As salam ....
Tentu banyak soalan yang timbul di fikiran kita tentang membantu
orang zalim ini. Adakah Islam membenarkan membantu orang yang zalim?عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا)) فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ ((تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ)) رواه البخاري.
Maksudnya:
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi”. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: “ Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya”. (Riwayat Bukhari)
Pengajaran dari hadith tersebut.....bukan saja kita perlu bantu orang-orang yang dizalimi malah dalam masa yang sama kita juga perlu menghalang orang yang zalim daripada terus menjadi penzalim tegar,yang bertindak zalim sewenang-wenangnya. Jika kita lihat kezaliman yang berlaku ...janganlah kita mendiamkan diri dan buat tak tau.Malah ada yang sanggup memutuskan hubungan dengan penzalim.Sedangkan itu bukanlah penyelesaian yang terbaik yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada umat islam semua.
Rasulullah s.a.w. memperihalkan tentang kaedah membantu orang yang zalim dalam hadis ini. Caranya adalah kita menahannya daripada melakukan kezaliman. Tentunya banyak kaedah yang boleh kita aplikasikan bagi menegah orang yang zalim daripada melakukan kezaliman. Antaranya, kita menunjukkan teladan yang baik kepadanya ataupun menggunakan kuasa undang-undang yang ada di sesebuah negara. Realiti pada hari ini, kita melihat manusia berlumba-lumba ingin membantu orang yang dizalimi tetapi tidak cuba membantu orang yang zalim. Maka, sampai bila manusia akan aman daripada kezaliman? Kita perlu bermula daripada punca masalah bukan daripada hasil-hasil yang sudah rosak. Kita perlu bermula dan menggiatkan usaha kepada orang yang melakukan kezaliman jika kita mahu aman daripada kezaliman.
Hendaklah mencegah sesuatu kemungkaran mengikut keupayaan iaitu dengan tangan(kuasa), Lidah (percakapan) atau dengan hati (Perasaan benci dan tidak setuju dengan kemungkaran yang telah dilakukan).
Pencegahan melalui hati adalah selemah-lemah iman. Sesiapa yang tidak ada perasaan benci terhadap sesuatu kemungkaran malahan bersetuju pula dengan program-program maksiat yang dianjurkan maka ia sudah tidak ada iman lagi dalam hatinya.
Suami Oh Suami
semakin ramai penzalim yg menindas orang yg dizalimi..ingatlah allah sentiasa menolong orang yg dizalimi..sentias DIA mendengar keluhan hambaNYA...
ReplyDeletedoa orang yang teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah S.W.T maka gunkanlah untuk kebaikan bersama.insyaAllah.
DeleteBertindak zalim keatas orang yang berbuat zalim adalah tambahan kepada perbuatan zalim.
ReplyDelete