Thursday 3 January 2013

Malunye nak buat baik?

As salam semua....

Selamat pagi, semoga kita semua sentiasa didalam keredhaan Allah S.W.T.

Sedikit demi sedikit umat Islam secara umumnya mula berasa malu untuk melakukan kebaikan. Sebaliknya maksiat dilakukan dengan penuh bangga.Sering dijaja kesana kesini tentang perkara-perkara maksiat yang dilakukannya.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman. (Shahih Muslim No.50)


Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Nabi saw. mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu, lalu Nabi saw. bersabda: Malu adalah bagian dari iman. (Shahih Muslim No.52) 


Benar malu itu sebahagian daripada iman,tapi malu untuk membuat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah itu adakah tanda sebahagian daripada iman? sudah semestinya tak kan...

-Malu untuk meminta maaf,
-Malu untuk bertegur sapa,
-Malu untuk berubah kepada lebih baik,
-Malu untuk nasihat menasihati.
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu

Bukan itu saje...malah ...

1. Malu dalam mencari ilmu.Perkara ini sering berlaku kepada kita. Kita malu untuk bertanya kerana khuatiri akan dikatakan tidak pandai oleh kawan-kawan.

2. Malu bertanya perkara yang tidak tahu Oleh sebab itu, Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshor, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memahami agama (tidak menghalangi mereka untuk bertanya).” (Fathul Bari 1/351)Imam Mujahid rahimahullah berkata: “Tidak akan mempelajari ilmu orang yang malu dan sombong.” (Fathul Bari 1/351)


3. Malunya seorang wanita untuk menutup aurat / bertudung .Padahal wanita yang memiliki rasa malu tidak akan rela jika auratnya terbuka, karena aurat adalah sesuatu yang menimbulkan seseorang merasa malu. Apabila seorang wanita sudah tidak lagi merasa malu ketika terlihat auratnya maka secara automatik hilanglah hakikat kehormatannya.

4. Malunya seseorang untuk meninggalkan adat kebanyakan orang (yang bertentangan dengan Islam).

5. Malunya seorang wanita bila tidak bergaul iaitu bebas bergaul dengan siapa saja termasuk bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara baik yang malu untuk kita lakukan.Jom kita fikir-fikirkan ,jangan tengok pada orang lain jerk...sebaliknya tengok pada diri kita sendiri.

Inilah hasil kejayaan iblis dan kuncu kuncunya menghasut dan mengaburi mata orang-orang islam.

aku nak nasihatkan diri aku dan korang jugak... ade dikalangan kita, bukan nak membantu orang yang nak berubah kearah kebaikan.malah lagi teruk siap kutuk dan perli-perli plak tu.Macamlah kita ni bagus sangat kan?

Semoga penulisan aku kali ni dapat memberi manfaat pada kita semua.InsyaAllah.amin

Suami Oh Suami.

2 comments: