Saturday 21 December 2013

Khas Buat bakal pengantin.

Assalamualaikum semua.
kali ni sy nak kongsikan beberapa tips untuk anda yg bakal melangsungkan perkahwinan tetapi merasakan tidak memerlukan photographer berbayar sebagai photographer rasmi majlis anda nanti.

berikut beberapa panduan yang mungkin berguna untuk korang (bakal pengantin)

1) pastikan bukan adik beradik anda sendiri yang menjadi "penangkap gambar" dimajlis anda tu. ye la.diorang mesti sibuk dengan segala urusan.

2) jenis kamera yang bagaimana?  hurm! kalau setakat nak disimpan sebagai kenangan guna handphone je pun dah ok. 

3) pastikan bateri kemera telah di"charge" penuh. ,memori kad pun telah tersedia.delete gambar-gambar yang tak berkaitan.

4) lagi 1 pastikan setting auto kat kemera tu.

5) apakah yang nak dirakam? terserah kepada "penangkap gambar" tersebut.memandangkan anda hanya ada "Penangkap gambar" yang tak berbayar ,jadi segala urusan berkaitan dengan sessi photography anda kena uruskan sendiri.Jangan terlalu berharap yang dia akan lakukan semuanya untuk anda.sekali sekala ingat kan dia tentang gambar hantaran,pelamin,meja makan,bilik tidur,hadirin yang hadir,pembantu masakan,pembantu hiasan dan sebagainya.

6) sebagai pengantin anda perlulah mengetahui cara-cara berposing diatas pelamin.Janganlah harap "penangkap gambar " anda tu akan posingkan anda.jadi anda perlulah belajar sedikit sebanyak. sumber internet kan ada.

7) anda juga kena tahu sedikit sebanyak tentang gambar bagaimana yang diperlukan ketika majlis berlangsung.semua ni boleh rujuk dalam internet. 

Sebenarnya banyak lagi yang anada perlu buat dan perlu tahu.Agar suasana indah, menarik, suka dan tak suka sewaktu majlis perkahwinan, yang dirakam dan akan disimpan untuk dijadikan kenangan dan pencetus memori di masa akan datang itu benar-benar boleh dijadikan kenang-kenangan anda. Senang cakap, nanti boleh la nak show-off dgn cucu cicit tentang betapa gilang-gemilangnya majlis perkahwinan atuk/nenek mereka dulu. Barulah ada bukti kalau kita nak ceritakan, dulu nenek pakai baju blink-blink, atuk pakai sampin siap bertanjak dan keris terselit kat sampin. 

ni baru pasal photographer ...hal-hal lain pun anda kena ambil tahu juga. tapi kalau anda taknak pening kepala dan taknak bersusah payah.baik anda upah je photographer. biar diorang yang susah.anda cuma senyum je.Photographer berbayar juga menawarkan perkhidmatan editing pada para pelanggan. Photographer berbayar akan menggunakan aplikasi tertentu untuk mencantikkan lagi gambar anda .mungkin makeup anda dah cair disebabkan peluh yang mencurah-curah.tapi jangan risau in shaa Allah.semuanya pasti beres.

Apa pun semoga majlis anda nanti akan berlangsung seperti yang diharapkan.amin