Sebagai Seorang suami tugas kita sudah bermula sejurus majlis akad nikah berakhir, namun kita perlu merancang dengan baik termasuk didalam persiapan majlis itu sendiri.Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat dijadikan pelajaran dan panduan yang berguna.InsyaAllah. Tags: akad nikah, Babies Only, candid wedding, jurugambar kahwin, jurugambar perkahwinan johor, jurugambar perkahwinan utara, jutawan, perkahwinan , juru video , videographer utara , videographer kedah ,videographer penang
Monday, 16 March 2015
kita perlukan teguran
*Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Umat yang saling membantu sesama mereka, yang gagah dengan yang lemah, yang kaya dengan yang miskin, yang sihat dengan yang sakit dan yang pandai dengan yang bodoh, maka dengan ini ia akan menjadi umat terkuat. Suatu umat yang terjalin kukuh dan musuh tidak akan mampu untuk mengambil kesempatan bagi memecah-belah mereka. Musuh juga tidak mampu merampas hak kebebasan mereka, hak kedaulatan mereka, hak tanahair mereka , hak tanahsuci mereka, hak hasil kesuburan dan hasil kekayaan bumi mereka.
Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran
Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.
Aku yakin kita semua pernah ditegur, dan aku pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa menyengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita mahu berubah, perlahan-lahan. Cumanya teguran itu, memanglah kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang melukakan.
Apa pun perlu kita ingat, dalam kita ghairah memberi nasihat atau teguran.Jangan lupa dengan cara yang HIKMAH iaitu bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.
Suami Oh Suami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment