Thursday, 25 July 2013

Kenapa menegur dengan kasar?


Assalamualaikum....

disebabkan media sosial hari ni sering mendapat perhatian semua pihak.Etika dalam menggunakannya juga perlulah dititk beratkan.

Mencemuh dengan kata-kata yang kesat seolah-olah telah menjadi lumrah di alam maya ni.Niat untuk menegur tu baik.tetapi tanpa disedari sebenarnya mereka menggunakan pendekatan yang tidak dianjurkan oleh ISLAM sehingga menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir. lidah dan jari menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia.

mari kita renungkan ayat Al-Quran yang bermaksud

'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.
(Surah al-Hujurat:11)
  
Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda

'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)
  

Renung-renungkan lah

Suami Oh Suami.

No comments:

Post a Comment