Friday, 30 November 2012

Korang Dah senyum Hari ni?

As salam

Alhamdulillah.... Allah masih bagi kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ni. Bersykur dengan nikmat kurniaanNya. 

Senyum itu sunnah Rasulullah.Nabi Muhammad s.a.w telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.

senyum sakan anak abah dapat upah keta merah jambu.heheheheh

1 2 3 senyum.... sekadar gambar hiasan bersama  isteri,mak dan abah. raya 2011
walau seberat manapun dugaan yang Allah berikan kepada kita ...cubalah senyum .jangan masam jerk muke tu. orang tak tau ape masalah kite.. nanti orang kate ,kite seorang yang sombong pulak.lebih-lebih lagi pada yang bekerja disektor perkhidmatan. bile dapat gaji bleh plak tersenyum... tapi mase keje muke sentiase mencuka.

Beberapa Kelebihan dengan bersenyum :

1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

11. Senyum itu sedekah.
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

12. Senyum itu ibadah
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Senyumlah

Suami Oh Suami

Thursday, 29 November 2012

jalan-jalan ,ambik udara segar. :)


As salam...

Alhamdulillah .... hari selasa lepas memang agak bz... lepas aku bg mak makan dan makan ubat. aku urut2 bahagian tangan dan kaki mak aku...pastu aku kemas umah , basuh baju 3 kali cuci. sidai pun mcm tu la jugak...sebab kekurangan ruang.hehehehhe... pastu tu bawak mak mandi kat bilik air.... Alhamdulillah mak dah boleh berkumur... jadi dah boleh lah gosok gigi mcm biase....pastu aku sapu sampah... buang2 sawang. pastu masak.pastu lipat baju....bukan ape pun... cume sian kat isteri aku... balik keje penat2... nak kene lipat baju.sapu sampah... dah selalu sgt die buat sume tu...

sekarang ni baby aku...hantar kat pengasuh... kak ida ( time kasih kak ) .minggu depan start ari ahad...aku dah mule jaga balik.rasenye dah tak ade masalah...sebab aku dah dpt care-care nak bahagi2kan mase antara mak, baby , anak-anak aku , dan adik aku yg bungsu ( umur 9 tahun) sekang dok dgn aku.... nak kemas2 umah pun x susah mane...insyaAllah. harap semuenye berjalan seperti yg aku harapkan.amin.

semalam... aku bawak mak aku sarap kat warung member aku... pastu aku bawak die g taman jubli kat sungai petani...... jalan-jalan... heheheheheh suke mak... nampak ceria muke die... mane taknye... asik duk kat umah teperap jerk... mesti mak bosan. :)






masa kat hospital
 Alhamdulillah ....memang dah banyak perubahan yang positif pada mak aku... mase kat hospital...nak dongakpun x boleh. mate pun asik pejam jerk.

Syukur pada Allah S.W.T.

Suami oh suami.

Sunday, 25 November 2012

Pujaan Hatiku.

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
 
sumber : ASH
 
Suami Oh Suami

Saturday, 24 November 2012

Amalan Sunat 10 Muharram

As salam

Kepada yang berpuasa ...aku ucapkan selamat berpuasa. bagi korang yang tak sempat berpuasa hari ni... jgn risau sebab Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”

 (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.

Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Suami Oh Suami

Puasa hari Asyura

As salam

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Esok 10 Muharram ... Selamat berpuasa bagi yang berniat puasa esok. 

suami oh suami

Thursday, 22 November 2012

Misteri bilik tidur mak aku- korang percaya pada MISTIK


as salam

korang percaya tak pada bende-bende mistik? semalam dalam pukul 8 pagi. seperti biase.aku akan bg mak aku sarapan.sebab nak makan ubat.pastu aku urut-urut mak dengan minyak zaiton sambil ajar mak buat sedikit senaman.maklumlah... kurang pergerakan.takut kencing manis plak.

tiba-tiba aku tekejut dengan riaksi mak. sambil mengeleng2 kepala ( tanda taknak) menunjuk kearah siling. membuat isyarat seakan2 menghalau sesuatu yang muncul disiling bilik mak aku tu.

aku cube dapatkan kepastian.namun x berjaya.disebabkan mak masih tak boleh bercakap.

perbuatan mak semakin menakutkan.kali ni lebih agresif.aku cube menenangkan mak. namun mak tetap mcm tu.

tibe2..aku terpandang seekor labah2 .aku pun cakap ...." pegi kau...jgn kacau mak aku"

tanpa berlengah lagi...aku pun membaca beberapa potong ayat Al-Quran. namun mak masih tetap begitu.

aku terus pegi ambik air sembahyang. membaca ayat 23 surah Al-furqan. namun mak tidak menghiraukan aku. tetap dengan isyarat tgn seolah-olah menghalau sesuatu.

aku jadi bingung.... buntu.

setelah lebih 15 minit. aku pun suruh semua anak-anak aku dan adik aku keluar dr bilik mak. mase diorang nak keluar. ....aku tutup lampu bilik mak .memang aku pasang dari mlm semalam.

aiks!!! tibe2 mak aku terus tido sambil tersenyum.

lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... rupe2nye ..mak nak suh aku tutup lampu bilik. HAHAHAHAHAHA

adoiiiiii...salah paham rupenye... cehhhhhhhhhhhhhhhhh

Suami Oh Suami

Wednesday, 21 November 2012

sertai pertandingan mencari harta karun- hadiah lumanyan.


As salam...

jika korang menyertai pertandingan ini.... pasti korang akan mendapat harta yang berharga dan sangat-sangat lumanyan.

didalam pertandingan tersebut korang akan dibekalkan dengan satu peta bagi memudahkan korang mencari lokasi sebenar harta tersebut.

korang bebas melihat peta tersebut seberapa banyakpun yang korang nak.agar tak tersesat jalan.

sebenarnye aku tertarik dengan simbolik yang mengaitkan solat dengan peta mencari harta karun.maaf jika korang berasa hampa dengan tajuk aku kali ni.... cube korang bace dan fahamkan artikel aku kali ni.

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Apabila kita mengerjakan solat dengan betul, akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

jadi apa kaitannye dengan peta harta karun? jika kite menyertai pertandingan mencari harta karun. pasti kite nakkan harta tersebut menjadi milik kite. jadi berapa kalikah kite akan melihat peta yang diberikan tu? mesti banyak kalikan?

Sebenarnye didalam kite mengharapkan harta yang hakiki saham akhirat. selain solat 5 waktu yang difardhukan pada kite. kite bebas melakukan solat-solat sunat yang lain agar kite tetap berada dilandasan yang benar.jadikan solat sebagai pengukur diri kite. Jika kita tetap melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar itu tandanya solat kita masih tidak betul. maka berbaliklah kepada Al-quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai panduan kite.Belajar dan belajarlah lagi.

jadi semakin banyak kite bersolat...semakin dekat kite dengan Allah S.W.T. pasti kite tak tersesat jalan. InsyaAllah.

Suami Oh Suami

firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 132 yang bermaksud
“Dan suruhlah keluarga kamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun dan bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan Kami-lah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.”


Tuesday, 20 November 2012

Alhamdulillah - Mak dah beransur pulih.

As salam...

Segala puji bagi Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar.

25hb oktober 2012 - 20hb november 2012 belum sampai sebulan. Alhamdulillah dah banyak perubahan yang Allah izinkan berlaku pada mak aku.

jika masa mula-mula mak aku terkena strok. mata asik pejam, makan dan minum gune tiub.kencing pun gune tiub. asik tido. tiade tindak balas.

semalam ... mak aku dah mule makan nasik.. lauk asam pedas. ( aku masak ) . dah boleh angguk tanda nak. geleng kepala tanda taknak.

dah boleh senyum dan ketawa ...walaupun tiade suara. dah boleh bergurau senda. usik adik aku... usik anak-anak aku. dan cium baby aku (sambil usap2 pala anak aku tu)

mak dah mule tengok tv ... siaran kegemaran die... tanyalah ustaz dan halakah sentuhan qalbu.

sekarang ni hari-hari mak aku dah mule berak. Alhamdulillah.

yang bestnye... dah mule makan ubat. kalau x... memang x nak langsung. Alhamdulillah.

Sebenarnye..memang dah banyak sgt perubahan pada mak aku tu. walaupun masih tidak dpt mengerakan kaki dan tangan kanan die lagi.

bile abah aku call die... tersentuh hati aku... bile tengok mak aku menangis teresak-esak tanpa suare.

begitu jugak bila adik aku call dan sedare mare yg lain. mesti die menangis. walaupun aku sebak sampai menitis air mate.sekurang-kurangnye aku tau.mak dah ade perasaan. Alhamdulillah. syukur pada Allah.


Alhamdulillah.

suami oh suami

Monday, 19 November 2012

Hargailah Nikmat Allah S.W.T yg Dipinjamkan itu.



As salam

Terdapat begitu banyak nikmat Allah S.W.T yang dipinjamkan kepada kite. Namun tidak ramai diantara kita yang bersyukur dgn kurniaan tersebut.Malah ramai yang berasa angkuh seolah-olah nikmat itu kekal milik mereka.

Firman ALLAH yang bermaksud:"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )

Nikmat itu terbahagi tiga:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya


Kesemua nikmat ini diberikan secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan daripada kita. Andai kita syukuri semua nikmat yang ALLAH pinjamkan ini tetap tidak akan pernah habis. 

WALLAHU’ALAM
Suami Oh Suami
Isteri dan anak-anak itu juga nikmatNya.

Sunday, 18 November 2012

Lihat diri sendiri - bersyukur pada Allah S.W.T

As salam...

lame rasenye aku tak buat entry baru dlm blog aku ni.Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T yang memberikan aku ruang dan peluang untuk menjaga ibuku, yang masih tidak dapat mengerakkan bahagian kanan anggota badannya. walaupun begitu ibuku sudah boleh makan seperti biase. Alhamdulillah. dah x payah gune tiub ikut idong lg.

semakin hari...aku semakin mahir menguruskan ibuku. Alhamdulillah.

aku tau sebanyak mane pun kebaikan yang aku lakukan...tidak sedikit pun dpt membalas jase mak pade aku.

terime kaseh pada isteriku tercinta. begitu memahami.tak putus-putus memberikan aku dorongan begitu juga dengan anak-anak aku.yang begitu memahami.Alhamdulillah.

terime kaseh pada remy. jiran aku yang begitu perihatin mengajar aku ,cara-cara menjaga mak aku mengikut cara yang betul.

terime kaseh juga pada ahli keluarga aku jauh dan dekat. yang senantiase memberikan aku semangat.membantu dari segi tenaga dan doa-doa kalian.

tak lupe juga pada yang membantu dalam diam. semoga Allah saje yang dpt membalas budi baik korang tu.

aku doakan semoga korang semua sentiase mendapat perlindungan dr Allah S.W.T. dan sentiase didalam RahmatNya.amin

jika pada saat ini...kite masih sihat dan kuat. bersyukur lah. jaga lah ape2 yang kite boleh jage. percakapan kite, tingkah laku kite, aurat kite, kemaluan kite....buatlah ape yang Allah suruh,tinggallah ape yang dilarang...sebab jika kite dah x berupaya. jika Allah dah ambik nikmatNya.tiade ape yg dpt dijaga lagi...semuenye hanye berserah pada Allah S.W.T. semata-mata.

Hari ni kite kuat ... esok ?

"jadi kata Allah,maka jadilah"
kepada sahabat-sahabat yang mengalami masalah yang sama. boleh lah kite berkongsi ilmu. boleh email kat aku. admin@welikefoto.com

suami oh suami


sekadar gambar hiasan- gambar diambil sendiri oleh aku.


Friday, 9 November 2012

Persediaan Menguruskan orang dewasa yang sakit -part 1

As salam...

Sudah menjadi kebiasaan kite dikalangan orang-orang melayu.kebanyakan daripada kita tidak pernah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan seorang daripada keluarga kita mendapat sakit yang teruk.tidak sedarkan diri.bergantung sepenuhnya kepada kita untuk menguruskannya.sebenarnya bukan saja persediaan dari segi mental dan  fizikal saje yang kite perlukan.tetapi juga yang menjadi masalah paling besar adalah persediaan dari segi kewangan.

jika sakitnya dapat dirawat dihospital... mungkin yang ada insuran akan berasa lega.mungkin ade juga yang ditanggung kos perubatannya oleh majikan.Alhamdulillah. cube fikirkan jika sakit tu tidak dpt dirawat oleh perubatan moden. memerlukan kite berfikir tentang kebesaran Allah yang memberi sakit untuk menilai tahap keimanan pesakit dan juga kita sebagai keluarga pesakit.

datangnya sakit itu kebiasaannya ade 3 perkara :
1- ujian Allah
2- buatan orang
3- kifarah- Allah beri sakit untuk membersihkan dosa kita.

jika hospital tidak terima pesakit sebagai pesakit.apakah usaha kite?

jika masalah fizikal dan metal boleh kite atasi.tetapi masalah kewangan?bagaimana?jika kite mempunyai ekonomi yang baik.pasti kite tidak biarkan keluarga kita yang sakit begitu saje.pasti boleh diusahakan cara lain.

jadi sementara kite sihat,jgnlah kite lupe untuk menyimpan.dan pada orang yang memerlukan jgnlah kite abaikan.semoga Allah sentiasa memberi rahmatnya kepada kita sekeluarga.InsyaAllah.

Suami oh suami




Saturday, 3 November 2012

buat persediaan untuk menguruskan orang yang sakit

As salam.

Khamis sebelum Hari Raya Haji. Mak aku dikejarkan ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Doktor sahkan mak aku kene lumpuh sbelah badan. hingga hari ni mak aku masih disana. Dugaan Allah hanya untuk mereka yang dapat mengatasinya. semoga Allah menyediakan yang terbaek untuk mak aku.amin.
 
Bila dah berlaku mcm ni... baru lah kite tau.sebenarnye kite memang kene bersedia dari segi mental dan fizikal. persediaan menguruskan orang yang sakit perlu dipelajari terlebih dahulu. supaya kita yang menjaganya juga sentiase ok . cara nak mengangkat, menyediakan makan dan minum, cara mandi kan mereka, tukarkan pampers dan banyak lagi. InsyaAllah aku akn kongsikan dilain entry.