Tuesday 7 May 2013

nak tunggu bila? cuba tengok sekeliling kita.

As salamualikum


Lepas pilihanraya ni macam-macam cerita yang aku dengar.termasuklah isu pilihanraya itu sendiri.pergaduhan sesame kita.tak kurang juga isu yang amat menyentuh hati aku ni iaitu tentang penyatuan kaum melayu. Ramai yang berpendapat tsunami dari rakyat cina telah bermula.kekalahan banyaka kerusi dari wakil BN dan peningkatan kerusi wakil DAP hampir disetiap bandar-bandar utama diseluruh malaysia menguatkan lagi perasangka tersebut.

Kebangkitan kaum lain untuk menjatuhkan kaum melayu adalah satu petanda yang tidak baik.Apakah tindakan kita sebagai orang yang berbangsa melayu? Mahu meniru cara mereka? Pendekatan bagaimana yang harus kita ambil?

Pendekatan yang terbaik adalah penyatuan. rasanya orang-orang melayu ni dah lama meminggirkan penyatuan kaum itu sendiri. penyatuan kita bukan untuk menjatuhkan kaum lain.sebaliknya untuk menjadikan Malaysia aman dan makmur.bila kita bersatu tentu mereka tak dapat mencapai matlamat untuk menjatuhkan kita. Di facebook banyak sangat isu-isu berbangkit tentang penyatuan kaum melayu.ada yang mengharapkan UMNO dan PAS bersatu kembali.aku amat-amat menyokong dengan usaha yang dilakukan tu. tak kira lah dari peringkat mana sekali pun.yang penting PENYATUAN bukan perpecahan.


Mari kita ikut cara Rasulullah s.a.w dalam menghadapi cabaran untuk menyebarkan islam.Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.malah Baginda s.a.w menghadapinya dengan keperibadian yang mulia.beginilah yang kita harus lakukan.bukan meniru cara mereka yang berniat jahat atau yang melakukan kejahatan.Baginda merapatkan saf dan memperkukuhkan ikatan sesame sahabat.

Ingat apa pun yang kita rancang janganlah sampai terkeluar dari landasan yang telah Allah S.W.T tetapkan.Dengan berpandukan Al-quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w ,ayuhhhh kita mulakan.
Bersatu kerana Allah,agama,bangsa dan Negara.

Aku sokong UMNO & PAS bersatu

 Suami Oh Suami

No comments:

Post a Comment