As salam....
aku suka mengambil pendekatan dari Saidina Ali karamallahu wajhah katanya:"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya".Tanpa disedari anak-anak kita telah memasuki satu fasa kehidupan yang menyeronokkan.Pemantauan dari kita sebagai ibu/bapa amat lah ditagih oleh mereka.
Usia anak-anak kita akan bertambah dari satu hari ke satu minggu ke satu bulan dan tahun yang mengelarkan diri mereka "remaja" yang memerlukan perhatian, asuhan dan pengajaran kerana mereka ini bersifat kegilaan.
Persoalannye wajarkah kite mendiik mereka seperti ibu/bapa kite mendidik kite?
Kenali generasi anak-anak anda. Rasulullah s.a.w telah bersabda:Remaja itu adalah satu pecahan dari kegilaan-riwayat Abu Nu'man al-Ashbahani.Oleh kerana inilah tiada yang lebih baik daripada adab yang perlu ibubapa terapkan keatas anak-anak.Ada kata-kata yang menyebutkan:Sesungguhnya anak-anak kamu dijadikan untuk zaman yang lain dari zaman kamu.
anak korang tergolong dlm generasi ape?
Berikut ialah nama generasi serta tahun kelahiran yang diwakilinya:
1. Lost Generation – juga dikenali dengan “Generation of 1914″ di Eropah. Mereka ialah orang yang berjuang di dalam Perang Dunia Pertama. Tiada data untuk tahun kelahiran digunakan untuk mengenalpasti mereka dalam generasi ini.
2. Greatest Generation – juga dikenali dengan “G.I. Generation” ialah mereka yang berjuang di dalam Perang Dunia Kedua. Tahun kelahiran ialah sekitar 1901 hingga 1924.
3. Silent Generation – lahir dari tahun 1925 hingga 1945. Juga digelar “children of the Great Depression” – zaman kemelesetan teruk yang memberi kesan mendalam kepada generasi ini.
4. Baby Boom – lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.
5. Generation X – juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters – tiada tahun kelahiran tepat yang dipersetujui secara universal. Mereka yang dilahirkan di penghujung 1960 an hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982).
6. Generation Y - Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers – Juga tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada penghujung 1970 an hingga awal 2000.
7. Generation Z – Generation I, Internet Generation, Generation Text – tahun kelahiran dari awal 1990 an.
Sifat dan cara hidup sentiasa berubah mengikut sesuatu generasi.sebagai ibu/bapa jangan lah kite lupe akan sunah Rasulullah saw : Ajarkanlah anak-anak kamu itu tiga perkara :Mencintai Nabi kamu,mencintai kaum keluarganya serta membaca al- Quran.(Riwayat Ad-Dailami).
Ingatlah :
1.Jika seorang anak sentiasa dikecam, ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.
2.Jika seorang anak sentiasa dimusuhi,ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.
3.Jika seorang anak sentiasa diberi malu,ia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah.
4.Jika seorang anak sentiasa diberikan peluang,ia akan menjadi seorang yang penyabar.
5.Jika seorang anak sentiasa menerima galakan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan.
6.Jika seorang anak sentiasa diberi pujian diatas sikap yang baik, ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.
7.Jika seorang anak sentiasa dilayan dengan saksama, ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
8.Jika seorang anak sentiasa mendapat perlindungan,ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
9.Jika seorang anak sentiasa diberi pengiktirafan, ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.
10.Jika seorang anak sentiasa mendapat ilmu Ahlul Bait ia akan menjadikan dunia ini tempat yang tenang dan bahagia sehingga ke syurga
Suami Oh Suami
Alhamdulillah...sama2 kita praktikkan
ReplyDeleteAlhamdulillah. memang susah nak memberikan pendidikan pade anak-anak kite kn? sebab tu kite sebagai ibu/bapa kene sentiase belajar. insyaAllah. semoga pelajaran menjadi pendidikan dirumah kite. ramai ibu/bapa hanye suruh tapi x mengajak . :)
Delete