Sunday 29 July 2012

Buat Kad Raya Sendiri.





Dalam zaman moden sekarang ni, ramai yang dah lupa dengan kad Raya. Betul tak? Apa kata kalau kita bangkitkan kembali kenangan silam macam dulu-dulu. Sebenarnya kita boleh buat sendiri.
Cuba korang tengok cara-cara kat bawah ni. Tak susah kan?


Cara buat kad raya (sendiri)
*perisian yang digunakan - adobe photoshop
**kefahaman yang mencukupi dalam perisian ini adalah amat digalakkan
  1. Set saiz kanvas - takyah besar-besar sangat dalam lingkungan a4 (lipat dua) atau buat saiz A5 pun ok jugak.
  2. Cari elemen raya dalam bentuk gambar - ketupat, masjid, meriam, sampul raya dan sebagai
  3. Tetapkan konsep kad raya yang bakal dibuat - jenis qoute, jenis simple atau jenis serabut
  4. Untuk kad raya jenis qoute korang kena cari qoute yang menarik, pantun raya pun kadang-kadang boleh
  5. Gabungkan semua elemen kedalam kanvas yang telah ditetapkan saiz tadi - drag je
  6. Susun secara teratur - penggunaan tulisan mempengaruhi mood kad raya tersebut, penggunaan warna juga sama
  7. Save as .jpeg atau .png sebelum diupload dalam facebook atau blog.
  8. kalau nak print pun boleh jugak pastikan print dengan menggunakan kertas gambar yang tak tebal sgt. lebih kurang 180g jer.
p/s tak semestinya buat kad raya jerk. birthday kad dan lain-lain jugak boleh dibuat dengan cara yang sama.Selamat mencuba.

Contoh-contoh kad raya buatan sendiri oleh kengkawan .










Suami Oh suami
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlukan perkhidmatan video @ photo 0135259720
www.facabeook.com/aurabisikancinta



2 comments: