Perkara yang membatalkan wuduk ada lima.
Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan / kemaluan hadapan atau kemaluan belakang orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu yang kebiasan berlaku seperti air kencing, tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan lainya melainkan air mani. Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan seperti seorang yang ragu-ragu adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar maninya dengan mimpi sedangkan dia tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang keluar mani kerana memandang perempuan dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya. Tidak batal wuduk khunsa / orang yang mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu dua alat kelaminnya. Jika keluar sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya mengeluarkan air kencing maka batal wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.
Kedua: Tidur yang tidak tetap dua papan pungung ini pada orang yang tidur duduk adapun orang yang tidur berdiri atau tidur terlentang batal wuduknya samaada tetap dua papan pungung atau tidak.
Ketiga: Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, sangat sakit, gila babi, atau lainnya.
Keempat: Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang halal nikah keduanya dengan tiada berlapik. Tidak batal wuduk bersentuh kulit sesama lelaki, sesama perempuan, sesama khunsa, lelaki dengan khunsa, atau perempuan dengan khunsa. Tidak batal wuduk menyentuh rambut, kuku, dan gigi. Yang deimaksud dengan lelaki dan perempuan disini ialah mereka yang sampai had sahwat. Tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang mahram / haram nikah. Yang dikehendaki dengan mahram ialah mereka yang haram nikah dengan sebab keturunan, menyusu, atau berambil-ambilan seperti mertua dengan menantu.
Kelima: Menyentuh kubul / kemaluan hadapan dan halakah dubur / kerutan kemaluan belakang dengan tapak tangan. Yang dinamakan kubul lelaki iaitu sekelian zakarnya. Tempat tumbuh bulu ari-ari tidak termasuk kubul lelaki. Yang dikehendaki dengan kubul perempuan iaitu dua bibir farajnya yang bertangkup.
Suami Oh Suami
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )
No comments:
Post a Comment