Thursday, 3 March 2016

Hati Seorang Ibu itu berbeza dengan hati seorang ayah ?

assalamualaikum

hari ni merupakan hari pertama anak ku bersekolah di sekolah pondok tahfiz.pilu dan sebak rasanya memikirkan anak lelaki sorang aku ni pergi atas urusan agama.

syarat yang harus kami sekeluarga ikuti adalah tidak boleh berjumpa dengan anak kami.Kerana dikuatiri akan menganggu pelajaran dia disana.Berapa lama? sebaiknya dibiarkan saja . selagi tidak berjaya hafaz Al-Quran 30 juzuk,selagi itu jangan berjumpa.

Ya Allah.

Melihat linangan air mata isteriku,membuatkan mataku juga berkaca.Tapi ku kuatkan hati ini,Isteriku  kata awak tidak rasa seperti yang saya rasakan.saya ibunya.sentiasa fikir bagaimanakah kehidupannya selepas ini,Tiada lagi bantuan dari kita semua.semuanya dia uruskan sendiri. Nakalnya kian hilang... tidak dapat dilihat lagi. rajuknya tiada lagi.manjanya entah kemana.

Sebenarnya

Aku juga ada perasaan, betul anak lelaki tunggalku itu baru berusia 10tahun. masih kecil dan sangat-sangat memerlukan kami disisinya.

Bagaimana aku menukar kesedihan kepada kegembiraan?

ya,sebab aku bersyukur dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah.kini anakku itu dipilih sebagai seorang yang dekat pada Allah.dipilih Allah,itu yang membuatkan hatiku sangat gembira.

Alhamdulillah.

buat anakku Akmal Hakim
disana bukan tiada abah dan ibu.. masih ada abah dan ibu nak..
cuma wajah kami berbeza.tidak serupa.
mungkin dia lebih tegas dari kami.
mungkin dia lebih menyayangimu lebih dari kami.
dia itu gurumu sayang.
taatlah kepadanya.
patuhlah anakku..
kerana itulah jalanmu
jalan menuju kepada Allah.

aku bangga dengan mu sayang.

No comments:

Post a Comment