Monday 30 July 2012

Penting : hukum berjabat tangan ( Bersalam )



Dalam kehidupan seharian sering kita berjabat tangan atau bersalaman. Apatah lagi tak lama lagi menjelangnya hari raya. persoalannya.....

Bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, nenek isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..

Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?


Jawapan Mengikut Mazhab Imam Shafie,


Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan nenek mertua(nenek isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
A- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil masih belum baligh ,boleh la.
B- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
C ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
D Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. kalau mereka masih kecil takpe jugak.
E Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
F Isteri bapa Saudara kita sendiri juga adalah HARAM.( bagi lelaki) begitulah sebaliknya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalaman HARAM hukumnya.


Isteri dengan abang/adik ipar ? 

Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”



Suami Oh Suami

Jom snap : Apa itu komposisi ?

Assalamualalikum

Untuk kali ni, aku nak cerita sikit pasal asas-asas komposisi dalam fotografi. Lagipun ramai yang tanya apa itu komposisi (composition) sebab aku selalu sebut masa komen gambar-gambar.

Apa itu komposisi (Composition)
Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu, elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.

Penting ke komposisi?
Pentinglah. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.walaupun aku bukan orang seni .hehehehehe

Rule of Third
Ni merupakan peraturan komposisi yang paling selalu fotografer guna. Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan tu korang kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tu, pandai-pandailah cari sendiri.

Keseimbangan
Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.

Garisan
Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Tapi kita kena pandai letak garisan tu kat mana, kalau di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.

Simetri
Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam.

Kedalaman/ Depth
Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.

Framing
Korang boleh guna objek sekeliling untuk mengasingkan (isolate) subjek utama dengan persekitaran. Subjek diasingkan dengan menggunakan subjek di kiri dan kanan yang blur atau diasingkan dengan objek lain atas dan bawah subjek utama.

Ada banyak lagi jenis-jenis komposisi sebenarnya. Yang aku cerita kat atas hanyalah asas ja.

suami oh suami

Resepi Kek Coklat Kukus (Moist) -buat anakku yang tersayang.

Hari 30 Julai 2012 ,birthday anak aku no 2. birthday mesti ade kek....birthday budak-budak lah katekan.biasenye aku p beli jerk kat kedai.tapi kali ni aku nak buat sendiri jerk la.so aku pun kedapor...heheheheh buat kek. mase isteri aku masak untuk hidangan berbuka puasa.mase tulah aku kacau pegi buat kek. heheheheheh. 

percaya tak wahai suami oh suami semua.... tak susah untuk membuatnye. dengan sekali buat pun aku yakin korang berjaye menghasilkan kek Coklat kukus yang terbaik. :P

nak cube tak? ini lah resepinye.


Resepi Kek Coklat Kukus (Moist)

Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan  butter yg di cairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur





Bahan untuk Topping :
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar

Cara:
Campurkan serbuk koko, susu segar/susu cair, gula, susu pekat dan butter dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan tadi cair.Tutup api. Biarkan adunan suam.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan adunan koko tadi. Gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga habis.

Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam bekas loyang.

Kukus dalam masa sejam dengan api yang sederhana. selepas sejam, nak tau dah masak ke belum? cucuk dgn garpu atau cake tester ke dalam loyang.Jika tiada adunan melekat, itu tandanya telah masak.

Untuk topping plak...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. nak hias dgn coklat neps pun ok gak... mcm yg aku buat ni... :P


Suami Oh Suami
Selamat mencuba.

Eratkan Hubungan bersama anak-anak - Bahagian 2

Sebagai seorang bapa, bukan saje kaseh sayang yang berbentuk keduniaan saje yang harus diberikan pada anak-anak kite. Kite juga mestilah menyemai benih-benih keagamaan didalam hati anak-anak kite.walaupun kite tau yang anak-anak kite masih kecil.



cuba amalkan sembahyang berjemaah dirumah. kalau anak kite tu lelaki, cube sunat(hatan) mereka ketika usia dalam lingkungan 5 tahun.kemudian biarkan mereka jadi imam ketika sembahyang bersama kite. sambil kite mengajar mereka secara teori, kite jugak telah melakukannye secara amali.

hal ini bukan saje menambah minat anak-anak kite terhadap agama.tetapi juge secare tidak langsung telah mendidik jiwe mereka untuk jadi pemimpin walaupun seawal usia mereka.

bukan itu saje,malahan hubungan kite dgn anak-anak juga terpelihara.InsyaAllah.

mari kite same-same amalkan doa ini


Suami Oh Suami
Jumpa Lagi
Selamat bersolat Subuh.

Sunday 29 July 2012

Resepi : Daging Bistik

Petang tadi sempat aku masak Daging Bistik untuk berbuka puasa. Alhamdulillah. 
ni resepinya ...cuba tau. memang tak susah pun.

            BAHAN-BAHAN
·        
1/2 kg daging (dipotong nipis)
·         1/2 kg ubi kentang - dipotong dadu
·         4 sudu besar tepung gandum
·         4 sudu besar marjerin
·         3 sudu besar minyak masak
·         1 sudu teh serbuk lada hitam
·         4 cm kulit kayu manis
·         bahan perasa
·         Kacang pis untuk hiasan

BAHAN KUAH :
·         300 ml air
·         5 sudu besar sos tomato
·         3 sudu besar cili boh
·         1 sudu besar tomato puree ( atau boleh guna buah tomato yang dicincang halus)
·         1 kiub stok daging

BAHAN DIKISAR :
·         1 biji bawang besar
·         6 biji bawang merah
·         3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN :

Gaul daging bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk

Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.

Kemudian, panaskan minyak masak dan masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.

Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata,Tuang air,masukkan daging dan semua bahan kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.

Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.

Siap untuk dihidang.

Suami Oh Suami

Eratkan Hubungan bersama anak-anak - Bahagian 1


.

.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka; yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu; penjaganya ialah Malaikat yang kasar, bengis, serta mereka tidak pernah mengengkari apa yang Allah suruh, dan mereka laksanakan apa jua yang Allah arahkan." - Surah al-Tahrim:6

Baginda Rasulullah pula bersabda:
"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin. Seorang suami bertanggungjawab atas isterinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu. Seorang isteri bertanggungjawab atas urusan rumah suaminya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu." - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ramai suami yang tidak sedar dan ada juga yang tidak menghiraukan hubungan mereka dengan anak-anak mereka.Malah mereka merasakan itu merupakan tugas isteri semata-mata. Sedarlah Suami Oh Suami anak kita tanggungjawab kita bersama.

Alangkah ruginya kita jika kasih sayang mereka tertumpu kepada isteri kita sahaja. 


Tips kali ini : menonton tv bersama anak. bukan saje kite dpt mengeratkan hubungan dgn anak tapi juga kite dpt melihat sendiri apa yang anak kite tontonkan.

Suami Oh Suami


Buat Kad Raya Sendiri.





Dalam zaman moden sekarang ni, ramai yang dah lupa dengan kad Raya. Betul tak? Apa kata kalau kita bangkitkan kembali kenangan silam macam dulu-dulu. Sebenarnya kita boleh buat sendiri.
Cuba korang tengok cara-cara kat bawah ni. Tak susah kan?


Cara buat kad raya (sendiri)
*perisian yang digunakan - adobe photoshop
**kefahaman yang mencukupi dalam perisian ini adalah amat digalakkan
  1. Set saiz kanvas - takyah besar-besar sangat dalam lingkungan a4 (lipat dua) atau buat saiz A5 pun ok jugak.
  2. Cari elemen raya dalam bentuk gambar - ketupat, masjid, meriam, sampul raya dan sebagai
  3. Tetapkan konsep kad raya yang bakal dibuat - jenis qoute, jenis simple atau jenis serabut
  4. Untuk kad raya jenis qoute korang kena cari qoute yang menarik, pantun raya pun kadang-kadang boleh
  5. Gabungkan semua elemen kedalam kanvas yang telah ditetapkan saiz tadi - drag je
  6. Susun secara teratur - penggunaan tulisan mempengaruhi mood kad raya tersebut, penggunaan warna juga sama
  7. Save as .jpeg atau .png sebelum diupload dalam facebook atau blog.
  8. kalau nak print pun boleh jugak pastikan print dengan menggunakan kertas gambar yang tak tebal sgt. lebih kurang 180g jer.
p/s tak semestinya buat kad raya jerk. birthday kad dan lain-lain jugak boleh dibuat dengan cara yang sama.Selamat mencuba.

Contoh-contoh kad raya buatan sendiri oleh kengkawan .










Suami Oh suami
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlukan perkhidmatan video @ photo 0135259720
www.facabeook.com/aurabisikancinta