Monday 30 July 2012

Resepi Kek Coklat Kukus (Moist) -buat anakku yang tersayang.

Hari 30 Julai 2012 ,birthday anak aku no 2. birthday mesti ade kek....birthday budak-budak lah katekan.biasenye aku p beli jerk kat kedai.tapi kali ni aku nak buat sendiri jerk la.so aku pun kedapor...heheheheh buat kek. mase isteri aku masak untuk hidangan berbuka puasa.mase tulah aku kacau pegi buat kek. heheheheheh. 

percaya tak wahai suami oh suami semua.... tak susah untuk membuatnye. dengan sekali buat pun aku yakin korang berjaye menghasilkan kek Coklat kukus yang terbaik. :P

nak cube tak? ini lah resepinye.


Resepi Kek Coklat Kukus (Moist)

Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan  butter yg di cairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur





Bahan untuk Topping :
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar

Cara:
Campurkan serbuk koko, susu segar/susu cair, gula, susu pekat dan butter dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan tadi cair.Tutup api. Biarkan adunan suam.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan adunan koko tadi. Gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga habis.

Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam bekas loyang.

Kukus dalam masa sejam dengan api yang sederhana. selepas sejam, nak tau dah masak ke belum? cucuk dgn garpu atau cake tester ke dalam loyang.Jika tiada adunan melekat, itu tandanya telah masak.

Untuk topping plak...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. nak hias dgn coklat neps pun ok gak... mcm yg aku buat ni... :P


Suami Oh Suami
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment