Wednesday 5 September 2012

Suami Isteri bergaduh?


Para ulama ilmu Nafs menganggarkan kesan daripada pergaduhan yang berterusan dihadapan anak-anak akan memberi impak negetif kepada mereka sehingga mereka besar, antara kesannya ialah kebencian mereka kepada perkahwinan, takut mengenainya, takut berulang kepada dirinya jika dia berkahwin, kerana pemikiran seperti itu sudah ditanam sedari kecil lagi.

Perbalahan, perselisihan dan pergaduhan adalah satu lumrah dalam kehidupan berumahtangga, pepatah melayu ada menyebut “ sedangkan lidah lagi tergigit” apalagi suami isterikan, Cuma bagaimana kita menghadapinya, itu sangat penting.

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh sepasang suami isteri dalam soal ini?

Boleh juga jika perbalahan hampir tercetus anda berdua masuk ke bilik, selesaikan di dalam bilik, bukan dihadapan anak-anak,  yang penting jagalah suara.

Wajib bagi setiap pasangan menjauhi dari mempengaruhi anak-anak yang ayah mereka telah menzalimi ibu mereka, begitu juga sebaliknya, ini adalah satu perbuatan yang amat buruk, kerana ianya akan menghilangkan rasa hormat anak-anak kepada ayah atau ibu mereka.

Seorang isteri wajib memahamkan kedudukan suami mereka kepada anak-anak, seorang ayah wajib dihormati, disanjungi, sesuai dengan kedudukan nya, seorang ayah pula perlu memahamkan anak-anaknya yang ibu mereka wajib disayangi dan juga dihormati.

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasi. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini atau pun tidak akan memperlekehkan suami.

Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan. Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga? Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai. Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara? Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?

Pasangan yang jahil tidak menghiraukan perkara ini, mereka bergaduh, meninggikan suara, mencaci, sehingga mendatangkan suasana yang tidak selesa di dalam rumah, kesan yang amat buruk bakal menimpa anak-anak di atas kelakuan jahil mereka ini.

Hendaklah kita faham perbalahan yang berterusan akan memberi kesan buruk, oleh itu kita harus berada dalam keadaan yang terkawal, jauh dari meninggikan suara, caci maki, dan yang seumpama dengan nya.

Suami Oh Suami didiklah isteri dan anak-anak dengan ilmu agama Allah S.W.T.  jika kita sendiri jahil... maka berusahalah untuk belajar. Jangan malu untuk menuntut ilmu. Untuk kesenangan kita dan keluarga kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Suami Oh Suami

No comments:

Post a Comment