Tuesday 30 July 2013

Ciri-Ciri Ajaran Syiah Sekadar Panduan.





Assalamualaikum....

Syiah (شيعة Syi'a) ialah mazhab kedua terbesar dalam Islam selain daripada Sunni  . Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan  Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. 

Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khulafa'Ar-Rasyidin pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini .

Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai Kafir . 

Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Syaidina Abu Bakar.


23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.


Para suami atau isteri berhati-hatilah. jika pasangan kita terlibat sebagai ahli Syiah. jauhilah pasangan kita.Kerana hubungan itu telah tidak sah lagi sebagai suami/isteri.Hukumnya adalah HARAM. anak yang lahir hasil daripada hubungan yang tidak sah adalah anak haram.Jika ini terjadi kepada anda cepat-cepatlah buat pengaduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Suami Oh Suami

Monday 29 July 2013

Henti Kemudahan dan Akses Internet di Malaysia?

Assalamualaikum...

kalau mengikut caranya seoalah-olah dah kritikal sangatlah penyalahgunaan internet di Malaysia ni kan? apa pun sebagai pengguna internet.aku rasa pihak kerajaan perlulah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk menyekat penggunaan internet di negara kita ni.

Ini lah diantara cara kita melihat dunia luar.kalau disekat mungkin semakin ramai rakyat malaysia akan menjadi "katak murung bawah tempurung" .Sebenarnya memang banyak sangat kebaikannya.kalau nak dilistkan memang tak tau bila nak habisnya.

Cuba korang fikir....jika semua benda yang memudaratkan diMalaysia ni kita cuba buang dari kehidupan kita.rasa-rasaya kita boleh teruskan kehidupan ke? contoh : pisau ..kan bahaya tu. tapi kita bukan guna untuk bunuh orang.kita guna untuk kerja-kerja didapur.walaupun pisau tu boleh mendatangkan kemudaratan pada sesiapa saje.namun kita tetap jugak milikinya.kalau nak di jadikan contoh memang banyak sangat benda-benda yang bahaya tapi tetap kita guna benda tu.

salahguna internet ni bukan baru wujud.cuma bagaimana untuk kita mengatasinya perlulah dikaji dari semasa ke semasa.tidak semua yang berada didalam internet ni salah dan memudaratkan.Bukan internet tu yang salah.Tapi bagaimana kita mengunakannya? itu yang menjadi perkara pokok dalam menanggani masalah ni.

Aku harap pihak kerajaan gunakanlah kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Suami Oh Suami

Saturday 27 July 2013

Jawatan Kosong dalam MARA

Assalamualikum...
Kepada yang masih mencari kerja boleh cuba-cuba lah.

semoga berjaya.amin

Thursday 25 July 2013

Kenapa menegur dengan kasar?


Assalamualaikum....

disebabkan media sosial hari ni sering mendapat perhatian semua pihak.Etika dalam menggunakannya juga perlulah dititk beratkan.

Mencemuh dengan kata-kata yang kesat seolah-olah telah menjadi lumrah di alam maya ni.Niat untuk menegur tu baik.tetapi tanpa disedari sebenarnya mereka menggunakan pendekatan yang tidak dianjurkan oleh ISLAM sehingga menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir. lidah dan jari menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia.

mari kita renungkan ayat Al-Quran yang bermaksud

'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.
(Surah al-Hujurat:11)
  
Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda

'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)
  

Renung-renungkan lah

Suami Oh Suami.

Wednesday 24 July 2013

Abby Abadi & Ashraf Muslim Mengaku bernikah di Thailand ?

As salam ...
maaf la yer...bukan nak bergosip bagai. cuma tertarik dengan kenyataan dua orang pelakun yang kita kenal ni. masing-masing dah membuat pengakuan. mereka telah pun selamat bernikah di Thailand.

oppppsss!!! bukan lah maksudnye abby bernikah dengan asraf tau. diorang bernikah dengan pasangan masing-masing lah. aku taknak ulas diorang bernikah dengan siapa. korang pun mungkin lebih arif kot.

kalau korang perasan la kan...bernikah di Thailand ni seolah-olah dah menjadi trand masyarakat kita sekarang ni.bila tak dapat restu atau persetujuan terus carik jalan mudah.bernikah di Thailand.

Korang rasa boleh selesai ke masalah tu?
Untuk jangka pendek? ya memang boleh selesai masalah tu.
Untuk jangka masa panjang? hurmm!!! susah untuk difikirkan. malah ada yang sanggup berbunuh-bunuhan.disebabkan rasa sakit hati yang teramat sangat.

Sebagai bapa , risau pulak memikirkannya. ye la kan... kita pun ada anak. ape perasaan kite ...tiba-tiba dapat tahu yang anak kita dah bernikah? Allahhuakbar. hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Apa pun marilah kita sebagai penjaga dan ketua keluarga dalam keluarga kita menerapkan pendidikan agama ISLAM kepada anak-anak kita dengan mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T.

Kepada pelaku-pelaku .ingatlah... hari ni kita buat orang sakit hati. esok lusa, hati kita pula terhiris dan terguris. aku bukan nak menangkan sebelah pihak je. cuma kalau kita nak ambik hak orang lain.ambik lah dengan cara yang disarankan oleh ISLAM,jangan main ambik jer.kitakan orang melayu yang beragama ISLAM. menjaga hak orang lain itu dituntut oleh agama kita apatah lagi saudara seislam kita.

Nabi SAW bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lain, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dia aniaya untuk ditanggungkan kepadanya. "[HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a]

Suami Oh Suami

Sunday 14 July 2013

lamb chop special mudah & amat sedap


As Salam...

korang mesti pernah makan lamb chop kan? tapi pernah buat sendiri x ?

sebenarnye x susah tau nak membuatnye. daging kambing ni. aku beli kat tesco. biasenye satu keping tu dlm RM3 - RM6 . korang tgk la mana yg korang nak.

daging tu sebaik-baiknya korang perapkan dulu dlm icebox dgn melumurkan olive oil + lada hitam hancur ( boleh beli kat kedai) + sedikit garam kalau nak tambah madu pun boleh jugak sikit je jgn banyak2 pulak.. lagi lama perap lagi bagus. tapi jgn la perap sampai setahun plak kan? hehehehe

bila nak masak keluarkan la kejap. kemudian bakar dlm oven suhu 140-160'C 30-50 minit.

masa bakar tu...cuba korang masukan sosej sekali. aroma kambing tu melakat kat sosej.pehhh sedappppp...

tapi jgn la biarkan sosej tu. rajin2 la tgk ye.takut hangus plak.

kuah pulak :

panas kan periuk, aku letak buttercup gantikan minyak. kemudian masukan bawang besar + bawang putih (dicincang telebih dahulu ) ikut sesuka hati korang.aku pun x pandai nak ckp letak banyak mana. sebab aku main agak-agak jerk.

bila dah naik bau kecikan api.masukankan lada hitam ( yg telah ditumbuk @ nak guna yg serbuk pun boleh jugak ) kacau sehingga sebati.

masukan sos tiram + sos tomato + sos cili secukop rasa. kalau sos tiram 2 sudu ,sos tomato 2 sudu jugak. cuma sos cili tu 1 sudu dah cukop la. ape pun korang boleh ikut selera korang la yerk.

kacau dan kacau dan kacau. hingga mendidih.

masukan krim masakan .sikit je. dlm 2 sudu besar.

kemudian tambah air rebusan ayam / daging dlm 3 cawan. boleh jugak kalau nak gantikan dgn kiub ayam/daging

nak bagi pekat? mcm biase la kan. korang tambah la tepung jagung dlm 1 sudu besar.

mungkin suami-suami yg x biase masak x tau. tepung jagung tu gaulkan dgn sedikit air dulu. dah sebati baru masuk dlm periuk.

kalau korang nak power tambah la lada hitam tu banyak2 . hehehheeh.

aku makan lamb chop ni dgn spaghetti .

spaghetti tu rebus mcm biase dgn air. tambah olive oil dlm 1 sudu + garam secukop rasa.

Selamat mencuba & Selamat berbuka puasa.

Suami Oh Suami






Tuesday 9 July 2013

Mengapa tiada kejutan lagi?

Assalamualaikum...

Wanita suka kejutan... begitu jugalah dengan lelaki. setiap insan dimuka bumi ini pasti akan terharu jika mendapat kejutan drpd orang yang mereka sayangi.

Jadikan lah amalan kejut-mengejut ni sebagai satu amalan yang sentiasa dilakukan seawal usia perkahwinan mau pun seusia puluhan tahun perkahwinan.

Kejutan tak perlu lah sesuatu yang besar, cukup sekadar mengucapkan sayang didepan orang lain , pujian yang manis-manis,mengingati hari lahir pasangan dan menjadi org pertama yang mengucapkannya.Sebenarnya memang banyak contoh-contoh yang boleh kita jadikan sebagai kejutan tu. ada juga yang membuat nota cinta.kemudian menyelitkannya dibawah bantal.bayangkan apa perasaan pasangan anda ketika menemuinya?

Kejutan ni sebenarnya dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara pasangan.malah kita boleh juga lakukan pada anak-anak kita dan ibubapa kita juga.

Dengan kejutan-kejutan yang kita cipta ,menunjukan yang mereka benar-benar disayangi dan kita sememangnya menghargai kasih sayang yang telah wujud itu.

Amat malang jika dulu hidup kita penuh dengan kejutan bila dah lama berkahwin.... tiada lagi kejutan buat kita ataupun pasangan.Jadilah pasangan yang kritif, fikir-fikirkan lah sesuatu untuk insan yang kita sayang.

Suami Oh Suami

Monday 8 July 2013

KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-55 TAHUN 1434H/2013M:

KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-55 TAHUN 1434H/2013M:
BAHAGIAN LELAKI/QARI
TEMPAT PERTAMA : MR. DASRIZAL BIN MARAH NAININ
NEGARA : INDONESIA
MARKAH : 93.26 %
TEMPAT KEDUA : MR. MOHAMMAD MASHMOUL
NEGARA : IRAN
MARKAH : 92.38 %
TEMPAT KETIGA : MR. ANUAR BIN HASIN
NEGARA : MALAYSIA
MARKAH : 89.55%
TEMPAT KEEMPAT : MR. NAZMUL HASAN
NEGARA : BANGLADESH
MARKAH : 89.19%
TEMPAT KELIMA : YOUSSEF MARWAN AD-DEEK LEBANON
NEGARA : LEBANON
MARKAH : 87.63 %
TEMPAT KEENAM : MR. MOHAMED AL-ARABI KASTALI
NEGARA : MOROCCO
MARKAH : 86.91 %
TEMPAT KETUJUH : MR. BOUGHALAB IBRAHIM
NEGARA : BELGIUM
MARKAH : 86.71 %
TEMPAT KELAPAN : MR. MUHAMMAD HAJEE MUSA
NEGARA : THAILAND
MARKAH : 86.17%
BAHAGIAN PEREMPUAN/QARIAH
TEMPAT PERTAMA : MRS. HAJAR BOUSSAQ
NEGARA : MOROCCO
MARKAH : 91.27%
TEMPAT KEDUA : MRS. HANIMZAH BINTI HJ. JALALUDDIN
NEGARA : MALAYSIA
MARKAH : 88.08 %
TEMPAT KETIGA : MRS. NATIPA BINTI MANASIYA
NEGARA : THAILAND
MARKAH : 87.67%
TEMPAT KEEMPAT : MRS. DAYANG HAJAH MAIDAH BINTI HAJI ABD RAHMAN NEGARA : BRUNEI DARUSSALAM
MARKAH : 86.46%
TEMPAT KELIMA : MS. SOMIYAH ALI ABDEL AZIZ ALI EL DEEP
NEGARA : MESIR
MARKAH :85.88 %
TEMPAT KEENAM : MRS. FARIDAH BINTI DAUD
NEGARA : INDONESIA
MARKAH : 85.56 %
TEMPAT KETUJUH : MS. NUR ADILLAH BINTI MOHAMED REHAT
NEGARA : SINGAPURA
MARKAH : 76.75 %
TEMPAT KELAPAN : MRS. SUHANA MARIYAM BINTI AGEEL
NEGARA : MALDIVES
MARKAH : 76.55 %
Sumber:Page Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia