Sebagai Seorang suami tugas kita sudah bermula sejurus majlis akad nikah berakhir, namun kita perlu merancang dengan baik termasuk didalam persiapan majlis itu sendiri.Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat dijadikan pelajaran dan panduan yang berguna.InsyaAllah. Tags: akad nikah, Babies Only, candid wedding, jurugambar kahwin, jurugambar perkahwinan johor, jurugambar perkahwinan utara, jutawan, perkahwinan , juru video , videographer utara , videographer kedah ,videographer penang
Tuesday, 24 July 2012
kenali syaitan DASIM dan tugasnya
Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia.
Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya.
Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri, sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut.
Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.
cuba amalkan setiap kali sebelum masuk kedalam rumah bacalah Bismillah 3 kali dan selepas itu berilah Salam,walaupun tiada org didalam rumah. Selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment