Thursday 2 April 2015

Apakah Hukum ambil gambar tak tutup aurat dan sebarkannya

Assalamualaikum semua.

Sudah menjadi trend sekarang begitu ramai orang termasuk kawan-kawan kita yang menjadikan kamera sebagai teman karib mereka.ada yang mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang menjadikan itu sebagai karier mereka .

so, aku nk la kongsi di sini hukum-hakam yang berkenaan dengan fotografi.. aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).
Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

Jadi ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

Tambahan : 

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah ada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

“Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/ belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.”

Syaikh al-Dahlawi rahimahullah memulakannya dengan menjelaskan bahawa apabila seorang lelaki memandang aurat wanita, ia akan menimbulkan syahwat yang akhirnya membawa kepada perkara-perkara maksiat. Atas dasar ini maka
Islam menggariskan beberapa cara untuk menutup jalan-jalan yang akan
membawa kepada syahwat dan kemungkaran ini. Antara jalan-jalan tersebut
adalah:

[1] Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah firman Allah: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu” [al-Ahzab 33:33]

[2] Wanita memakai jilbab (tudung) dan tidak menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami dan mahramnya. Dalilnya ialah firman Allah dalam
surah
al-Nur 24:31. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada (1) wajah sebagai
bentuk pengenalan dan (2) tangan kerana ia banyak membuat kerja. Selain
itu rukhsah juga diberi kepada wanita tua yang sudah tiada daya
tarikan.

[3] Tidak boleh berdua-duan (khalwat).

[4] Tidak boleh memandang aurat sesama jantina. Lelaki tak boleh pandang aurat lelaki, wanita tak boleh pandang aurat wanita.

[5] Tidak boleh sesama jantina tidur satu “pakaian”, yakni tidur satu selimut bersama-sama. Poin ke 4 & 5 ini untuk mengelakkan kemaksiatan seperti gay & lesbian.

Demikian ringkasan daripada keterangan al-Dahlawi. Jelas daripada keterangannya bahawa aurat wanita bukanlah kemaluan depan belakang sahaja tetapi semua kecuali muka dan tangan. Ini adalah sebagaimana yang kita semua fahami dan amalkan sekarang ini.

Marilah kita bersama-sama menjaga aib (aurat) sesama kita.Jika kita orang Islam tak melakukannya, maka siapa lagi?

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]

No comments:

Post a Comment