Wednesday 30 March 2016

turn on post notifications instagram ?

"Turn On Post Notifications"
_____________________
Ramai Instagrammer meminta followers mereka untuk 'turn on post notifications' supaya mereka dapat melihat post-post terkini mereka.
.
Berdasarkan algorithm terbaru untuk news feed, bilangan followers seramai mana pun masih tidak berperanan selagi mereka tidak berkeinginan untuk melihat update drpd profail anda.
.
Jika mereka tidak "turn on post notifications" mereka tidak akan melihat post terkini anda.
.
sudahkah anda "turn on post notifications" instagram saya? 

 Jimmy Aura

Tuesday 29 March 2016

tips untuk dapatkan real followers Instagram dengan mudah

assalamualaikum semua,

seperti mana yang kita ketahui Instagram kini semakin berkembang maju dan ada yang kata 2016 adalah tahun patut ade instagram jika tidak kita dalam kategori tak ikut arus perdana.

saya sendiri ada 2 akaun instagram:
1) kedai_gambar  ( dah setahun lebih daftar - dibiarkan sahaja )
2) Photovideo_services ( baru 3 bulan daftar - tapi dah lebih 30k followers )

secara basic
Edit Profile kita dulu.
isikan
1-kita mesti set Id kita agar bila kita komen atau like jelas kelihatan siapa kite.
2-kemudian masukan nama kita atau brand kita dibahagian nama.
3- dibahagian Bio pula kita masukan identiti kita atau jenis perniagaan ,boleh juga letakan alamat perniagaan.
4- jika ada website boleh masukan dibahagian website ( masukan link penuh supaya boleh diklick oleh pengunjung kita.

setelah semua diisi...

barulah kita fikirkan berkaitan posting..

dan

ada tips untuk dapatkan real followers yang akan sy kongsikan nanti.
Yang penting tips ni amat mudah diikuti.

bersambung
in shaa Allah.

Thursday 3 March 2016

Hati Seorang Ibu itu berbeza dengan hati seorang ayah ?

assalamualaikum

hari ni merupakan hari pertama anak ku bersekolah di sekolah pondok tahfiz.pilu dan sebak rasanya memikirkan anak lelaki sorang aku ni pergi atas urusan agama.

syarat yang harus kami sekeluarga ikuti adalah tidak boleh berjumpa dengan anak kami.Kerana dikuatiri akan menganggu pelajaran dia disana.Berapa lama? sebaiknya dibiarkan saja . selagi tidak berjaya hafaz Al-Quran 30 juzuk,selagi itu jangan berjumpa.

Ya Allah.

Melihat linangan air mata isteriku,membuatkan mataku juga berkaca.Tapi ku kuatkan hati ini,Isteriku  kata awak tidak rasa seperti yang saya rasakan.saya ibunya.sentiasa fikir bagaimanakah kehidupannya selepas ini,Tiada lagi bantuan dari kita semua.semuanya dia uruskan sendiri. Nakalnya kian hilang... tidak dapat dilihat lagi. rajuknya tiada lagi.manjanya entah kemana.

Sebenarnya

Aku juga ada perasaan, betul anak lelaki tunggalku itu baru berusia 10tahun. masih kecil dan sangat-sangat memerlukan kami disisinya.

Bagaimana aku menukar kesedihan kepada kegembiraan?

ya,sebab aku bersyukur dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah.kini anakku itu dipilih sebagai seorang yang dekat pada Allah.dipilih Allah,itu yang membuatkan hatiku sangat gembira.

Alhamdulillah.

buat anakku Akmal Hakim
disana bukan tiada abah dan ibu.. masih ada abah dan ibu nak..
cuma wajah kami berbeza.tidak serupa.
mungkin dia lebih tegas dari kami.
mungkin dia lebih menyayangimu lebih dari kami.
dia itu gurumu sayang.
taatlah kepadanya.
patuhlah anakku..
kerana itulah jalanmu
jalan menuju kepada Allah.

aku bangga dengan mu sayang.