Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Apa pun dalam mengikuti trend masa kini,ramai dikalangan kita yang terlupa akan hukum hakam yang telah ditetapkan keatas kita sebagai orang yang beragama ISLAM.
Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan.
Jika masih memerlukan sesi tersebut untuk tujuan bunting @ banner . Janganlah melampaui batas-batas yang telah ditetapkan syariat.
Ada dikalangan Photographer yang cakap " itu diorang punya pasal lah, aku tukang takap gambar je" .
Sebagai photographer yang merakam detik tersebut anda sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dijalankan. Anda bukan hanya sekadar "tukang tangkap gambar" malah anda lah pengarahnya. Jadilah photographer MUSLIM yang berdidikasi. Jangan pentingkan Duit dan promosi semata-mata.Tanpa mempedulikan hukum Allah S.W.T
Bayaran yang kita perolehi hasil daripada sesi tersebut boleh menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, kita sebagai photographer merakam gambar mereka dan meng"edit" pula gambar bagi mendapatkan hasilan foto yang dikagumi. Kemudian menayangnya pada orang ramai termasuk diwebsite atau di facebook.Bukan seorang dua yang menontonnya...malahan ada yang sehingga ribuan orang.Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan yang diterima dengan cara sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Suami Oh Suami
Bagaimana dengan hasil pendapatan pelakon wanita yg x menutup aurat?? Bagaimana pula dengan pendapatan krew penerbitan (light man, videoman, make-up artist, pembuat props, penulis skrip, director, bahagian pemasaran, despatch, pereka grafik utk poster, abg bawak van poster?? Bagaimana pula dengan pembaca berita wanita yg x tutup aurat?? Rakan lelaki sebelahnya yg bersubahat??
ReplyDeleteDah kata Islam kata mcm tu. terserah la nak terima ke tidak..
Deletememang kena ikut hukum Allah bro. tak sempurna iman kalau tak ikut.maaf ye.
Deletelame content
ReplyDelete"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata ia: Rasulullah S.A.W bersabda Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram."
ReplyDeleteMARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
kita mulakan dari diri kita sendiri...kemudian barulah orang-orang disekeliling kita. InsyaAllah.