Saturday, 19 January 2013

Patrick Teoh ? bile x paham dan tak mau faham.



Kuala Lumpur: Pelakon Patrick Teoh yang didakwa menghina ibadah sembahyang, hukum aurat wanita dan kitab suci penganut agama Islam menerusi laman sosial Facebook miliknya dikatakan “bernasib baik” kerana hidup bersama komuniti Islam di negara ini, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, jika pelakon itu berada di sesetengah negara Islam selain Malaysia, sudah pasti Patrick Teoh akan diburu, malah turut dibunuh kerana menghina Islam secara terang-terangan. 

Sedang filem Innocence Of Muslims lepas, turut membawa kepada pembunuhan ekoran kemarahan umat yang tak dapat dikawal.” “Jika Patrick Teoh berada di sesetengah negara Islam lain, beliau tak sempat minta maaf lagi, sudah diburu dan dibunuh kerana terang-terangan memaki dan menghina Islam ,” kata Syed Hassan. “Tapi harus ingat pejuang Islam yang tidak patuh pada undang-undang mungkin ada dalam negara ini … Sudah ada sejarah. Kita tidak mahu berlaku keganasan seperti negara-negara lain disebabkan isu agama,” katanya lagi memberi amaran. 

Patrick Teoh yang adalah figura rasmi DAP serta aktivis Pakatan Rakyat, dalam satu kenyataannya di laman Faebooknya mengulas garis panduan Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, serta turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari, amalan menutup aurat dikalangan Muslim serta turut membahasakan kitab suci (Al-Quran) dengan kesat. 

Syed Hassan juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan tindakan yang dilakukan Patrick “Jadi rakyat negara ini jangan sentuh dan jauhi menghina agama orang lain, jangan jadikan diri kita tiada beza dengan pelaku ini.  Kenyataan Patrick Teoh sangat bahaya. Ini adalah satu kenyataan paling teruk menghina Islam secara terbuka yang pernah umat Islam negara ini terima. “Bagaimana seorang yang sudah bersama masyarakat Islam begitu lama seperti Patrick Teoh pun boleh berani mencaci Islam,” tegasnya lagi. 

Ekoran kritikan segenap pihak, Patrick menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu. “Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu… anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulis Patrick Teoh. Menerusi mesej Twitter pula, Teoh menulis, “Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda” [2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It’s been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience].”

dipetik dr forblogger

Lain kali diharap peristiwa sepeti ni x berlaku lagi.
Suamiohsuami

6 comments:

  1. Mcm sial kan dia?senang2 mintak maaf mcm takda apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite ni terlalu lembut hati....

      Delete
  2. macam2 penghinaan terhadap islam skrng...

    sbg org islam kita harus nafikan dengan akhlak dan ketakwaan kita.....

    My recent post :
    1.Pepohon Palestine [Photography]
    2.Travelog ke Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak.

    ReplyDelete
  3. berjemaah dlm melakukan kebaikan.satu umat.insyaAllah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni ramai yg berjemaah untuk membuat kebinasaan.

      Delete
  4. berjemaah untuk memalukan org lain

    ReplyDelete