Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah.
Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi
Namun begitu janganlah kita sesekali mengabaikan kebersihan makanan tersebut.
Bagi seorang muslim, makanan bukan sekadar mengisi perut tetapi juga mestilah berhasiat dan yang paling utama HALAL.Baik halal pada zat makanan itu sendiri, yaitu tidak termasuk makanan yang diharamkan oleh Allah, dan halal pada cara mendapatkannya.
Pada pendapat akulah kan lagi baik kalau korang beli dan masak sendiri. bukan apa...cuma tak yakin pada bagaimana kaki ayam tu dibersihkan.nak-nak kalau beli kat pasar malam.(bukan nak memburukan perniaga pasar malam tetapi sekadar renungan) cuba bayangkan dalam masa satu hari berapa banyak kaki ayam dimasak dan dijual.
korang yakin ke yang diorang tu akan betul-betul cuci kaki ayam tu?
يَاأَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا “
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi.” (QS. Al-Baqarah: 168)
Dan firman-Nya pula:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik dari yang telah Kami rizkikan kepadamu.” (QS. Al-Baqarah: 172).
Suami Oh Suami
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )
Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )
No comments:
Post a Comment