Wednesday, 29 August 2012

Perbezaan "PENDIDIKAN" dengan "PELAJARAN"


AS salam
Ramai ibubapa beranggapan dengan menghantar anak-anak kesekolah maka telah lepas lah tanggungjawab mereka didalam mendidik anak-anak tersebut.Mereka tidak sedar terdapat perbezaan yang amat nyata diantara pelajaran dan pendidikan.
Pelajaran yang diperolehi disekolah hanyalah satu bentuk pengetahuan sahaja. Manakala pendidikan pula sebenarnya lebih dari itu, malahan pendidikan itu akan menjadi  amalan anak-anak kita sampai bila-bila.
Janganlah diharapkan anak-anak kita akan terdidik di sekolah-sekolah yang kita hantar.Didikan itu bermula dirumah.Apa yang kita lakukan.Itulah didikan kita.
Ingatlah didikan yang baik adalah mengikut Ajaran Islam berlandasankan Al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w.
Jangan asik menyuruh anak-anak kita melakukan itu dan ini, Tetapi sebaliknya ajaklah mereka melakukannya bersama-sama  dengan kita.
Contohnya : Ramai ibubapa asik suruh anak-anak mereka solat,sedangkan kite sendiri dah lame tak solat.Apakah Syurga itu untuk anak-anak kite sahaja? Apakah mereka saje yang mempunyai Allah yang wajib disembah?  Kite bagaimana? Bila anak-anak taknak ikut cakap kita,kita marah mereka. Sedangkan mereka melihat apa yang kita lakukan.Ibubapa tak pernah solat.kenapa mereka perlu solat?
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak kita, hendaklah kita mendidik hati kita terlebih dahulu.Tambahlah ilmu agama.Jangan berhenti belajar. InsyaAllah terdidiklah anak-anak kita.

Suami Oh Suami

No comments:

Post a Comment