Sunday 22 November 2015

videographer perkahwinan utara - murah dan berkualiti

videographer perkahwinan utara - murah dan berkualiti

apa kata customer kami? <<<< klik
pakej ini khas utk bakal mempelai yang lokasi majlis perkahwinan mereka disekitar, Sungai petani, yan, gurun, guar chempedak, kota kuala muda, seberang prai, bertam, sungai dua, semeling, bedong, dan kawasan yang berdekatan boleh wassap BVPROMO 0135259720 untuk mendapatkan harga pakej yang menarik ini.
Pakej Promosi
Nikah sahaja RM400
Nikah & Sanding/bertandang RM1000
Sanding/bertandang RM600

instagram : @photovideo_services



 




Jurugambar perkahwinan utara - servis album kualiti terbaik cepat siap

Jurugambar perkahwinan utara - servis album kualiti AAA

pakej ini khas utk bakal mempelai yang lokasi majlis perkahwinan mereka disekitar, Sungai petani, yan, gurun, guar chempedak, kota kuala muda, seberang prai, bertam, sungai dua, semeling, bedong, dan kawasan yang berdekatan boleh wassap BPROMO 0135259720 untuk mendapatkan harga pakej yang menarik ini.

Majlis Perkahwinan RM1200 untuk 2 event
_________________________________
Majlis Nikah & Sanding
RM1200
Pakej PROMO
Ekslusif Custom Album 8x12inci
+ Cover Glass
+Softcopy Semua Photo

PERCUMA
Bag Custom Album
Big Photo & frame 12x16inci
Photo Frame 3x 4R (17x9inci)
Cover DVD Bergambar
Sesi Outdoor

 https://youtu.be/lYpeIUtT2Ao - video persandingan Wawa & Aeril
www.photographerutara.weebly.com

Friday 13 November 2015

Pakej Photo dan video murah



Pakej Photo dan video murah
wassap 0135259720
RM1500PROMOSI Aura KasihUntuk Majlis Nikah & SandingEkslusif Custom Album 10x12inci+ Cover Glass+Softcopy Semua...
Posted by Aurabisikancinta Production on Wednesday, November 11, 2015

Pakej sy

Pakej Video
Pakej A
RM1500
Single videographer
Big Camcoder
Mtvfullhd 5-7minit
RAW video fullhd quality
(sediakan hard disk)


Pakej B
RM2300
Dslr 2 videographer
Mtvfullhd 5-7minit
RAW video fullhd quality
(sediakan hard disk)

Pakej Photo
Pakej A
RM1500
Ekslusif BIG Custom Album 10x12inci
+ Cover Glass
+Softcopy Semua Photo
PERCUMA
Bag Custom Album bergambar
Big Photo & frame 16x24inci
Photo Frame 3x 4R (17x9inci)
Cover DVD Bergambar
Sesi Outdoor sejam

Pakej B
RM1200
Ekslusif Custom Album 8x12inci
+ Cover Glass
+Softcopy Semua Photo
PERCUMA
Bag Custom Album bergambar
Big Photo & frame 12x16inci
Photo Frame 3x 4R (17x9inci)
Cover DVD Bergambar
Sesi Outdoor sejam

Thursday 2 July 2015

siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga ?

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ? Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Muti'ah. Fatimah mengetuk pintu rumah Muti'ah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu. "! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu." Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ". " Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Muti'ah tidak kurang kecewanya. Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam. " Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin" 'Ya dengan Hasan dan Husain " "Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! ! Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami, " jawab Muti'ah. Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain. " Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya," kata Muti'ah sambil sibuk di dapur. Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan. Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! ! "Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah. "Bukan. Bercucuk tanam". "Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah. "Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa. Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan saya sebab ia tidak menyenangkan suami". "Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu," tanya Fatimah. "Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami." Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Muti'ah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus. Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain? Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain

Suami Oh Suami

Tuesday 23 June 2015

Kursus photography murah RM50 sahaja


Assalamualaikum semua.
Kursus photography murah RM50 ( RM30 akan disumbangkan kerumah anak yatim )
Buat anda yang mempunyai DSLR tetapi masih tak berani nak buat job sebab gajet anda tidak sehebat orang lain yang anda kenali. In shaa Allah kursus sambil beramal ini padat dengan ilmu. Jika anda berminat boleh hubungi 0194708850 Paklah ( urusan bayaran secara online )
Pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi
Program bermula 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Sesi Pagi
modul 1 basic photography - Cikgu Mohd Sharif Fuad
modul 2 Tool dan gajet - Paklah Hassan
modul 3 Pakej-pakej - Wak Loo Per
modul 4 Marketing - Fazli Ilham & Redza Lee
modul 5 Etika , Komunikasi dan PR - Jimmy Aura
Sesi Petang
Majlis Akad Nikah - Jimmy
Ketibaan & makan berdamai - Cikgu Fuad
Pelamin & Posing - Pak Lah
Group Foto & speedlite - Redza
Outdoor
Persediaan Outdoor - Cikgu Fuad
50mm dan available light - Fazli
direct flash - Jimmy
Lighting ( speedlite ) - Paklah
Lokasi Pixca Pictures Studio Sungai Petani , Kedah

Friday 5 June 2015

Pakej kawin murah rm790 sahaja

Assalamualaikum semua.
bermula bulan julai 2015 ,kami akan sediakan 1 pakej Aura kasih pd setiap bulan serendah rm790 pakej custom album 8x12inci.1 pasang pengantin sahaja yang layak setiap bulan.
Pakej nikah dan outdoor atau sanding dan outdoor 
RM790 sahaja
Custom album 8x12inci
Softcopy
Foto 16x24inci
Hanya 1 pengantin setiap bulan bermula Julai 2015
terima kasih.

sms/call/wassap 0135259720
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo

 website : http://photographer-utara.weebly.com






Wednesday 3 June 2015

Merakam dokumentari - tips untuk anda

Merakam dokumentari adalah teknik dan sebahagian lagi adalah naluri. Bergantung kepada jenis dokumentari yang anda mahukan, anda mungkin perlu untuk merakam dengan cepat  mengikut rancangan yang mungkin sudah dirancang  terlebih dahulu - misalnya dokumentari sejarah di mana anda merakam  banyak  wawancara.Saya lihat di negara kita membuat dokumentari bukan agenda sosial.Ramai yang tidak berminat.jadi memang kekurangan sumber rujukan.kami di SAVUM sedar akan kekurangan ini.Sebab tu pada outing ke 3 kami ,kami jadikan dokumentari sebagai egenda pada hari tersebut. 

Tidak kira apa jenis dokumentari atau video yang anda mahukan, berikut adalah beberapa tips asas untuk diikuti.

1.       Kukuh ketika merakam - Pastikan kamera stabil. Jika boleh, gunakan tripod. Jangan sentiasa mengezum masuk & keluar atau pan kanan ke kiri. Secara umum, anda ingin merekodkan sekurang-kurangnya  10 saat setiap rakamaman.

2.       Wide, Sederhana, Close-up - Untuk setiap kejadian atau peristiwa yang anda rakam, pastikan untuk mendapatkan sudut yang berbeza supaya anda akan mempunyai pilihan dalam proses suntingan. Sebagai contoh, jika anda merakam video bantahan, dapatkan sudut yang seluas mungkin (mungkin di atas sebuah bangunan memandang kebawah pada orang ramai), kemudian mendapatkan close-up di muka orang banyak itu dan kemudian beberapa rakaman medium orang dari paras tanah. Sekali lagi, jangan lupa  peraturan 10saat untuk merekodkan setiap rakaman.

3.       Apa yang ada di “background anda? - Apabila anda merakam wawancara atau ucapan, pastikan anda melihat apa yang ada di belakang anda. Anda boleh mengerakan kamera untuk mendapatkan sudut yang terbaik, bergerak subjek di hadapan “background” anda yang baik atau buat background baru. Tanya diri anda, adakah latar belakang ini "menyokong" cerita ini atau tidak? "Adakah latar belakang ini baik untuk apa yang dibincangkan?

4.       Timelapse  – “Timelapse” adalah salah satu cara yang paling visual dan seronok untuk merakam sesuatu peristiwa atau cerita. Sebelum memulakan penggambaran, fikirkan sama ada cerita yang boleh dirakam secara Timelapse. Pelbagai kamera video hari ini dilengkapi dengan tetapan Timelapse  khas. Jika tak ada, letaklah kamera di atas tripod dan biarkan ia merakam. Anda sentiasa boleh guna rakaman ini dalam penyuntingan kemudian.

5.       Pencahayaan  - Perkara yang sama juga yang berkenaan dengan fotografi, para  videographer  pastikan subjek anda dengan baik ,cukup pencahayaan tidak terlalu cerah atau tidak terlalu gelap. Sebagai contoh, tidak meletakkan subjek wawancara dengan background mereka adalah matahari. Atau tidak meletakkan mereka di bawah pokok rendang dengan adegan yang cerah di background mereka.

6.       Menjangka tindakan - Ini adalah salah satu pelajaran yang hampir tidak boleh diajar. Ia adalah satu kemahiran yang ada pada naluri sendiri . Sebaik sahaja anda terlepas beberapa "rakaman berharga", anda akan belajar untuk mula memberi perhatian. Satu contoh yang mudah adalah permainan besbol. Jika anda mahu merakam pemain memukul bola, anda perlu menjangka ketika itu dan mula merakamkan beberapa saat atau minit sebelum. Sebaik sahaja anda sedar bola telah dibaling, ia terlalu lewat. Anda telah terlepas masa ini.

7.       Di mana mikrofon anda? - Banyak videographers amatur atau pembuat filem bajet tidak mempunyai  mikrofon. Sering berlaku dalam pembikinan filem bajet, anda bergantung kepada mikrofon di atas kamera sahaja. Jika seseorang sedang bercakap, anda memerlukan  kamera yang sangat dekat dengan orang  tu, jika tidak ia akan mengganggu penonton untuk mendengar apa yang mereka katakan. Belajar beberapa asas-asas audio bersama-sama dengan tips videografi.


8.       Jangan zoom untuk close-up - Secara umum, rakaman akan hilang kualiti apabila anda zoom. Rakaman juga mudah bergegar, terutama rakaman dengan  tangan sahaja, apabila dizoom masuk. Sebaiknya guna  dua kaki anda dan berjalan sehingga apa sahaja yang anda mahu close-up. Ia akan kelihatan lebih profesional.
    
      Sebenarnya banyak lagi tip atau teknik untuk kita membuat dokumentari.namun cukup lah pada kali ini .In shaa Allah jika ada yang baru ,saya akan update dr semasa ke semasa.
      
     Suami Oh Suami

Saturday 9 May 2015

Pakej video perkahwinan PERCUMA Custom Album cristal

Alhamdulillah ...dua hati tersimpul sudah dengan ikatan yang suci.

Tahniah buat Shah & Fiza "Selamat Pengantin Baru" Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah.Amin "


AuraBisikanCinta Production

Video dan foto perkahwinan

https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo




Wednesday 8 April 2015

Aktiviti SAVUM ( Sahabat Videografi Utara Malaysia )

Assalamualaikum,

Seramai lebih 40 orang peminat videografi diutara Tanah Air telah mengikuti sesi pengenalan filem pendek anjuran SAVUM.Pada 4/4/2015 yang lepas bertempat di R&R Bagan Ajam,Penang.Program ini adalah kali kedua kami,bagi mengumpulkan peminat-peminat video tak kira jenis alat merakam video jenis apa pun termasuklah telipon bimbit juga terlibat bagi program kami pada kali ini.

Dalam program tersebut peserta didedahkan dengan : 

1) Pengenalan  video DSLR,
2) Pengenalan "Aerial Video " beserta demo.
3) Teknik membuat filem pendek beserta praktikal berkumpulan.

Peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan.Mereka dikehendaki membuat filem pendek seperti yang diajar.







Program pertama kami di Gerik Perak , dan yang terbaru di Penang . Selepas ini akan ke Jitra atau ke Alor Star ,ke Perlis dan akan berakhir di Sungai Petani ,Kedah,

ikuti kami di facebook Facebook SAVUM

Suami Oh Suami




STORYBOARD (PAPAN CERITA)

assalamualaikum semua..
Sebenarnya pening pala aku nak tau ape tu storyboard..jadi drpd hasil bacaan dan beberapa rujukan dr mereka yg berpengalaman...kat sini aku nak kongsi ape itu storyboard.jika silap tolong betulkan .

STORYBOARD (PAPAN CERITA)1-Storyboard adalah peringkat kedua selepas proses rekabentuk di dalam pre-produksi. Storyboard merupakan visual satu susunan cerita yang menyerupai komik. Iaitu dimana storyboard atau papan cerita akan mengambarkan perjalanan cerita. Perjalanan cerita tersebut dilukis dalam satu scene ke satu scene (sc) terakhir. 

PERALATAN  PENTING STORYBOARD:-Peralatan melukis dan menulis. Stop Watch.(Jam Randek iaitu jam yang digunakan untuk mencatat waktu dan detik bagi mengira timming setiap dialog dalam babak). Kertas Storyboard (ruangan Nombor, Scene/Babak, Aksyen, Dialog,  Jumlah Timming)

2-Semasa proses ini seorang Storyboard Artist atau Pengarah Seni akan duduk berbincang untuk berbincang  untuk membina storyboard agar nampak menarik. Pada kebiasaannya storyboard akan dilukis oleh seorang Pengarah Seni atau seorang Storyoard Artist. Melalui skrip tersebut mereka akan menggambarkan sesuatu cerita itu dengan berpandukan 2 pembahagian iaitu berikut:

APA YANG DILIHAT DAN APA YANG DIDENGAR

1. Penampilan watak (Physical appearance)2. Lakonan (acting)3. Pakaian dan Dandanan (costume dan make-up)4. Hiasan (setting)5. Peralatan (props)6. Masa (time)7. Cuaca (weather)8. Hubungan watak (physical relation)9. Dialog. (dialogue)

BAGAIMANA IA DILIHAT DAN IA AKAN DIDENGAR

1. Format (Format)2. Kedudukan Gambar (Shot Composition/Prpposisi)3. Jarak Fokus dan Difinasi. (Focus Distance dan Defination)4. Saiz Gambar (Saize of Shot)5. Pergerakan Kamera (camera movement)6. Sudut Kamera. (camera angle)7. Kesan Khas (Special effect) 8. Kesan Bunyi (Sound Effect)9. Suntingan (editing)10. Muzik (music)

3-Selepas proses storyboard selesai, Pengarah Seni atau Storyboard Artist akan membuat Seisi Bercerita (Story Telling) dihadapan panel yang iaitu Creative Team yang terdiri daripada 5 hingga 7 orang. Biasanya ahli-ahlinya ialah Projek Pengurus, Pengarah Seni, Animator, Penulis Skrip, Storyboard Artist, Pelukis Latarbelakang, Pereka Bentuk Karektor dan Komposer Lagu/Muzik.


Suami oh Suami


Rawat sendiri masalah sakit pinggang




Assalaualaikum Semua

Ramai org yg berusia mengalami masalah sakit pinggang ni.Tak kira lelaki atau perempuan.Ada yg mengalami sakit pinggang biasa dan ada juga yg lebih teruk hingga menyebabkn sakit hingga ke bhgian kaki,malah sukar untuk berdiri atau membuat kerja-kerja berat.

Disini aku kongsikan amalan yang kita boleh lakukan sendiri.In shaa Allah.

Aku harap korang yg melihat gambarajah ini silalah share kn kpd rakan2 yg lain, kerana mungkin kita kurang/ tidak memerlukannya tetapi sebaliknya masih ramai diluar sana yg mengharapkn perkongsian ini.

Dgn share sedikit ilmu ini kita telah membantu ramai orang.

Semoga Allah memberkatinya .amin

*Tip: Terdapat 4 peringkat tekanan, iaitu dari tahap ringan kepada berat.

Mulakan dgn bismillah.

Berikan tekanan pada tahap 2&3, tetapi pada kawasan punggung berikan pada tahap 4 (kuat)

Banyak gunakan tapak tangan dlm memberikan tekanan.

Lebihkan urutan pada point-pint sakit.

Yg paling penting sentiasa berdoa kpd Allah.

Suami Oh Suami


Thursday 2 April 2015

Apakah Hukum ambil gambar tak tutup aurat dan sebarkannya

Assalamualaikum semua.

Sudah menjadi trend sekarang begitu ramai orang termasuk kawan-kawan kita yang menjadikan kamera sebagai teman karib mereka.ada yang mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang menjadikan itu sebagai karier mereka .

so, aku nk la kongsi di sini hukum-hakam yang berkenaan dengan fotografi.. aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).
Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

Jadi ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

Tambahan : 

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah ada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

“Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/ belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.”

Syaikh al-Dahlawi rahimahullah memulakannya dengan menjelaskan bahawa apabila seorang lelaki memandang aurat wanita, ia akan menimbulkan syahwat yang akhirnya membawa kepada perkara-perkara maksiat. Atas dasar ini maka
Islam menggariskan beberapa cara untuk menutup jalan-jalan yang akan
membawa kepada syahwat dan kemungkaran ini. Antara jalan-jalan tersebut
adalah:

[1] Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah firman Allah: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu” [al-Ahzab 33:33]

[2] Wanita memakai jilbab (tudung) dan tidak menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami dan mahramnya. Dalilnya ialah firman Allah dalam
surah
al-Nur 24:31. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada (1) wajah sebagai
bentuk pengenalan dan (2) tangan kerana ia banyak membuat kerja. Selain
itu rukhsah juga diberi kepada wanita tua yang sudah tiada daya
tarikan.

[3] Tidak boleh berdua-duan (khalwat).

[4] Tidak boleh memandang aurat sesama jantina. Lelaki tak boleh pandang aurat lelaki, wanita tak boleh pandang aurat wanita.

[5] Tidak boleh sesama jantina tidur satu “pakaian”, yakni tidur satu selimut bersama-sama. Poin ke 4 & 5 ini untuk mengelakkan kemaksiatan seperti gay & lesbian.

Demikian ringkasan daripada keterangan al-Dahlawi. Jelas daripada keterangannya bahawa aurat wanita bukanlah kemaluan depan belakang sahaja tetapi semua kecuali muka dan tangan. Ini adalah sebagaimana yang kita semua fahami dan amalkan sekarang ini.

Marilah kita bersama-sama menjaga aib (aurat) sesama kita.Jika kita orang Islam tak melakukannya, maka siapa lagi?

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]

GST akan ku tempuh jua

Apa yang perlu kita tahu pasal GST...samada peniaga atau pengguna.

Cukai Gst 6% dilaksanakan pada 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%

#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini.
Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

#Kekal
Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%. Jadi apabila digantikan dengan Cukai Gst 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.

#Turun
Perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.
Contoh
1000 + 15% SST = 1150
1000 + 6% GST = 1060

Seperti yang sentiasa ditekankan sebelum ini kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST.

hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.

KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.


Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah

2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal

3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau

salurkan ke :

1800886800 1Malaysia Centre
0388826245 War Room Kpdnkk
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
sms : ADU (maklumat aduan)
hantar ke 32255

whatsapp : 0173436433
(whatsapp nama dan lokasi)

Pastikan anda simpan maklumat aduan anda. dapatkan feedback semula tentang aduan anda. Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai. maklumkan pada

http://eintegriti.kpdnkk.gov.my/

sikap TAKPELAH akan merugikan anda. cukuplah kita berdiam diri selama ini.
kita harus #BERTINDAK

#bertindak
#ambiltahu
#sebardansedar
#hakpenggunatanggungjawabanda

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawangwww.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i. gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i. www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my


JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

video

Suami Oh Suami

Thursday 19 March 2015

Pakej photo kawin murah

Bismillah.
Pakej photo kawin murah
Baiklah Kita cuba yang terbaik.in shaa Allah.
dlm beberapa hari lepas ada sepasang bakal pengantin mai studio kami Pixca Pictures Studio ( di semeling maju dekat dengan pekan semeling ) . Diorang punya majlis dah tak lama.Tapi masih dalam proses mencari.Diorang bg taw dah lebih 10 butik depa p.dah lebih 5 studio photographer depa dah masuk untuk bertanyakan pakej.Jadi persoalannya kenapa masih tak dapat-dapat photographer untuk majlis diorang? pelik kan....
Kami layan customer ni mcm biasa.Dilihatnya contoh-contoh album kami.dari album nipis hingga ketebal...dari kecil sampai yang besar saiz 12x18inci.foto dan frame semua dah tengok.
Bila kami tanya mcm mn? diorang masih nak fikir lagi. jadi salah seorang drpd kami bertanya 1 soalan.bajet berapa rm?
bakal pengantin lelaki jawab ."kami bajet dlm RM450 ja"
sebenarnya kalau untuk pakej nikah sahaja pun tak dapat dengan bajet mcm tu.kami mula bertanyakan beberapa soalan.pelamin mcm mana? dia kata pelamin kami buat sendiri ..gotong royong .
kami sebenarnya memang ada cara untuk bantu bakal pengantin yang mcm ni.hanya bayar rm450 sahaja.kami bg custom album saiz 10x15inci dan beberapa frame saiz besar.
jika anda benar-benar tiada kemampuan.dan masih merasakan keperluan mengambil photographer tu penting untuk majlis anda. Janganlah cari kami last minute.berusaha lah cari seawal 6 bulan atau setahun sebelum majlis anda.
anda mahu kami bantu anda?
pm lah secepat mungkin. in shaa Allah. segalanya mungkin.
Suami Oh Suami
Aurabisikancinta Production
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Klik pada foto untuk paparan yang lebih besar




Tuesday 17 March 2015

Peranan CCIG dalam industri kreatif? sumber Sinar Harian

CCIG? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah itu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG). Dan apa pula peranannya dalam industri hiburan. Secara ringkasnya, CCIG adalah merupakan persatuan baru yang ditubuhkan khas bagi objektif tertentu.

Persatuan? Mendengar perkataan ini, pastinya kita membayangkan lambakan persatuan yang sedia ada dalam industri. Antaranya Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) , Persatuan Industri Rakaman Malaysia (Rim), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profi ma). Itu belum lagi persatuan picisan yang bagaikan 'hidup segan, mati tak mahu'.

Berbalik kepada CCIG, persatuan ini diterajui Jurey Latiff Rosli, yang sememangnya cukup terkenal sebagai 'orang kuat' industri. Juga merupakan presiden Gafi m, Jurey punya misi tersendiri dalam menyahut saranan kerajaan yang mahukan sebuah badan NGO memfokuskan usaha dalam meningkatkan profesionalisme modal insan industri kandungan kreatif di negara ini.

Turut diterajui 14 ahli majlis yang dilantik berdasarkan pengalaman, penglibatan serta kepimpinan cemerlang dalam pelbagai cabang seni, persatuan ini diharapkan dapat memberikan input dan perubahan positif terhadap industri kreatif negara. 


Ikuti temu bual Zass bersama Jurey mengenai fungsi dan hala tuju persatuan baru ini;


ZASS: Boleh jelaskan sejauh mana fungsi CCIG dalam meningkatkan industri kreatif tempatan?


Jurey: CCIG berfungsi meningkatkan profesionalisme modal insan dalam industri kreatif di negara ini seperti yang diinginkan pihak kerajaan. Antara misi persatuan termasuklah membantu meningkatkan kualiti pengamal industri kreatif, meningkatkan pendapatan negara, memastikan produk industri kreatif berkualiti dan diiktiraf dengan membantu mereka menembusi pasaran Nusantara dan antarabangsa. Persatuan ini mendapat dana sepenuhnya daripada kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


ZASS: Siapakah yang layak menyertai persatuan ini dan bagaimanakah cara untuk menjadi ahli?


Jurey: Keahlian CCIG adalah terbuka kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri kreatif. Termasuklah, mereka yang terlibat di belakang tabir sama ada dalam bidang lakonan, muzik, pengarahan, penerbitan mahu pun pereka grafik. Penyertaan juga terbahagi kepada empat kategori, ahli biasa, bersekutu, kehormat dan remaja. Setiap penyertaan harus menghantar borang mengikut kategori dan proses kelulusannya mengambil masa selama dua minggu.


ZASS: Adakah CCIG turut berperanan memberikan perlindungan kepada ahliahlinya? 


Jurey: Sama seperti fungsi kami, dalam meningkatkan kualiti industri kreatif, secara tidak langsung kami turut mengambil berat terhadap ahli. Sudah menjadi matlamat utama persatuan ini untuk membela nasib ahli-ahli yang ditindas. Kebajikan ahli sudah menjadi tanggungjawab kami dan ini dikira daripada segi hak pekerja, perundangan dan sokongan karier.


ZASS: Kita sedia maklum, penggiat seni sering berdepan dengan pelbagai masalah. Bagaimana pula dengan peranan CCIG dalam membantu nasib mereka?


Jurey: Kita sering mendengar pelbagai rungutan daripada penggiat industri kreatif. Jika sebelum ini mereka tiada tempat mengutarakan masalah, dengan kewujudan persatuan ini, Insya-Allah sedikit-sebanyak akan membantu mereka.


Sebagai contoh, dari segi pembayaran. Pernah berlaku krew yang terlibat dalam penggambaran tidak diberikan bayaran setimpal daripada pihak produksi. Jadi, di sinilah peranan CCIG sebagai orang tengah atau pun perantara untuk menyelesaikan masalah terbabit. Bukan sahaja daripada segi bayaran malah pihak persatuan turut membantu ahli-ahli ini diiktiraf dalam industri kreatif sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Kita juga menyediakan pelbagai latihan profesional serta kursus jangka masa pendek dengan yuran berdiskaun atau percuma melalui kerjasama institusi pendidikan yang terpilih.


ZASS: Apakah keistimewaan lain CCIG?


Jurey: Apabila penggiat seni menjadi ahli bertauliah, pelbagai keistimewaan bakal mereka peroleh. Selain berpeluang mendapat imbuhan yang lebih tinggi, mereka juga berpeluang mengeksport produk ke luar negara. Bahkan, kami turut menyediakan perkhidmatan guaman kepada ahli yang diberi secara percuma bagi hal yang melibatkan undang-undang.


ZASS: Apakah jaminan yang mampu diberikan?


Jurey: Kami tidak mampu memberikan jaminan sepenuhnya, namun menerusi usaha ini kami akan cuba memastikan ahli mendapat imbuhan yang setimpal. Contohnya, setiap bayaran terhadap produk yang dikeluarkan akan lebih tinggi. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kualiti kerja mereka.


ZASS: Sebagai 'orang kuat' industri, anda pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, tidakkah ia akan menjejaskan persatuan baru ini?


Jurey: Bagi saya, ia tidak pernah menjadi persoalan dalam menerajui persatuan ini. Meski pun terlibat dengan beberapa isu sebelum ini, ia bukan menjadi alasan dalam mempertikaikan kredibiliti CCIG. Malah, sokongan penggiat seni dapat dilihat dengan adanya 400 ahli berdaftar sejak persatuan ini ditubuhkan. Pada masa sama, Presiden Rim, Norman Abdul Halim juga bakal menyertai persatuan ini.


ZASS: Harapan terhadap persatuan ini?


Jurey: Hala tuju persatuan ini masih jauh, bagaimana pun, saya berharap persatuan ini mendapat kepercayaan daripada penggiat seni kreatif. Walaupun baru membuka langkah pertama, tetapi saya yakin ia mampu memberi perubahan kepada industri ini.


Monday 16 March 2015

kita perlukan teguran


*Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Umat yang saling membantu sesama mereka, yang gagah dengan yang lemah, yang kaya dengan yang miskin, yang sihat dengan yang sakit dan yang pandai dengan yang bodoh, maka dengan ini ia akan menjadi umat terkuat. Suatu umat yang terjalin kukuh dan musuh tidak akan mampu untuk mengambil kesempatan bagi memecah-belah mereka. Musuh juga tidak mampu merampas hak kebebasan mereka, hak kedaulatan mereka, hak tanahair mereka , hak tanahsuci mereka, hak hasil kesuburan dan hasil kekayaan bumi mereka.

Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran

Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.

Aku yakin kita semua pernah ditegur, dan aku pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa menyengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita mahu berubah, perlahan-lahan. Cumanya teguran itu, memanglah kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang melukakan.

Apa pun perlu kita ingat, dalam kita ghairah memberi nasihat atau teguran.Jangan lupa dengan cara yang HIKMAH iaitu bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Suami Oh Suami

Saturday 14 March 2015

Khas untuk bakal Bapa


Assalamualaikum
khas untuk bakal bapa

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Tidak kiralah anak yang bakal lahir itu jantina lelaki atau perempuan.kita serahkan pada  Kekuasaan Allah.Namun sebagai bakal seorang bapa ada beberapa amalan yang boleh kita lakukan ketika isteri kita sedang hamil.Dengan itu bakal bapa boleh lah mengikuti beberapa panduan dibawah .In shaa Allah

1. Banyakkan baca surah luqman, yusuf, Fatihah, yasin, surah ah- nahl:78, surah al-araf:189 dan ayat kursi

2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg mengandung dan anak dalam kandungan.

3. Banyakkan baca alQuran

4. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT

5. Banyakkan puasa sunat, puasa Isnin- Khamis dan puasa sunat lain

6. Banyakkan solat berjemaah

7. Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil riba.

8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak

9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan agama

10. Suami hendaklah mengelakkan diri dari rasa marah dan benci kepada isteri

11. Suami hendaklah banyak bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri

12. Hendaklah menutup aurat.


ADAB SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.

2. Suami hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.

3. Selesaikan dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.

4. Jangan mudah lafazkan perkataan 'talaq'

5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca ayat
" la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin"

6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan isteri dan anak.

7. Jangan mencarut dihadapan isteri kerna akan mempengaruhi bayi dalam kandungan




Semoga semuanya Dipermudahkan Allah.amin




Thursday 12 March 2015

Tag Along untuk apa?

Assalamualaikum

Kali ni aku nak bercerita tentang ‘TAG-ALONG’ . Tag Along (TA) adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar rasmi (OP)dalam tugasan-tugasan penggambaran. Ramai yang tidak memahami erti dan tujuan sebenar proses TA ini. Tidak dinafikan beberapa etika atau tatatertib mesti dipatuhi jika anda ingin menjadikankan ia sebagai salah satu alat pembelajaran yang berkesan.

Aku ambil contoh TA  dalam bidang fofografi perkahwinan.baru-baru ni aku ada berbincang dengan Cikgu Adhadi Mohd ( http://adhadi.com/ ) berkaitan dengan tajuk ni. melalui perbincangan tu,pada aku terdapat dua ketegori secara umumnya dalam TA ni.
1)  Untuk belajar

Tidak dinafikan dengan cara kita mengikuti jurugambar rasmi menjalankan tugasannya banyak yang kita dapat pelajari secara langsung.Selain daripada kita dapat melihat sendiri keseluruhan perjalanan majlis, kita juga dapat pelajari secara praktikal bagaimana untuk “handle” sesebuah majlis dari mula hingga majlis berakhir. Jurugambar baru boleh menggunakan peluang TA ini sebagai salah satu cara pembelajaran tidak rasmi yang tidak memerlukan belanja yang tinggi. Jika menghadiri kelas dan seminar memerlukan ratusan mungkin ribuan ringgit, pembejaran melalui TA selalunya hanya melibatkan beberapa kos yang kecil sahaja . Disamping masa yang fleksibel, anda juga boleh memilih mana-mana jurugambar (jika diberi kebenaran) untuk menjadi TA.

Jurugambar lama pula boleh menggunakan peluang TA ini untuk mencuba teknik-teknik atau konsep baru yang mungkin tidak berkesempatan di lakukan semasa melakukan tugasan sendiri. Melalui TA, tidak terikat dengan shots tertentu untuk majlis dan ini memberi kebebasan kepada tagger untuk menghasilkan apa saja gambar yang difikirkan sesuai.

2)  Untuk mendapatkan profile peribadi ( gambar yang diambil digunakan untuk tujuan marketing ataupun dalam kata lain untuk ditunjukan kepada bakal pelanggan )

Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada jurugambar baru yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.Mereka mula tagger untuk mendapatkan contoh-contoh gambar yang mereka ambil.Tak dinafikan ada dikalangan jurugambar yang menjadikannya sebagai jalan pintas untuk meraih publisiti.

Apapun tujuan kita sebagai tagger sama ada untuk tujuan pembelajaran ataupun sebagai bahan untuk marketing.Janganlah kita lupa yang kita sebenarnya menumpang kasih daripada jurugambar rasmi,dengan budi baiknyalah maka kita dapat berada dimajlis tersebut.Kita bukan sahaja perlu pandai menyesuaikan diri dalam majlis tersebut tetapi perlulah juga menjaga nama baik jurugambar rasmi tersebut.

aku juga ingin menyentuh bab etika.Bab etika ini sangat luas untuk kita perbincangkan,namun apa yang penting bagi AKU adalah kita sedaya upaya memastikan kehadiran kita dimajlis tersebut mesti disenangi oleh semua pihak.Cara kita berpakaian,penampilan kita,tingkah laku kita,riak muka kita dan lain-lain lagi perlu diberikan keutamaan.Ingat jika tidak dijaga kita akan merosakan imej  atau repotasi jurugambar utama.Dari pengalaman aku sendiri banyak tagger yang gagal bab ni.Bukan aku nak perlekehkan mereka,sebab aku sendiri bermula dalam bidang ni sebagai tagger.

Sebenarnya bila kita jaga bab etika ni kita lebih disukai oleh photographer rasmi maka tak hairan lah jika dia sendiri yang ajak kita jika dia ada tugasan dilain kali.

Tip : Sebelum hari majlis cuba bertanya kepada jurugambar rasmi  terlebih dahulu tentang syarat-syarat yang perlu diikuti.Ikutlah syarat-syarat yang telah ditetapkan itu sedaya upaya.Apa pun aku doakan semoga korang akan lebih Berjaya.Daripada tagger bertukar menjadi jurugambar rasmi.in shaa Allah.

Suami Oh Suami

aku (  Jimmyz Aura ) 2 dari kiri bersama Cikgu Adhadi Mohd II 3 dari kiri ,  Zaini Mi Man kiri sekali , Redza Lee 2 dari kanan dan  Paklah Hassan kanan sekali