Seorang
suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan
panjang umurnya lima tahun.Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap
kesihatan.
Seseorang
itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun,
sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan
Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan
Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel
Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan
sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari
segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan
isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah
beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat
mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu
suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya
lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan
itu.
Jelas
beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu
pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang
mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk
menghiasi diri,” kata
Dr.Fadzilah.
Suami Oh Suami
Suami Oh Suami
No comments:
Post a Comment