Monday 30 July 2012

Penting : hukum berjabat tangan ( Bersalam )



Dalam kehidupan seharian sering kita berjabat tangan atau bersalaman. Apatah lagi tak lama lagi menjelangnya hari raya. persoalannya.....

Bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, nenek isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..

Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?


Jawapan Mengikut Mazhab Imam Shafie,


Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan nenek mertua(nenek isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
A- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil masih belum baligh ,boleh la.
B- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
C ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
D Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. kalau mereka masih kecil takpe jugak.
E Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
F Isteri bapa Saudara kita sendiri juga adalah HARAM.( bagi lelaki) begitulah sebaliknya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalaman HARAM hukumnya.


Isteri dengan abang/adik ipar ? 

Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”



Suami Oh Suami

38 comments:

  1. Salam, boleh x saya tanye klu lelaki menyentuh isteri sepupu lelaki anak saudara perempuan?

    ReplyDelete
  2. w'salam.
    maaf saya kurang faham dengan persoalan yang diajukan.

    walau bagaimanapun untuk lebih memahami, jika bukan mahram.hukumnya adalah HARAM bersentuhan.kecuali dalam keadaan darurat.

    untuk lebih kefahaman...sila rujuk sebarang permasalahan dengan Ustaz yang berdekatan secara "face to face"

    ReplyDelete
  3. apa maksud Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

    haram ka makruh? x pnh dengar lg la hukum x harus.. harus ada la...

    ReplyDelete
  4. ohhh... "tidak harus" bukan lah hukum agama tetapi membawa maksud "tidak sepatutnya" dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..
    sy ada soalan.
    mcm mana pulak klu anak lelaki dengan sepupu perempuan ibunya.
    boleh salam ke tidak ye?

    ReplyDelete
  6. w'salam. , jika ibunya dgn sepupu lelaki pun bukan mahram .apatah lagi anak lelaki dengan sepupu perempuan ibunya.

    ReplyDelete
  7. perkara yg haram seperti bersalam dengan bukan muhrim mmg sesuatu yg wajib kita ikuti.selama ni sy sendri pun tidak mengendahkannya lg2 bila bersama sanak saudara..
    sy cuba utk mengubah suasana bersalaman...ada yg pelik dgn perbuatan kita @ isteri kita bila cuba mengelak.
    boleh x bagi tips utk tidak membuatkan keluarga merasa pelik or tersinggung ? sy tahu itu perkara wajib dipatuhi...sy bukan seorang yg warak tapi dlm perjalanan utk mengubah diri kpd yg lebih baik dn diredhoi Allah SWT

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ...pertama sekali saya ucapkan Tahniah pada saudara.Saya sendiri pernah mengalaminya dari ketika bermula sehinggalah kehari ini.

    berbalik kepada persoalan yang saudara keutarakan kepada saya.sebenarnya saya juga masih tercari-cari cara yang paling sesuai untuk lebih selesa bersama dengan mereka yang bukan mahram tetapi berada dikalangan "kaum kerabat" kita.

    Zaman cangih begini pelbagai cara boleh kita gunakan untuk tujuan kebaikan apatah lagi didalam berpesan-pesan dalam kebenaran.Saya sering menggunakan platfom sebegini (Facebook,wechat,wassap dll) untuk menambah ilmu saya sendiri dan juga ahli keluarga saya sama ada jauh dan dekat. kerapkan lah kita copy & paste atau share perkara-perkara yang berkaitan agar sama-sama dikalangan ahli keluarga kita wujud kesedaran dan mula berbincang mengenainya.Disitu akan ada nilai tambah dalam ilmu kita semua. In shaa Allah.

    "Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya."(Madarijus Salikin - Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22)

    “Islam bermula dalam keadaan asing dan ianya akan kembali asing sepertimana ia bermula dahulu. Kebahagiaanlah bagi mereka yang asing.” (Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud dan mengikut Imam Tarmuzi ianya Gharib bertaraf Hasan Sahih.)

    Ayat-ayat diatas sekadar pemberi semangat kepada saudara dan diri saya sendiri.semoga amalan kita diterima Allah .amin

    ReplyDelete
  9. Jawab kita ada air sembahyang kalau bkn mahram nak salam

    ReplyDelete
  10. Jawab kita ada air sembahyang sebagai cara menolak utk bersalaman dgn bkn mahram

    ReplyDelete
  11. Salam

    Apa hukum saya (adik) salam dengan kakak (isteri) punya suami punya emak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... saya (adik) ni lelaki ke perempuan? kakak (isteri) punya suami punya emak? sy x faham..maaf ya

      Delete
  12. salam
    saya baru berkahwin namun keliru. adakah saya boleh untk bersalam dengan:
    1. bapa saudara suami (adik/abang ibu mertua)
    2. bapa saudara suami (adik/abang bapa mertua)
    3. datuk suami (ayah kepada bapa/ibu mertua)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Puan Erin ( nama masih cik erin .heheheh )
      soalan no 1 dan 2 ..jawapanya boleh,jika memakai sarung tangan..jika tidak Haram hukumnya.
      soalan no 3. boleh kita bersalaman walaupun tanpa memakai sarung tangan.

      selamat beramal.in shaa Allah.semoga sama-sama kita menjaganya.amin

      Delete
  13. Assalamualaikum
    Sy(lelaki) nk bertanya, apakah hukum bersalam dgn sedara perempuan belah ayah sy..dimana
    Ayah saya punya adik(pakcik) ada ank perempuan..bolehkah sy bersalam dgn ank perempuannya..ade yg sy dgr boleh sbb sy boleh mewalikan gadis itu dan ada yg sy dgr tidak boleh..
    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh bersalaman..itu sepupu anda.anda boleh kawin dgn dia.

      Delete
  14. boleh tak sy (perempuan) bersalam dengan bapa saudara tiri, iaitu adik tiri lelaki ayah sy..tiri: lain mak sama bapa

    ReplyDelete
  15. maaf ya..soalan ni sy tak dpt nak jawab.nasihat sy...cuba bertanya dgn ustaz secara face to face agar tidak timbul kekeliruan dlm menjawab persoalan ni.

    tetapi secara dasarnya jika anak itu lahir melalui perkahwinan datuk awak dgn nenek baru awak.....itu adalah adik bradik ayah awak.adik beradik kandung ayah awak..nilah pakcik awak... boleh bersalaman dengan pakcik awak ni....Jadi bagaimana yang dikatakan adik beradik tiri? Iaitu bilamana nenek baru awak sudah mempunyai anak dari suami dahulu ..Maka anak nenek baru awak tu dikira sebagai adik-beradik tiri dengan ayah awak.... Tiada kena mengena hubungan adik-beradik langsung. Hanya dikira sebagai adik-beradik sabit kerana mak dan ayah mereka berkahwin. Maka adik-beradik begini kena jaga molek-moleklah semua batas2 seperti orang asing yang lain. Pendek kata adik-beradik begini bukan mahram.

    sila rujuk ustaz ya.bg lebih jelas.in shaa Allah.

    ReplyDelete
  16. Salam. Kalo saya salam adik atau kakak nenek saya bole ke?

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah. nak raya ni kene pakat beringat belaka

    ReplyDelete
  18. AssaLamuaLaikum..Apa Hukum bersalam (perempuan) dengan anak lelaki kepada sepupu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam .. x dibenarkan.haram hukumnya.

      Delete
  19. As salam, sy bru berkahwin tp lihat suami sy bersalam dan mencium pipi ibu saudaranya(adk/kakak)kpada ibu mertua sy, boleh kah perkara tersebut? muskil sb sy lihat abg ipar/adk ipar pn bt perkara yg sma. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  20. as salam..
    merujuk kpd p'soaln drp azlina ina11 December 2015 at 23:00,
    ap yg sy phm, pn azlina b'tya ttg hukum suaminya b'salaman dgn ibu saudara suaminya s'diri iaitu adik/kakak kpd ibu kandung suaminya.bukn ibu saudara kpd pn azlina.jd bukankah harus(dibenarkan) b'salaman dgn ibu saudaranya s'diri?dlm pemahaman sy, haram hukumnya anak saudara menikahi adik/kakak kpd ibu kandungnya.jd boleh la suami pn azlina b'salaman dgn adik/kakak ibu kandungnya kerana mrk adalah mahram kpd suaminya.begitu jg dgn abg/adik ipar pn azlina, mrk mahram kpd adik/kakak ibu kandung mrk..Wallahu a’lam

    maafkan sy jika sy t'silap tafsir..sesungguhnya yg baik itu dtgnya drp Allah dn yg khilaf itu drp diri sy s'diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      terima kasih atas pencerahan.

      Delete
  21. salam..bolehkah seorang perempuan bersalam dengan cucu tirinya?maksudnya anak dia berkahwin dengan lelaki yg dah ada anak?dan bolehkah seorang peremouan bersalam dengan anak kpd menantu tirinya?

    ReplyDelete
  22. 1) pada hari raya , sy dgn isteri dtg rumah abang sy...haram ke kak ipar dgn anak2 perempuan nya tak pakai hijab .

    2) berdosa ke mak mertua sy tk pakai hijab di waktu sy menyunjungi rumah nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk artikal sy diatas ya encik.

      Tambahan

      Mak mertua tidak perlu memakai hijab ketika encik bertandang kerumahnya.

      Delete
    2. Sila rujuk artikal sy diatas ya encik.

      Tambahan

      Mak mertua tidak perlu memakai hijab ketika encik bertandang kerumahnya.

      Delete
  23. As Salam nk tanya, klu saya (perempuan) dgn adik kepada nenek saya punya anak iaitu lelaki bole salam ke?die pangkat pakcik saya la.. Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      Pakcik saudara jauh.bukan mahram kita.tak boleh bersalaman.untuk lebih kefahaman.boleh rujuk orang yang lebih arif ya.

      Delete
    2. W'salam.
      Pakcik saudara jauh.bukan mahram kita.tak boleh bersalaman.untuk lebih kefahaman.boleh rujuk orang yang lebih arif ya.

      Delete
  24. suami saya gemar berjumpa/berdua dua dengan anak buahnya(perempuan), anak kepada kakak dia. sebab katanya memang rapat sejak kecil. adakah salah jika saya biarkan atau perlu saya tegur. saya masih keliru bab mahram sebab saya melawatdan berbual dengan sepupu lelaki belah ayah pun dia marah bila jumpa sebab katanya bukan mahram

    ReplyDelete
  25. Anak saudara dia tu,tiada masalah.cuma janganlah sampai tidak dijaga batas-batas pergaulannya.takut terjadi perkara yang tak diingini (sumbang mahram).

    Untuk kes sepupu lelaki memang bukan mahram Puan.boleh berkahwin dengannya.jadi betul tindakan suami puan.Jangan sampai menimpulkan fitnah.
    Jangan berdua-duaan.

    Semoga kita semua terselamat daripada Fitnah Dunia.amin

    ReplyDelete
  26. Anak saudara dia tu,tiada masalah.cuma janganlah sampai tidak dijaga batas-batas pergaulannya.takut terjadi perkara yang tak diingini (sumbang mahram).

    Untuk kes sepupu lelaki memang bukan mahram Puan.boleh berkahwin dengannya.jadi betul tindakan suami puan.Jangan sampai menimpulkan fitnah.
    Jangan berdua-duaan.

    Semoga kita semua terselamat daripada Fitnah Dunia.amin

    ReplyDelete