Wednesday, 8 April 2015

STORYBOARD (PAPAN CERITA)

assalamualaikum semua..
Sebenarnya pening pala aku nak tau ape tu storyboard..jadi drpd hasil bacaan dan beberapa rujukan dr mereka yg berpengalaman...kat sini aku nak kongsi ape itu storyboard.jika silap tolong betulkan .

STORYBOARD (PAPAN CERITA)1-Storyboard adalah peringkat kedua selepas proses rekabentuk di dalam pre-produksi. Storyboard merupakan visual satu susunan cerita yang menyerupai komik. Iaitu dimana storyboard atau papan cerita akan mengambarkan perjalanan cerita. Perjalanan cerita tersebut dilukis dalam satu scene ke satu scene (sc) terakhir. 

PERALATAN  PENTING STORYBOARD:-Peralatan melukis dan menulis. Stop Watch.(Jam Randek iaitu jam yang digunakan untuk mencatat waktu dan detik bagi mengira timming setiap dialog dalam babak). Kertas Storyboard (ruangan Nombor, Scene/Babak, Aksyen, Dialog,  Jumlah Timming)

2-Semasa proses ini seorang Storyboard Artist atau Pengarah Seni akan duduk berbincang untuk berbincang  untuk membina storyboard agar nampak menarik. Pada kebiasaannya storyboard akan dilukis oleh seorang Pengarah Seni atau seorang Storyoard Artist. Melalui skrip tersebut mereka akan menggambarkan sesuatu cerita itu dengan berpandukan 2 pembahagian iaitu berikut:

APA YANG DILIHAT DAN APA YANG DIDENGAR

1. Penampilan watak (Physical appearance)2. Lakonan (acting)3. Pakaian dan Dandanan (costume dan make-up)4. Hiasan (setting)5. Peralatan (props)6. Masa (time)7. Cuaca (weather)8. Hubungan watak (physical relation)9. Dialog. (dialogue)

BAGAIMANA IA DILIHAT DAN IA AKAN DIDENGAR

1. Format (Format)2. Kedudukan Gambar (Shot Composition/Prpposisi)3. Jarak Fokus dan Difinasi. (Focus Distance dan Defination)4. Saiz Gambar (Saize of Shot)5. Pergerakan Kamera (camera movement)6. Sudut Kamera. (camera angle)7. Kesan Khas (Special effect) 8. Kesan Bunyi (Sound Effect)9. Suntingan (editing)10. Muzik (music)

3-Selepas proses storyboard selesai, Pengarah Seni atau Storyboard Artist akan membuat Seisi Bercerita (Story Telling) dihadapan panel yang iaitu Creative Team yang terdiri daripada 5 hingga 7 orang. Biasanya ahli-ahlinya ialah Projek Pengurus, Pengarah Seni, Animator, Penulis Skrip, Storyboard Artist, Pelukis Latarbelakang, Pereka Bentuk Karektor dan Komposer Lagu/Muzik.


Suami oh Suami


No comments:

Post a Comment