Monday, 6 August 2012

hukum korek hidung semasa berpuasa



Bila tiba bulan Ramdhan ni, pasti masih ramai yang tertanya-tanya apakah hukum korek hidung semasa berpuasa.Ada yang bg jawapan batal kalau korek hidung .Jangan permainkan hukum. kalau kita tak tau jangan suka2 bg pendapat.Kalau was-was jgn buat.Jawapan yang aku kongsikan ini adalah jawapan yang Ustaz Azhar Idrus didalam bukunya yang berjudul, Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab.

“Menurut pendapat yang mektabar dalam kalangan sarjana fikah Mazhab Syafii, tidak batal puasa dengan sebab memasukkan sesuatu ke dalam hidung ataupun telinga melainkan sampai kepada had batin.

Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula adalah sampai kepada gegendang telinga”

Semoga kita sama-sama menjaga kebersihan diri.Ingatlah Allah S.W.T sgt sukakan akan kebersihan.

Sifat suci dan bersih penting dalam Islam dan menjadi intipati dalam kehidupan seorang Islam. Kebersihan dan kesucian mencakupi kehidupan seharian seorang Islam hinggalah dalam melakukan ibadah. Ianya disebut secara jelas di dalam beberapa ayat Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (SAW). Didalam Surah Al-Baqarah ayat 222 Allah (SWT) berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya:
“…..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan Dia mengasihi orang-orang yang menyucikan (membersihkan) diri”
 
Suami Oh Suami

2 comments: