan budaya memberi ucapan selamat kepada saudara Islam pada bulan Syawal ni.

Oleh itu aku mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Aidilfitri ni untuk memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca artikel ni. Semoga kite semua berada didalam Keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Suami Oh Suami.

.

Friday 17 August 2012

Cuka Apple dan Khasiatnya


As salam,

Dlm beberape hari ni. aku amalkan makan cuka apple. Sebenarnye memang banyak hasiat cuke apple ni. bile dah amalkan barulah kite percaye.Untuk korang yang nak carik makanan tambahan untuk kesihatan korang.kalau korang nak cube memang aku galakkan.Tu pun kalau korang bleh tahan dengan rase masam cuke tu la.kalau korang tak tahan bleh jerk minum dengan air. Untuk pengetahuan korang harganye murah tak sampai RM10 pun. makan 2 kali sehari 1 sudu kecik. walaupun murah khasiatnye memang banyak. Nak beli pegi jerk GIANT :)

antara kelebihan cuka apple adalah :

1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai: Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang (menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang)
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka". (Hadis Riwayat Muslim) 

"Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka" (Hadis Muslim)

Jagalah Kesihatan kite Suami Oh Suami semua.

Suami Oh Suami

Wednesday 15 August 2012

Siape "Tetamu" itu?

As Salam,

Suami Oh Suami,bagaimana dengan kehidupan kite? Keluarga kite? Ibu bapa kite? jiran-jiran kite? saudara-mara kite? Semoga semuanya baik-baik belaka.InsyaAllah.

Marilah kite bersama-sama memohon doa kehadrat Ilahi, agar DiTunjukkan kite jalan yang lurus jalan yang DiRedhai. Amin.

Sedar atau tidak dalam sehari semalam,pasti ade "tetamu" yang mengetuk pintu rohani kite,agar bangkit menemui Allah. Tapi sangat sedikit dikalangan kite punyai kesedaran akan kewujudan "tetamu" itu. Adakalanya datang tanpa diundang dan amat sedikit yang begitu tertunggu-tunggu akan kehadirannya.

"Tetamu" yang aku maksudkan ni adalah Solat Fardhu 5 Waktu kite.Ada yang menyambutnya dengan sambil lewa, malah ada yang lagi menyedihkan langsung tidak menghiraukan kehadirannya dan membiarkan ia berlalu pergi begitu saje.

Cuba bayangkan kalau kita seorang perniaga yang senantiasa dikunjungi oleh orang-orang kenamaan. Kite rase dialah lubuk rezeki kite. Sudah pasti perkhidmatan yang terbaik kite akan berikan kepada mereka.Takut kalau dilayan sembil lewa pasti mereka akan pergi ketempat lain.


Firman Allah dalam Surah al-Mukminun 23: 1-2 yang bermaksud:
“ Dan berjayalah orang Mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya…”


Solat Fardhu  5 waktu itu lebih daripada itu. Bukan saje pembawa rezeki malah lebih dari itu. Dalam Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat”, datang seiring dengan seruan “marilah menuju kejayaan”. Hal ini menunjukan solat itu ada keistimewaan dan mampu membawa kita kearah kejayaan. Maknanya, jika solat dilakukan dengan betul dan sempurna akan menggerakkan orang yang melakukannya mencapai kejayaan.InsyaAllah.

Jadi janganlah kite membiarkan "Tetemu" kite berlalu pergi begitu saje.
Suami Oh Suami




Thursday 9 August 2012

kalau kita boleh BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL dalam mencari jodoh kenapa tidak dalam mencari Hidayah Allah S.W.T

As salam,

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah Ar-Rum: 21)
Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Allah. Ramai yang percaya jodoh perlu dicari.Walaupun tahu Allah yang berkuasa Menentukan jodoh seseorang.

Persoalannya walaupun kita tau jodoh itu Allah yang tentukan,Kita tetap berusaha mencari jodoh kita.Tetapi tidah pula kita berusaha dalam mencari hidayah Allah?

Suami Oh Suami, Jadikan lah diri kita sebagai contoh yang terbaik dalam mencari hidayah Allah kepada isteri dan anak-anak kite.Hidayah Allah perlu dicari bukan mengharap 100% kehadirannya atau menunggu bila akan sampainya.Tunjukankan lah kesungguhan kita tu pada Allah S.W.T sambil mengharap keredhaanNya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11
Apa akan jadi jika suami tidak mahu belajar Agama? siapa yang kita akan harapkan untuk mengajar isteri dan anak-anak kita? Nak tunggu sampai bila?

Solat pun buat sendiri-sendiri tak pernah nak berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Ada yang lagi teruk, tak solat langsung. Lihatlah betapa besar dosa yang kita lakukan.

*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Tidak kah kita takut akan azab-azab Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kaaffah) ,dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (Al Baqarah,2:208)
Ya Allah,Tuhan Yang Berkuasa atas hat-hati manusia,Yang Berkuasa membolak-balikkan hati ini,jangan Kau palingkan hati-hati kami setelah Kau berikan petunjuk pada kami. amin.

Ayuhhhh... Suami Oh Suami. marilah nenuju kejalan Allah. Berusahalah untuk kita,isteri,anak-anak dan keturunan kita dan yang paling penting Kerana Allah S.W.T. InsyaAllah.
Suami Oh Suami

Monday 6 August 2012

hukum korek hidung semasa berpuasa



Bila tiba bulan Ramdhan ni, pasti masih ramai yang tertanya-tanya apakah hukum korek hidung semasa berpuasa.Ada yang bg jawapan batal kalau korek hidung .Jangan permainkan hukum. kalau kita tak tau jangan suka2 bg pendapat.Kalau was-was jgn buat.Jawapan yang aku kongsikan ini adalah jawapan yang Ustaz Azhar Idrus didalam bukunya yang berjudul, Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab.

“Menurut pendapat yang mektabar dalam kalangan sarjana fikah Mazhab Syafii, tidak batal puasa dengan sebab memasukkan sesuatu ke dalam hidung ataupun telinga melainkan sampai kepada had batin.

Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula adalah sampai kepada gegendang telinga”

Semoga kita sama-sama menjaga kebersihan diri.Ingatlah Allah S.W.T sgt sukakan akan kebersihan.

Sifat suci dan bersih penting dalam Islam dan menjadi intipati dalam kehidupan seorang Islam. Kebersihan dan kesucian mencakupi kehidupan seharian seorang Islam hinggalah dalam melakukan ibadah. Ianya disebut secara jelas di dalam beberapa ayat Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (SAW). Didalam Surah Al-Baqarah ayat 222 Allah (SWT) berfirman:
Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠُØ­ِبُّ التَّÙˆَّابِينَ ÙˆَÙŠُØ­ِبُّ الْÙ…ُتَØ·َÙ‡ِّرِينَ
Maksudnya:
“…..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan Dia mengasihi orang-orang yang menyucikan (membersihkan) diri”
 
Suami Oh Suami

Tiada Duit? tapi masih boleh bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati penerima dalam bentuk barangan. Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.

Kerana itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.

Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).
Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.”

Sebagai suami senyuman kite bukan sahaja sedekah kepada isteri kita.tetapi juga melambangkan keharmonian rumahtangga kita.

Cuba amalkan sentiasa tersenyum dalam ape jua yang kite lakukan .cube juga ketika memasak, selain daripada membaca Bismillah dan berselawat. senyuman ketika memasak juga dpt mengalirkan caj positif kepada masakan kite. caj2 positif ini akan meransang pertumbuhan yang positif kepada sesiapa yang memakannya. Cuba bayangkan aliran positif ini mengalir kedalam badan keluarga kite.InsyaAllah semakin harmonilah rumah tangga kite.


Suami Oh Suami
Senyum sikit :)

tambah kasih sayang dlm masakan

As salam.
Terime kasih sudi singgah ke sini. Kan semalam aku cakap masak ikan siakap kukus. Sekor pedas ala2 nyonya dan sekor lg kurang pedas ala2 masakan Thai. Alhamdulillah memang menjadi pun.Bile ditanye pade anak-anak aku... diorg kate sedapnye bah. Hehehehehe. Pastu tgk care diorg makan bukan main beria lg. Alhamdulillah puas hati aku. Sekurang2nye x membazir.abis semuenye.kalau pg makan kat luar. Mau melayang  60-70 hinggit.hehehehehe.
yang ni kukus ala2 Thai. yg ni senang jerk kan. cume aku tambah kicap manis ABC sikit. (nak ikut selera anak2 aku )

ni lah dia siakap kukus ala2 nyonya. bahan2 tu aku tumis dulu.pastu curah atas ikan.kemudian kukus.


Bukan nak berkire dgn keluarga.Cuma kalau kite masak sendiri.kite tau ape bahan2 yg kite gunekan. Kalau makan kat kedai banyak sgt perasa tambahan diorg letak.kan ke tak elok untuk kesihatan.berbeza bile kite masak kat rumah walaupun tak letak perasa tambahan tapi kite gantikan  kasih sayang dalam masakan kite tu. Bile tengok semue yang kite masak tu habis licin. Tak dpt nak bayangkan mcm mane perasaan kite mase tu.
Kalau korang nak tau,aku beli periuk kukus ni cume RM29.90 jerk .kat Giant. Memang kecik sikit la tapi tak ada masalah pada keluarga aku yg kecik ni. Loyang tu pulak ,aku beli berasingan.Bila dah ade periuk kukus ni. Macam2 kite boleh buat. Selain drpd kukus ikan.kite boleh buat kek kukus mcm yg aku pernah tulis tu. Jagung kukus. Haisss... banyak lg la. Heheheehehe.

Suami Oh Suami
Jumpa Lagi :)

Sunday 5 August 2012

Tidur ikut Sunah Nabi Muhammad s.a.w

Marilah kita mengamalkan Sunah Rasulullah,lebih2 lg didalam bulan Ramadhan ni. SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur:

1. Membaca doa sebelum tidur.











2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9. Membaca doa tidur (selepas bangun dari tidur).










Peringatan: Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

Suami Oh Suami

Masak yang mudah2 jerk.

As salam... hai semua, Hari ni sampai giliran aku masak plak. Semalam isteri aku masak ... Tom yam Potek ...name memang kelakor.tapi rase die.... peehhhh bukan masin sedap .

Aku pegi giant tengok ikan Siakap murah le pulak. Seekor tak sampai RM8 pun. Hurm... aku beli 3 ekor. 2 ekor nak masak untuk hari ni. Seekor lg. Masak esok.Untuk aku dgn isteri, kukus pedas2. Boleh buat ala2 nyonya nye ikan kukus. Untuk anak-anak aku plak. Buat kukus kurang pedas. Ala2 masakan thai.nyam nyam nyam.

Aku pun tak pandai dlm bab masak2 ni sebenarnye sebab tu Aku tak suke masak yang cerewet2 sgt. Aku selalu pilih masak yang mudah2 jerk.mudah tapi sedap. Aku masak pun x suke disiplin sgt. Terlalu ikut resepi.aku suke main campak2 jerk.hehehhehe. cubit2.sebab bg aku lain org...lain care dan rase masakannye. Kalau kite terlalu ikut resepi org. Mesti masakan kite jadi tak special.

Air tangan kite ni...penuh bermakne tau.heheheheheheh. Masa memasak tu jangan lupa baca Bismillah dan Selawat keatas nabi Muhammad s.a.w banyak2.Rugi kalau jadi suami yang x pernah kedapor. Paling kurang pun... sebulan sekali... tak pun setahun sekali, masak untuk berbuke puase. ...ok le tu. Janji bile masak kite masak dari hati. Baru meletop rasenye.hehehehehehe. jangan dapor yg meletop udah le kan kan kan.

Mula2 tu bile isteri kita atau mak kite masak , kite pg le bual2 dengan diorang kat dapor.sambil2 tu tolong2 potong bawang ke...kopek kulit kentang ke.hehehehe. pastu curik2 care diorang masak. Paling best ....cakap kat diorang nak cube buat. Biar diorang tgk betol ke tak.jgn terperanjat... ade suami yang tak pandai langsung nak membantu.Nak suruh kacau mee pun abis berterabur mee tu...diorg tak tau nak buat apa pun.Makan jerk yang die pandai.

Resepi2 yang kite dpt... jgn simpan jer. Cube2 le memasak. Kalau nampak resepi tu banyak sgt bahan2nye. Buat permulaan mcm kite( yang tak biase kedapo ni.) Lupekan jerk la. Tak salah kalau nak cuba. Tapi takut nanti jadi bosan. Bila masak penat2. Hasil mendukacitakan. Penyudahnye kite taknak lagi masak. Jadi untuk menambah minat kite dlm dunia masakan ni...ape kate kite cube resepi2 yg mudah2 dulu yerk.

Apa pun ,kalau dah minat semua benda boleh jadi. InsyaAllah.

Suami Oh Suami

Saturday 4 August 2012

Pola Pernafasan yang Sehat

 

Pola Pernafasan :

Dari hasil analisa tenaga 5 Elemen, maka salah satu pola bernafas yang sehat adalah pernafasan dada dengan pola tarik nafas-tahan-keluarkan. Dengan pola ini, pernafasan sehat mempunyai tenaga penyehat, tenaga penyegar, tenaga penguat, tenaga pelancar, serta tenaga bahagia untuk menghilangkan stress. Ada beberapa pola yang bagus untuk kesehatan, iaitu :
  1. Pola 5-5-5 : 5 detik tarik nafas, 5 detik tahan nafas, 5 detik keluarkan nafas
  2. Pola 10-10-10 : 10 detik tarik nafas, 10 detik tahan nafas, 10 detik keluarkan nafas
  3. Pola 15-15-15 : 15 detik tarik nafas, 15 detik tahan nafas, 15 detik keluarkan nafas
  4. Pola 20-20-20 : 20 detik tarik nafas, 20 detik tahan nafas, 20 detik keluarkan nafas

Fungsi Pernafasan Sehat dan Indeks Manfaat (IM-E5E) :

  • Pola 5-5-5 : Menyehatkan tenaga elemen Bumi dan Air dengan Indeks Manfaat +5 s/d +10. Selain itu juga melancarkan aliran tenaga dari elemen Air ke elemen Bumi. Pola ini sesuai untuk membantu menyehatkan badan yang penat setelah bekerja, masuk angin, flu, dan meningkatkan stamina. Selain itu juga membantu menyehatkan tubuh dari gangguan kesehatan lainnya yang berhubungan dengan elemen Air dan bumi seperti kesuburan, pankreas, ginjal, kaki.
  • Pola 10-10-10 : Menyehatkan tenaga elemen Api dengan Indeks Sehat (IS-E5E) +5 s/d +10. Selain itu, juga melancarkan aliran tenaga dari elemen Api, Air, dan Bumi. Pola ini sesuai untuk membantu menyehatkan pencernaan, hati, serta meningkatkan semangat.
  • Pola 15-15-15 : Menyehatkan tenaga elemen Udara dengan Indeks Sehat (IS-E5E) +5 s/d +10. Pola ini paling sesuai membantu menyehatkan jantung, paru-paru, dan orang yang menderita sakit asma.
  • Pola 20-20-20 : Menyehatkan tenaga elemen Ether dengan Indeks Sehat (IS-E5E) +5 s/d +10. Pola ini sesuai untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh, menyehatkan otak, thyroid, amandel, menghilangkan stress, migrain, dan insomnia atau susah tidur.

Cara Melakukan Pernafasan Sehat :

  1. Duduk dengan santai, atau berbaring dengan santai
  2. Pilih pola pernafasan yang sesuai dengan kita.
  3. Berkonsentrasi di pusat kesadaran di pusat mata (di antara kedua alis mata) atau pada nafas.
  4. Bernafas dengan santai.
  5. Tarik nafas ke dada dengan pola pernafasan yang dipilih.
  6. Pada saat menarik nafas, bayangkan tenaga sehat masuk ke dalam diri Anda.
  7. Pada saat menahan nafas, bayangkan tenaga sehat yang diperlukan mengalir ke seluruh diri Anda, terutama pada organ tubuh yang ingin disehatkan.
  8. Pada saat mengeluarkan nafas, bayangkan tenaga yang tidak diperlukan keluar dari tubuh Anda.
  9. Lakukan pernafasan 10x untuk 1 sesi.
  10. Lakukan 3 sesi sehari, masing-masing pagi, siang, dan malam.
Suami Oh Suami

Tahan nafas & manfaatnya

As salam.
Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, tentulah kite taknak berpuasa dengan keadaan diri kite yang serabut dan kelihatan lemah.betul tak? ok lah ....kali ni aku nak menulis tentang kebaikan menahan nafas pulak. harap korang dpt manfaatnya.

secara  PSIKOLOGI terdapat banyak sgt kebaikannya. antaranya :

1- Meredakan Stress
2- Mengurangi Rasa Cemas
3- Membantu Memperbaiki Kesehatan Fisik dan Mental
4- Mengurangi Rasa Gugup
5- Menurunkan Amarah
6- Memperbaiki Sirkulasi Darah
7- Membantu Detoksifikasi  ( mengeluarkan racun dlm badan)
8- Menurunkan Tensi / Tekanan Darah
9- Membantu Mengurangi Rasa Sakit
10- Relaksasi Perut
11- Mempercepat Penurunan Berat Badan
12- Meningkatkan Aliran Limfatik ( korang search kat google maksudnye kalau x paham)
13- Meningkatkan Fungsi Paru

sebenarnya memang banyak sangat kebaikannya. korang mesti nak tau cara-caranya kan. ok... nanti aku tulis lagi.

p/s bukan suruh korang tahan nafas tak lepas-lepas tau..hehehehehe... mcm tu boleh bawak maut. adoiiiiiii

Suami Oh Suami