Thursday 19 March 2015

Pakej photo kawin murah

Bismillah.
Pakej photo kawin murah
Baiklah Kita cuba yang terbaik.in shaa Allah.
dlm beberapa hari lepas ada sepasang bakal pengantin mai studio kami Pixca Pictures Studio ( di semeling maju dekat dengan pekan semeling ) . Diorang punya majlis dah tak lama.Tapi masih dalam proses mencari.Diorang bg taw dah lebih 10 butik depa p.dah lebih 5 studio photographer depa dah masuk untuk bertanyakan pakej.Jadi persoalannya kenapa masih tak dapat-dapat photographer untuk majlis diorang? pelik kan....
Kami layan customer ni mcm biasa.Dilihatnya contoh-contoh album kami.dari album nipis hingga ketebal...dari kecil sampai yang besar saiz 12x18inci.foto dan frame semua dah tengok.
Bila kami tanya mcm mn? diorang masih nak fikir lagi. jadi salah seorang drpd kami bertanya 1 soalan.bajet berapa rm?
bakal pengantin lelaki jawab ."kami bajet dlm RM450 ja"
sebenarnya kalau untuk pakej nikah sahaja pun tak dapat dengan bajet mcm tu.kami mula bertanyakan beberapa soalan.pelamin mcm mana? dia kata pelamin kami buat sendiri ..gotong royong .
kami sebenarnya memang ada cara untuk bantu bakal pengantin yang mcm ni.hanya bayar rm450 sahaja.kami bg custom album saiz 10x15inci dan beberapa frame saiz besar.
jika anda benar-benar tiada kemampuan.dan masih merasakan keperluan mengambil photographer tu penting untuk majlis anda. Janganlah cari kami last minute.berusaha lah cari seawal 6 bulan atau setahun sebelum majlis anda.
anda mahu kami bantu anda?
pm lah secepat mungkin. in shaa Allah. segalanya mungkin.
Suami Oh Suami
Aurabisikancinta Production
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Klik pada foto untuk paparan yang lebih besar




Tuesday 17 March 2015

Peranan CCIG dalam industri kreatif? sumber Sinar Harian

CCIG? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah itu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG). Dan apa pula peranannya dalam industri hiburan. Secara ringkasnya, CCIG adalah merupakan persatuan baru yang ditubuhkan khas bagi objektif tertentu.

Persatuan? Mendengar perkataan ini, pastinya kita membayangkan lambakan persatuan yang sedia ada dalam industri. Antaranya Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) , Persatuan Industri Rakaman Malaysia (Rim), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profi ma). Itu belum lagi persatuan picisan yang bagaikan 'hidup segan, mati tak mahu'.

Berbalik kepada CCIG, persatuan ini diterajui Jurey Latiff Rosli, yang sememangnya cukup terkenal sebagai 'orang kuat' industri. Juga merupakan presiden Gafi m, Jurey punya misi tersendiri dalam menyahut saranan kerajaan yang mahukan sebuah badan NGO memfokuskan usaha dalam meningkatkan profesionalisme modal insan industri kandungan kreatif di negara ini.

Turut diterajui 14 ahli majlis yang dilantik berdasarkan pengalaman, penglibatan serta kepimpinan cemerlang dalam pelbagai cabang seni, persatuan ini diharapkan dapat memberikan input dan perubahan positif terhadap industri kreatif negara. 


Ikuti temu bual Zass bersama Jurey mengenai fungsi dan hala tuju persatuan baru ini;


ZASS: Boleh jelaskan sejauh mana fungsi CCIG dalam meningkatkan industri kreatif tempatan?


Jurey: CCIG berfungsi meningkatkan profesionalisme modal insan dalam industri kreatif di negara ini seperti yang diinginkan pihak kerajaan. Antara misi persatuan termasuklah membantu meningkatkan kualiti pengamal industri kreatif, meningkatkan pendapatan negara, memastikan produk industri kreatif berkualiti dan diiktiraf dengan membantu mereka menembusi pasaran Nusantara dan antarabangsa. Persatuan ini mendapat dana sepenuhnya daripada kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


ZASS: Siapakah yang layak menyertai persatuan ini dan bagaimanakah cara untuk menjadi ahli?


Jurey: Keahlian CCIG adalah terbuka kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri kreatif. Termasuklah, mereka yang terlibat di belakang tabir sama ada dalam bidang lakonan, muzik, pengarahan, penerbitan mahu pun pereka grafik. Penyertaan juga terbahagi kepada empat kategori, ahli biasa, bersekutu, kehormat dan remaja. Setiap penyertaan harus menghantar borang mengikut kategori dan proses kelulusannya mengambil masa selama dua minggu.


ZASS: Adakah CCIG turut berperanan memberikan perlindungan kepada ahliahlinya? 


Jurey: Sama seperti fungsi kami, dalam meningkatkan kualiti industri kreatif, secara tidak langsung kami turut mengambil berat terhadap ahli. Sudah menjadi matlamat utama persatuan ini untuk membela nasib ahli-ahli yang ditindas. Kebajikan ahli sudah menjadi tanggungjawab kami dan ini dikira daripada segi hak pekerja, perundangan dan sokongan karier.


ZASS: Kita sedia maklum, penggiat seni sering berdepan dengan pelbagai masalah. Bagaimana pula dengan peranan CCIG dalam membantu nasib mereka?


Jurey: Kita sering mendengar pelbagai rungutan daripada penggiat industri kreatif. Jika sebelum ini mereka tiada tempat mengutarakan masalah, dengan kewujudan persatuan ini, Insya-Allah sedikit-sebanyak akan membantu mereka.


Sebagai contoh, dari segi pembayaran. Pernah berlaku krew yang terlibat dalam penggambaran tidak diberikan bayaran setimpal daripada pihak produksi. Jadi, di sinilah peranan CCIG sebagai orang tengah atau pun perantara untuk menyelesaikan masalah terbabit. Bukan sahaja daripada segi bayaran malah pihak persatuan turut membantu ahli-ahli ini diiktiraf dalam industri kreatif sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Kita juga menyediakan pelbagai latihan profesional serta kursus jangka masa pendek dengan yuran berdiskaun atau percuma melalui kerjasama institusi pendidikan yang terpilih.


ZASS: Apakah keistimewaan lain CCIG?


Jurey: Apabila penggiat seni menjadi ahli bertauliah, pelbagai keistimewaan bakal mereka peroleh. Selain berpeluang mendapat imbuhan yang lebih tinggi, mereka juga berpeluang mengeksport produk ke luar negara. Bahkan, kami turut menyediakan perkhidmatan guaman kepada ahli yang diberi secara percuma bagi hal yang melibatkan undang-undang.


ZASS: Apakah jaminan yang mampu diberikan?


Jurey: Kami tidak mampu memberikan jaminan sepenuhnya, namun menerusi usaha ini kami akan cuba memastikan ahli mendapat imbuhan yang setimpal. Contohnya, setiap bayaran terhadap produk yang dikeluarkan akan lebih tinggi. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kualiti kerja mereka.


ZASS: Sebagai 'orang kuat' industri, anda pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, tidakkah ia akan menjejaskan persatuan baru ini?


Jurey: Bagi saya, ia tidak pernah menjadi persoalan dalam menerajui persatuan ini. Meski pun terlibat dengan beberapa isu sebelum ini, ia bukan menjadi alasan dalam mempertikaikan kredibiliti CCIG. Malah, sokongan penggiat seni dapat dilihat dengan adanya 400 ahli berdaftar sejak persatuan ini ditubuhkan. Pada masa sama, Presiden Rim, Norman Abdul Halim juga bakal menyertai persatuan ini.


ZASS: Harapan terhadap persatuan ini?


Jurey: Hala tuju persatuan ini masih jauh, bagaimana pun, saya berharap persatuan ini mendapat kepercayaan daripada penggiat seni kreatif. Walaupun baru membuka langkah pertama, tetapi saya yakin ia mampu memberi perubahan kepada industri ini.


Monday 16 March 2015

kita perlukan teguran


*Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Umat yang saling membantu sesama mereka, yang gagah dengan yang lemah, yang kaya dengan yang miskin, yang sihat dengan yang sakit dan yang pandai dengan yang bodoh, maka dengan ini ia akan menjadi umat terkuat. Suatu umat yang terjalin kukuh dan musuh tidak akan mampu untuk mengambil kesempatan bagi memecah-belah mereka. Musuh juga tidak mampu merampas hak kebebasan mereka, hak kedaulatan mereka, hak tanahair mereka , hak tanahsuci mereka, hak hasil kesuburan dan hasil kekayaan bumi mereka.

Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran

Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.

Aku yakin kita semua pernah ditegur, dan aku pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa menyengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita mahu berubah, perlahan-lahan. Cumanya teguran itu, memanglah kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang melukakan.

Apa pun perlu kita ingat, dalam kita ghairah memberi nasihat atau teguran.Jangan lupa dengan cara yang HIKMAH iaitu bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Suami Oh Suami

Saturday 14 March 2015

Khas untuk bakal Bapa


Assalamualaikum
khas untuk bakal bapa

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Tidak kiralah anak yang bakal lahir itu jantina lelaki atau perempuan.kita serahkan pada  Kekuasaan Allah.Namun sebagai bakal seorang bapa ada beberapa amalan yang boleh kita lakukan ketika isteri kita sedang hamil.Dengan itu bakal bapa boleh lah mengikuti beberapa panduan dibawah .In shaa Allah

1. Banyakkan baca surah luqman, yusuf, Fatihah, yasin, surah ah- nahl:78, surah al-araf:189 dan ayat kursi

2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg mengandung dan anak dalam kandungan.

3. Banyakkan baca alQuran

4. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT

5. Banyakkan puasa sunat, puasa Isnin- Khamis dan puasa sunat lain

6. Banyakkan solat berjemaah

7. Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil riba.

8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak

9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan agama

10. Suami hendaklah mengelakkan diri dari rasa marah dan benci kepada isteri

11. Suami hendaklah banyak bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri

12. Hendaklah menutup aurat.


ADAB SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.

2. Suami hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.

3. Selesaikan dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.

4. Jangan mudah lafazkan perkataan 'talaq'

5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca ayat
" la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin"

6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan isteri dan anak.

7. Jangan mencarut dihadapan isteri kerna akan mempengaruhi bayi dalam kandungan




Semoga semuanya Dipermudahkan Allah.amin




Thursday 12 March 2015

Tag Along untuk apa?

Assalamualaikum

Kali ni aku nak bercerita tentang ‘TAG-ALONG’ . Tag Along (TA) adalah proses di mana seseorang jurugambar menyertai jurugambar rasmi (OP)dalam tugasan-tugasan penggambaran. Ramai yang tidak memahami erti dan tujuan sebenar proses TA ini. Tidak dinafikan beberapa etika atau tatatertib mesti dipatuhi jika anda ingin menjadikankan ia sebagai salah satu alat pembelajaran yang berkesan.

Aku ambil contoh TA  dalam bidang fofografi perkahwinan.baru-baru ni aku ada berbincang dengan Cikgu Adhadi Mohd ( http://adhadi.com/ ) berkaitan dengan tajuk ni. melalui perbincangan tu,pada aku terdapat dua ketegori secara umumnya dalam TA ni.
1)  Untuk belajar

Tidak dinafikan dengan cara kita mengikuti jurugambar rasmi menjalankan tugasannya banyak yang kita dapat pelajari secara langsung.Selain daripada kita dapat melihat sendiri keseluruhan perjalanan majlis, kita juga dapat pelajari secara praktikal bagaimana untuk “handle” sesebuah majlis dari mula hingga majlis berakhir. Jurugambar baru boleh menggunakan peluang TA ini sebagai salah satu cara pembelajaran tidak rasmi yang tidak memerlukan belanja yang tinggi. Jika menghadiri kelas dan seminar memerlukan ratusan mungkin ribuan ringgit, pembejaran melalui TA selalunya hanya melibatkan beberapa kos yang kecil sahaja . Disamping masa yang fleksibel, anda juga boleh memilih mana-mana jurugambar (jika diberi kebenaran) untuk menjadi TA.

Jurugambar lama pula boleh menggunakan peluang TA ini untuk mencuba teknik-teknik atau konsep baru yang mungkin tidak berkesempatan di lakukan semasa melakukan tugasan sendiri. Melalui TA, tidak terikat dengan shots tertentu untuk majlis dan ini memberi kebebasan kepada tagger untuk menghasilkan apa saja gambar yang difikirkan sesuai.

2)  Untuk mendapatkan profile peribadi ( gambar yang diambil digunakan untuk tujuan marketing ataupun dalam kata lain untuk ditunjukan kepada bakal pelanggan )

Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada jurugambar baru yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.Mereka mula tagger untuk mendapatkan contoh-contoh gambar yang mereka ambil.Tak dinafikan ada dikalangan jurugambar yang menjadikannya sebagai jalan pintas untuk meraih publisiti.

Apapun tujuan kita sebagai tagger sama ada untuk tujuan pembelajaran ataupun sebagai bahan untuk marketing.Janganlah kita lupa yang kita sebenarnya menumpang kasih daripada jurugambar rasmi,dengan budi baiknyalah maka kita dapat berada dimajlis tersebut.Kita bukan sahaja perlu pandai menyesuaikan diri dalam majlis tersebut tetapi perlulah juga menjaga nama baik jurugambar rasmi tersebut.

aku juga ingin menyentuh bab etika.Bab etika ini sangat luas untuk kita perbincangkan,namun apa yang penting bagi AKU adalah kita sedaya upaya memastikan kehadiran kita dimajlis tersebut mesti disenangi oleh semua pihak.Cara kita berpakaian,penampilan kita,tingkah laku kita,riak muka kita dan lain-lain lagi perlu diberikan keutamaan.Ingat jika tidak dijaga kita akan merosakan imej  atau repotasi jurugambar utama.Dari pengalaman aku sendiri banyak tagger yang gagal bab ni.Bukan aku nak perlekehkan mereka,sebab aku sendiri bermula dalam bidang ni sebagai tagger.

Sebenarnya bila kita jaga bab etika ni kita lebih disukai oleh photographer rasmi maka tak hairan lah jika dia sendiri yang ajak kita jika dia ada tugasan dilain kali.

Tip : Sebelum hari majlis cuba bertanya kepada jurugambar rasmi  terlebih dahulu tentang syarat-syarat yang perlu diikuti.Ikutlah syarat-syarat yang telah ditetapkan itu sedaya upaya.Apa pun aku doakan semoga korang akan lebih Berjaya.Daripada tagger bertukar menjadi jurugambar rasmi.in shaa Allah.

Suami Oh Suami

aku (  Jimmyz Aura ) 2 dari kiri bersama Cikgu Adhadi Mohd II 3 dari kiri ,  Zaini Mi Man kiri sekali , Redza Lee 2 dari kanan dan  Paklah Hassan kanan sekali 









Tuesday 10 March 2015

benarkah ??? RTM bakal tumbangkan Astro.. Hanya Syed Mokhtar mampu tandingi Ananda Krishan


 Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya. Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen.

Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan. Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir. Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan. Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna. Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

sumber- Utaranews.com videographer utara , videographer kedah , videographer terbaik , videographer best , photographer anda