Wednesday 8 April 2015

Aktiviti SAVUM ( Sahabat Videografi Utara Malaysia )

Assalamualaikum,

Seramai lebih 40 orang peminat videografi diutara Tanah Air telah mengikuti sesi pengenalan filem pendek anjuran SAVUM.Pada 4/4/2015 yang lepas bertempat di R&R Bagan Ajam,Penang.Program ini adalah kali kedua kami,bagi mengumpulkan peminat-peminat video tak kira jenis alat merakam video jenis apa pun termasuklah telipon bimbit juga terlibat bagi program kami pada kali ini.

Dalam program tersebut peserta didedahkan dengan : 

1) Pengenalan  video DSLR,
2) Pengenalan "Aerial Video " beserta demo.
3) Teknik membuat filem pendek beserta praktikal berkumpulan.

Peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan.Mereka dikehendaki membuat filem pendek seperti yang diajar.







Program pertama kami di Gerik Perak , dan yang terbaru di Penang . Selepas ini akan ke Jitra atau ke Alor Star ,ke Perlis dan akan berakhir di Sungai Petani ,Kedah,

ikuti kami di facebook Facebook SAVUM

Suami Oh Suami




No comments:

Post a Comment