Monday, 30 July 2012

Penting : hukum berjabat tangan ( Bersalam )



Dalam kehidupan seharian sering kita berjabat tangan atau bersalaman. Apatah lagi tak lama lagi menjelangnya hari raya. persoalannya.....

Bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, nenek isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..

Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?


Jawapan Mengikut Mazhab Imam Shafie,


Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan nenek mertua(nenek isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
A- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil masih belum baligh ,boleh la.
B- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
C ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
D Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. kalau mereka masih kecil takpe jugak.
E Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
F Isteri bapa Saudara kita sendiri juga adalah HARAM.( bagi lelaki) begitulah sebaliknya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tak boleh bersalaman HARAM hukumnya.


Isteri dengan abang/adik ipar ? 

Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”



Suami Oh Suami

6 comments:

  1. Salam, boleh x saya tanye klu lelaki menyentuh isteri sepupu lelaki anak saudara perempuan?

    ReplyDelete
  2. w'salam.
    maaf saya kurang faham dengan persoalan yang diajukan.

    walau bagaimanapun untuk lebih memahami, jika bukan mahram.hukumnya adalah HARAM bersentuhan.kecuali dalam keadaan darurat.

    untuk lebih kefahaman...sila rujuk sebarang permasalahan dengan Ustaz yang berdekatan secara "face to face"

    ReplyDelete
  3. apa maksud Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

    haram ka makruh? x pnh dengar lg la hukum x harus.. harus ada la...

    ReplyDelete
  4. ohhh... "tidak harus" bukan lah hukum agama tetapi membawa maksud "tidak sepatutnya" dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..
    sy ada soalan.
    mcm mana pulak klu anak lelaki dengan sepupu perempuan ibunya.
    boleh salam ke tidak ye?

    ReplyDelete
  6. w'salam. , jika ibunya dgn sepupu lelaki pun bukan mahram .apatah lagi anak lelaki dengan sepupu perempuan ibunya.

    ReplyDelete