Sunday 24 February 2013

Blog List untuk Bloger baru dan lama.

As salam ... Tentu ramai dikalangan bloger2 yang baru mcm aku ni.... tercari-cari cara untuk memperkenalkan laman blog kita pada seramai mungkin pembaca... betul tak? kali ni aku nak kongsikan satu cara yang menarik dan semestinya free ... :)

Promosi melalu Facebook .

Memang ramai yang lakukannya.... bila update blog .... ada yang kongsi kat wall sendiri ...ada yang post link blog  kat wall kawan-kawan ... tak kurang juga ada yang post link  kat group yang ramai members. Tak kira lah apa pun caranya kan....

Ok lah...kali ni aku nak kongsi pada korang semua dengan satu group kat FB ni ...group yang aku maksudkan adalah group Korang ade blog?jom update kat sini

pada pendapat aku la kan... group ni memang baik untuk kita nak promosikan blog kita . kita bukan je boleh update setiap post kita kat wall group ni.tapi juga diberi peluang untuk Edit Doc bagi tujuan mempromosikan link blog kita. 

Apa pun ni cuma salah satu cara untuk mempromosikan link blog kita betul tak? Selamat mencuba.

 Suami Oh Suami.

Wednesday 20 February 2013

bergambar pra perkahwinan trend masa kini.

As salam


Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Apa pun dalam mengikuti trend masa kini,ramai dikalangan kita yang terlupa akan hukum hakam yang telah ditetapkan keatas kita sebagai orang yang beragama ISLAM.

Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan. 

Jika masih memerlukan sesi tersebut untuk tujuan bunting @ banner . Janganlah melampaui batas-batas yang telah ditetapkan syariat.

Ada dikalangan Photographer yang cakap " itu diorang punya pasal lah, aku tukang takap gambar je" . 

Sebagai photographer yang merakam detik tersebut anda sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dijalankan. Anda bukan hanya sekadar "tukang tangkap gambar" malah anda lah pengarahnya. Jadilah photographer MUSLIM yang berdidikasi. Jangan pentingkan Duit dan promosi semata-mata.Tanpa mempedulikan hukum Allah S.W.T

Bayaran yang kita perolehi hasil daripada sesi tersebut boleh menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, kita sebagai photographer merakam gambar mereka dan meng"edit" pula gambar bagi mendapatkan hasilan foto yang dikagumi. Kemudian menayangnya pada orang ramai termasuk diwebsite atau di facebook.Bukan seorang dua yang menontonnya...malahan ada yang sehingga ribuan orang.Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan yang diterima dengan cara sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram. 

Mahukah anda memberi anak isteri anda makan daripada sumber yang HARAM?


Suami Oh Suami





Tuesday 12 February 2013

Hadith Rasulullah - Bantu orang Zalim.



As salam ....
Tentu banyak soalan yang timbul di fikiran kita tentang membantu orang zalim ini. Adakah Islam membenarkan membantu orang yang zalim?

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا)) فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ ((تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ)) رواه البخاري. 
Maksudnya: 
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi”. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: “ Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya”.  (Riwayat Bukhari) 

Pengajaran dari hadith tersebut.....bukan saja kita perlu bantu orang-orang yang dizalimi malah dalam masa yang sama kita juga perlu menghalang orang yang zalim daripada terus menjadi penzalim tegar,yang bertindak zalim sewenang-wenangnya. Jika kita lihat kezaliman yang berlaku ...janganlah kita mendiamkan diri dan buat tak tau.Malah ada yang sanggup memutuskan hubungan dengan penzalim.Sedangkan itu bukanlah penyelesaian yang terbaik yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada umat islam semua. 

Rasulullah s.a.w. memperihalkan tentang kaedah membantu orang yang zalim dalam hadis ini. Caranya adalah kita menahannya daripada melakukan kezaliman. Tentunya banyak kaedah yang boleh kita aplikasikan bagi menegah orang yang zalim daripada melakukan kezaliman. Antaranya, kita menunjukkan teladan yang baik kepadanya ataupun menggunakan kuasa undang-undang yang ada di sesebuah negara. Realiti pada hari ini, kita melihat manusia berlumba-lumba ingin membantu orang yang dizalimi tetapi tidak cuba membantu orang yang zalim. Maka, sampai bila manusia akan aman daripada kezaliman? Kita perlu bermula daripada punca masalah bukan daripada hasil-hasil yang sudah rosak. Kita perlu bermula dan menggiatkan usaha kepada orang yang melakukan kezaliman jika kita mahu aman daripada kezaliman.


Hendaklah mencegah sesuatu kemungkaran mengikut keupayaan iaitu dengan tangan(kuasa), Lidah (percakapan) atau dengan hati (Perasaan benci dan tidak setuju dengan kemungkaran yang telah dilakukan). 

Pencegahan melalui hati adalah selemah-lemah iman. Sesiapa yang tidak ada perasaan benci terhadap sesuatu kemungkaran malahan bersetuju pula dengan program-program maksiat yang dianjurkan maka ia sudah tidak ada iman lagi dalam hatinya.


Suami Oh Suami

Wednesday 6 February 2013

Mandi Songsang ?


Mandi songsang ?

Mungkin ada yang mengamalnya….mungkin tak pernah tau pun cara mandi macam ni.Mandi songsang ni ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala.

cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Cuba korang buat ….bangun pagi hari ni korang mandi dari kepala dulu…. Esok korang mula dari kaki pulak….Apa yang korang rasa? Mesti berbeza punya… nak-nak kalau mandi dengan air paip yang sejuk.mesti lepas ni korang akan mula dari kaki dulu.tak percaya? Cubalah….

Untuk pengetahuan korang …aku dah mengamalkan mandi songsang ni dari zaman sekolah lagi…. Orang kata awet muda.hehehehehe… mungkin kot.

Kalau ada yang selalu sakit kepala (pening) pun boleh amalkan cara mandi songsang ni.

Selamat mencuba.


Tuesday 5 February 2013

misteri hantu pintu


As salam.... beginilah ceritenye....


Suami oh suami

Monday 4 February 2013

Cara Nak Lajukan Broadband Celcom, Maxis Dan Digi Yang Dah Nak Habis @ Lembab

As salam



Mase zaman-zaman aku berchating kat webnet .... ops!!!! korang pernah dengar MIRC? dulu aku selalu masuk server dalnet,undernet dan kendian webnet.....dah lame tak chating kat situ.
ok kite sambung balik.... dulu kalau mase chating kalau laging (lembab)... aku selalu amalkan bende ni... mudah jerk. korang mesti boleh buat punye.
yang penting free hehehehehehe...

mula-mula korang kena online la dulu....jgn offline plak tau.... pastu korang search "CMD" kat pc korang. bila dah jumpa....korang klik kat icon die tu.... dapat tak? mcm contoh yang aku punye ni....yang paling atas tu ....
langkah berikutnya.... akan terpaparlah no ip korang.... 
mcm yang aku merahkan tu... itulah no ip aku....
sekarang korang type ----> ping 182.48.195.26 -t
kemudian enter....
minimizekan window ni... selagi korang online...jgn tutop tau....
mudah jerk kan.... happy online.... dan jgn lupe follow blog aku erk.... :P

Suami Oh Suami

https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )