Tuesday, 5 March 2013

Kasih Seorang Ayah (kita bagaimana?)

As salam semua,

Aku tertarik dengan cerita pasal seorang ayah yang begitu menyentuh jiwa ni. 

KASIH SEORANG AYAH

Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit 
kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?
Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’

Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa....



رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Semoga kita boleh menjadi seorang ayah yang bukan je boleh menjaga anak-anak kita malah menjadi seorang ayah yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga kita.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Jika kita susah ada orang yang jauh lebih susah dari kita...Namun bagaimanakah caranya untuk kita lebih bersyukur?

Belajar lah...carilah ilmu.

Suami Oh Suami

Sumber : dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment