Monday 29 July 2013

Henti Kemudahan dan Akses Internet di Malaysia?

Assalamualaikum...

kalau mengikut caranya seoalah-olah dah kritikal sangatlah penyalahgunaan internet di Malaysia ni kan? apa pun sebagai pengguna internet.aku rasa pihak kerajaan perlulah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk menyekat penggunaan internet di negara kita ni.

Ini lah diantara cara kita melihat dunia luar.kalau disekat mungkin semakin ramai rakyat malaysia akan menjadi "katak murung bawah tempurung" .Sebenarnya memang banyak sangat kebaikannya.kalau nak dilistkan memang tak tau bila nak habisnya.

Cuba korang fikir....jika semua benda yang memudaratkan diMalaysia ni kita cuba buang dari kehidupan kita.rasa-rasaya kita boleh teruskan kehidupan ke? contoh : pisau ..kan bahaya tu. tapi kita bukan guna untuk bunuh orang.kita guna untuk kerja-kerja didapur.walaupun pisau tu boleh mendatangkan kemudaratan pada sesiapa saje.namun kita tetap jugak milikinya.kalau nak di jadikan contoh memang banyak sangat benda-benda yang bahaya tapi tetap kita guna benda tu.

salahguna internet ni bukan baru wujud.cuma bagaimana untuk kita mengatasinya perlulah dikaji dari semasa ke semasa.tidak semua yang berada didalam internet ni salah dan memudaratkan.Bukan internet tu yang salah.Tapi bagaimana kita mengunakannya? itu yang menjadi perkara pokok dalam menanggani masalah ni.

Aku harap pihak kerajaan gunakanlah kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Suami Oh Suami

No comments:

Post a Comment