Thursday 12 March 2015

Tag Along untuk apa?

Assalamualaikum

Kali ni aku nak bercerita tentang ‘TAG-ALONG’ . Tag Along (TA) adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar rasmi (OP)dalam tugasan-tugasan penggambaran. Ramai yang tidak memahami erti dan tujuan sebenar proses TA ini. Tidak dinafikan beberapa etika atau tatatertib mesti dipatuhi jika anda ingin menjadikankan ia sebagai salah satu alat pembelajaran yang berkesan.

Aku ambil contoh TA  dalam bidang fofografi perkahwinan.baru-baru ni aku ada berbincang dengan Cikgu Adhadi Mohd ( http://adhadi.com/ ) berkaitan dengan tajuk ni. melalui perbincangan tu,pada aku terdapat dua ketegori secara umumnya dalam TA ni.
1)  Untuk belajar

Tidak dinafikan dengan cara kita mengikuti jurugambar rasmi menjalankan tugasannya banyak yang kita dapat pelajari secara langsung.Selain daripada kita dapat melihat sendiri keseluruhan perjalanan majlis, kita juga dapat pelajari secara praktikal bagaimana untuk “handle” sesebuah majlis dari mula hingga majlis berakhir. Jurugambar baru boleh menggunakan peluang TA ini sebagai salah satu cara pembelajaran tidak rasmi yang tidak memerlukan belanja yang tinggi. Jika menghadiri kelas dan seminar memerlukan ratusan mungkin ribuan ringgit, pembejaran melalui TA selalunya hanya melibatkan beberapa kos yang kecil sahaja . Disamping masa yang fleksibel, anda juga boleh memilih mana-mana jurugambar (jika diberi kebenaran) untuk menjadi TA.

Jurugambar lama pula boleh menggunakan peluang TA ini untuk mencuba teknik-teknik atau konsep baru yang mungkin tidak berkesempatan di lakukan semasa melakukan tugasan sendiri. Melalui TA, tidak terikat dengan shots tertentu untuk majlis dan ini memberi kebebasan kepada tagger untuk menghasilkan apa saja gambar yang difikirkan sesuai.

2)  Untuk mendapatkan profile peribadi ( gambar yang diambil digunakan untuk tujuan marketing ataupun dalam kata lain untuk ditunjukan kepada bakal pelanggan )

Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada jurugambar baru yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.Mereka mula tagger untuk mendapatkan contoh-contoh gambar yang mereka ambil.Tak dinafikan ada dikalangan jurugambar yang menjadikannya sebagai jalan pintas untuk meraih publisiti.

Apapun tujuan kita sebagai tagger sama ada untuk tujuan pembelajaran ataupun sebagai bahan untuk marketing.Janganlah kita lupa yang kita sebenarnya menumpang kasih daripada jurugambar rasmi,dengan budi baiknyalah maka kita dapat berada dimajlis tersebut.Kita bukan sahaja perlu pandai menyesuaikan diri dalam majlis tersebut tetapi perlulah juga menjaga nama baik jurugambar rasmi tersebut.

aku juga ingin menyentuh bab etika.Bab etika ini sangat luas untuk kita perbincangkan,namun apa yang penting bagi AKU adalah kita sedaya upaya memastikan kehadiran kita dimajlis tersebut mesti disenangi oleh semua pihak.Cara kita berpakaian,penampilan kita,tingkah laku kita,riak muka kita dan lain-lain lagi perlu diberikan keutamaan.Ingat jika tidak dijaga kita akan merosakan imej  atau repotasi jurugambar utama.Dari pengalaman aku sendiri banyak tagger yang gagal bab ni.Bukan aku nak perlekehkan mereka,sebab aku sendiri bermula dalam bidang ni sebagai tagger.

Sebenarnya bila kita jaga bab etika ni kita lebih disukai oleh photographer rasmi maka tak hairan lah jika dia sendiri yang ajak kita jika dia ada tugasan dilain kali.

Tip : Sebelum hari majlis cuba bertanya kepada jurugambar rasmi  terlebih dahulu tentang syarat-syarat yang perlu diikuti.Ikutlah syarat-syarat yang telah ditetapkan itu sedaya upaya.Apa pun aku doakan semoga korang akan lebih Berjaya.Daripada tagger bertukar menjadi jurugambar rasmi.in shaa Allah.

Suami Oh Suami

aku (  Jimmyz Aura ) 2 dari kiri bersama Cikgu Adhadi Mohd II 3 dari kiri ,  Zaini Mi Man kiri sekali , Redza Lee 2 dari kanan dan  Paklah Hassan kanan sekali 









No comments:

Post a Comment