Monday 31 December 2012

Soya baik untuk kesihatan?

As salam...

Firman Allah yang bermaksud: Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih, sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51).

Ramai dikalangan kita tidak mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah SAW seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kebanyakan dikalangan kita makan dan minum ikut selera dan kehendak kita.

Kali ni aku nak kongsi sikit pasal Kacang Soya. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Untuk pengetahuan kita semua, yahudi juga mengwar-warkan kebaikan minum soya kerana USA merupakan pengeluar terbesar soya.

Antara keburukan Kacang Soya :

1. Boleh merencatkan kehidupan sperma.
2. Merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.
3. Menggalakkan bayi membesar secara lebih cepat drpd kadar biasa.
4. Soya boleh menyebabkan nyanyuk, antizat & ejen barah!
5. melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan

Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

Suami Oh Suami

 * TAPI TEMPE dan kicap soya tu bagus sebab dah melalui proses penapaian.


Sambutan Tahun Baru ?

As salam...

ape kabar semua? harap korang semua sentiasa sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk mempertahankan keimanan dalam diri korang .

memang dah nak ujung-ujung tahun ni... ramai yang sebuk memperkatakan tentang nak menyambut kehadiran tahun baru.malah x kurang pula yang mencerca malah mengutuk sekeras-kerasnya sambutan tersebut.

Banyak pendapat ulama berkaitan dengan hukum sambutan tersebut. ada yang kata Haram... Mahkruh dan ada yang kata harus tetapi bersyarat (  " Al-‘Adat Muhakkamah" )
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

namun tak satu pun pendapat mengatakan hukumnya wajib atau sunat. Jadi sebagai umat Islam lebih baik kita mencari keredhaan Allah S.W.T daripada kita mencari kemurkaan Allah S.W.T.

Banyak lagi perkara wajib yang kita tinggalkan ...apetah lagi perkara-perkara sunat.Janganlah kita asik nak mengejar hiburan dan keseronokan dunia.sehinggakan kita mengabaikan kehidupan hakiki kita iaitu akhirat.

Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah dunia pada bandingan Akhirat melainkan seumpama seseorang yang memasukkan anak jarinya ke dalam laut. Maka perhatikan berapa banyak yang lekat padanya? (Hadis Riwayat Muslim)
 
Rasulullah bersabda: Barang siapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada binasa di Akhirat. Dan barang siapa mencintai Akhiratnya, nescaya beroleh keuntungan di dunia. Maka utamakan apa yang kekal, atas apa yang fana (lenyap binasa). (Riwayat Ahmad, Al Bazzur dan At Thabrani)
 
Rasulullah bersabda : Apa yang aku ketahui, jikalau kamu ketahui nescaya kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak. Pada kamu dunia sudah jadi hina dan kamu akan memilih Akhirat. (Riwayat At Thabrani)
 
Rasulullah juga bersabda: Hai Fatimah! Teguklah kepahitan dunia, untuk mendapat kenikmatan abadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kampung Akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya kalau mereka mengetahui. (Al Ankabut: 64) Dan pasti kehidupan Akhirat lebih tinggi fingkatannya dan lebih besar keutamaannya. (AI Israk: 21)

Firman-Nya lagi: Kampung Akhirat itu Kami berikan kepada mereka yang tidak hendakkan sanjungan tinggi dan fidak juga berbuat bencana di muka bumi. (Al Qasas: 83)

Barang siapa yang ingin kepada keuntungan Hari Akhirat, Kami berikan tambahan kepada keuntungannya itu. Dan barang siapa yang ingin kepada keuntungan dunia ini, akan Kami berikan sebahagian keuntungan itu kepadanya tetapi dia tidak nempunyai bahagian lagi di Hari Akhirat. (Asy Syura: 20)
 
Harapnya kita semua termasuk dalam golongan yang beruntung di dunia dan akhirat. Masa yang berlalu dipenuhi dengan amal kebaikan dan masa bakal ditempuh pula dirancang untuk diisi dengan amalan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Allah memberi peringatan agar mementingkan masa. Maksud firman Allah: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” – (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)

Suami Oh Suami
 
 


Saturday 29 December 2012

Manjakan diri anda.

As salam...

Suami Oh Suami korang pernah terfikir tak untuk manjakan diri? kali ni aku terbaca satu artikal bro Fitri rasenye memang terbaik perkongsian bro ni.


Banyak cara untuk kita manjakan diri sebenarnya. tapi kali ni aku nak kongsi pasal tidur yang berkualiti.Selama ni ramai dikalangan kita yang mengabaikan mase tidur kan? yang peting tidur.Tak kira lah ada kualiti ke tak. betol tak?

aku nak ajak korang peduli pasal kualiti tidur kita. kenapa? Tanpa disedari tidur yang kita alami setiap hari adalah ubat yang mujarab menyembuh penyakit rohani dan jasmani.

Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur yang berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen. Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan : ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi..

Tidur yang berkualiti juga akan membuahkan ibadat yang berkualiti. aku menyeru pada semua sahabat-sahabat yang beragama ISLAM khususnya agar meneliti kualiti tidur kita setiap hari. Mudah-mudahan tidur itu lebih bermakna buat kita semua. Semoga korang mendapat tidur yang berkualiti.

macam mana? rasa-rasa boleh dapat tidur yang berkualiti? jangan risau, kalau susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti boleh je contact bro Fitri .InsyaAllah. beres.

Suami Oh Suami

Pekara-pekara yang membatalkan wuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk ada lima.
         
Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan /  kemaluan hadapan atau kemaluan belakang orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu yang kebiasan berlaku seperti air kencing,  tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan lainya melainkan air mani. Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan seperti seorang yang ragu-ragu adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar maninya dengan mimpi sedangkan dia tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang keluar mani kerana memandang perempuan dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya. Tidak batal wuduk khunsa / orang yang mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu dua alat kelaminnya. Jika keluar sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya mengeluarkan air kencing maka batal wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.

Kedua: Tidur yang tidak tetap dua papan pungung ini pada orang yang tidur duduk adapun orang yang tidur berdiri atau tidur terlentang batal wuduknya samaada tetap dua papan pungung atau tidak.
         
Ketiga: Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, sangat sakit, gila babi, atau lainnya.
         
Keempat: Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang halal nikah keduanya dengan tiada berlapik. Tidak batal wuduk bersentuh kulit sesama lelaki, sesama perempuan, sesama khunsa, lelaki dengan khunsa, atau perempuan dengan khunsa. Tidak batal wuduk menyentuh rambut, kuku, dan gigi. Yang deimaksud dengan lelaki dan perempuan disini ialah mereka yang sampai had sahwat. Tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang mahram / haram nikah. Yang dikehendaki dengan mahram ialah mereka yang haram nikah dengan sebab keturunan, menyusu, atau berambil-ambilan seperti mertua dengan menantu.
         
Kelima: Menyentuh kubul / kemaluan hadapan dan halakah dubur / kerutan kemaluan belakang dengan tapak tangan. Yang dinamakan kubul lelaki iaitu sekelian zakarnya. Tempat tumbuh bulu ari-ari tidak termasuk kubul lelaki. Yang dikehendaki dengan kubul perempuan iaitu dua bibir farajnya yang bertangkup.


Suami Oh Suami

https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )

Wednesday 26 December 2012

Jom Shoot : hargai ikatan yang suci itu.

As salam...

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.”


Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Suami Oh Suami

Hukum bawa anak berjemaah disurau/masjid

 As salam...
Seringkali timbul persoalan...mengapa pihak surau/masjid sering memisahkan anak dengan bapa? sehinggakan timbul soal tidak puas hati dikalangan jemaah yang membawa anak-anak ke surau/masjid.

Banyak hadith sahih menceritakan tentang budaya kanak-kanak bersolat di masjid dan menggambarkan kepada kita betapa kanak-kanak itu sepatutnya diraikan di masjid. Tidak perlu wujud diskriminasi antara kanak-kanak dan orang dewasa, sehingga mahu dipaksa kanak-kanak itu berpisah saf solat dengan bapanya. Justeru hukum membawa kanak-kanak ini sebenarnya adalah sunat dan digalakkan. Bagaimanapun, keadaan itu berubah-ubah mengikut situasi.

 "Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal.

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazahHsemasa Nabi :saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-


"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [3] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-
  • Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid
  • Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.
  • Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
  • Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

  • Soal Hukum

    1- Sunat ; kiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjemaah dan menyukai masjid sebagai pusat ukhwah dalam  masyarakat.

    2- Harus ; kiranya mereka sudah mumayyiz, tidak mencetus gangguan dan boleh dikawal.

    3- Makruh, bahkan Haram ; kiranya mereka boleh mengganggu jemaah yang sedang solat, mencetus kekacauan dan menimbulkan fitnah serta perbalahan sesama ahli jemaah.


    Masih banyak masjid yang terlalu keras dengan kanak-kanak, sehinggakan pantang melihat kanak-kanak solat di dalam saf dewasa. Alasan tidak suci dan dalil-dalil pemisahan saf yang tidak tepat, dimomokkan kepada kanak-kanak untuk mereka menjauhi saf dewasa. Dalam masa yang sama, pihak masjid enggan mengambil tanggungjawab maksima untuk mengawal kanak-kanak yang hadir.

    Harapan aku kalau nak dikhaskan saf untuk mereka sekalipun, pastikan hanya untuk kanak-kanak yang betol-betol tak boleh dijaga jerk.Sebaliknya kanak-kanak yang pendiam, tidak buat bising, janganlah dihalang untuk bersolat bersama bapa mereka.

    Tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal.

    --------------------------------------------------------------------------------------------------
    1. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399
    2. Kitab al-Majmu jilid 4. Jeddah : Maktabah Irsyad, ms.186
    3. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924

    Saturday 22 December 2012

    20 Tip : Tenangkan hati


    As salam ...
    Masalah? semua orang ada masalah.... itu semua asam garam kehidupan.Alangkah ruginya jika hati sentiasa tidak tenang.Jika hati kita tenang,banyak perkara baik boleh kita lakukan.InsyaAllah.mudahlah kita beribadat kepada Allah S.W.T.

    Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

    1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

    2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

    5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
    Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan-kesalahan kite pada mereka.

    6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
    Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

    7) Program minda/cuci minda -
    Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

    8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

    9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

    10) Kekalkan wuduk

    11) Bersedekah

    12) Belanja orang makan.

    13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

    14) Berkawan dengan ulama

    15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

    16) Pesan pada orang, jadi baik

    17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

    18). Buat senaman ringan, urut-urut, longgarkan badan, picit-picit kaki dan tapaknya, bernafas dengan tenang dan dalam-dalam...

    19) Cari teman berbual, bual kosong je, jangan bual hal yang berat-berat. Yang ni pun dapat tenangkan hati jugak.

    20)Tengok langit (siang/malam), perhatikan ke serata penjuru. Tengok air mengalir (sungai dan lain-lain) pun membantu jugak.




    Suami Oh Suami

    Wednesday 19 December 2012

    Istimewa : khas untuk bakal pengantin


    As salam...

    Entry kali ni khas pada bakal-bakal pengantin. Ada beberapa perkara sunat yang baik dilakukan sejurus sah sebagai suami isteri ( selepas akad nikah)

    Solat Sunat Selepas Akad Nikah
    Niat Solat Sunat Nikah
    “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
    Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
    .
    Rakaat pertama:
    Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
    Rakaat kedua
    Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
    membaca doa selepas salam.
    sebaik-baiknye suami dirkanlah solat sunat nikah bersama dengan isteri.

    Sujud Syukur
    Cara Mengerjakan Sujud Syukur:
    Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
    1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
    2. Menutup aurat
    3. Menghadap kiblat

    Rukunnya pula ialah :
    1. Berniat untuk sujud syukur
    2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
    3. Satu kali sujud
    4. Memberi salam sesudah duduk.

    ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya,
    yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

    Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
    “Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

    
    Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah
    
    p/s : Jika majlis tersebut berlangsung dimasjid jgn lupe untuk dirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

    Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
    .
      Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)
    semoga entry kali ni dpt memberi manfaat kepada bakal pengantin. InsyaAllah.


    Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )



    Suami oh suami

    Instagram

    Wednesday 12 December 2012

    Musibah : meningkatkan keimanan ? atau balasan atas dosa yang dilakukan?

    As salam...

    hari ni marilah kite semua berfikir dan renung sejenak....

    Adekah musibah yang terjadi kepada setiap hamba Allah S.W.T itu ujian untuk meningkatkan darjat seseorang hamba atau balasan dari kesalahan yang dilakukannye sebelum ni.

    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157

    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

    (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

    Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

    Kehidupan di dunia tidak sunyi daripada kemelut, krisis, musibah dan malapetaka di mana tidak seorang pun akan terlepas daripadanya. Ia adalah untuk membuktikan siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang bersabar dan tetap memohon perlindungan kepada Allah dalam apa juga keadaan.

    Ibnu Kathir menjelaskan, melafazkan ayat sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui dirinya hamba milik Allah.
    Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.

    Berhadapan dengan keadaan yang sukar, setiap Muslim sewajarnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, lebih bersimpati terhadap nasib mangsa yang ditimpa musibah dengan meringankan segala kesulitan dihadapinya di samping menyelami hikmah di sebalik musibah yang menimpa.

    Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada segala malapetaka dan musibah. Sabda Rasulullah yang maksudnya: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu bala bencana dengan doa.” (Hadis riwayat Tabrani)

    Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    aku tinggalkan korang semue dengan pertanyaan yang same .... "adekah musibah itu untuk meningkatkan keimanan kite? ataupun balasan diatas dosa yang pernah kite lakukan?"

    fikir-fikirkan lah...

    Suami Oh Suami

    Monday 10 December 2012

    kesah H.S.A.H sungai petani

    As salam .... selamat pagi semua.

    semalam memang hari yg agak sibuk bg aku.... selepas buat rutin2 harian ... aku kemas2 rumah... lap2 perabut dan perkakasan umah aku... dulu semue tu selalu org umah aku yg buat.... tapi skang ni jarang2 dah die buat... maklum lah ... die dah cukup penat dengan keje kat opis... dan bangun awal setiap hari sebelum subuh .... sediekan sarapan dan lauk makan tengahari untuk aku sekeluarga.... die cakap kesian kat aku .... waktu malam ...aku handover sume keje2 ngasuh baby pade die ... kadang2 kalau die dah tak larat baru lah aku bangun buatkan susu untuk baby aku tu....

    semalam.... aku siap bersihkan icebox ...heheheheh... dah nak 10 tahun berkawin...baru semalam aku buat. adoiiiiiiii...

    ops!!! lupe plak nak cite... hari sabtu ari tu.. aku bawak mak aku g hospital sultan abdul halim ,sungai petani. unit kecemasan.... sebab klinik pesakit luar tutup ...

    mase nak buat pendaftaran ...aku bg semue surat2 rujukan daripada hospital sultanah aminah johor bahru.diorang ambik dan bg nombor...

    setelah dekat 2 jam menunggu .... akhirnye nombor mak pun dipanggil.... ingatkan nak beri rawatan ... rupenye nak bagi tau... kene buat checkup dulu kat tempat lain. hari ahad baru boleh buat urusan.ari ni tutup. pehhhhhh!!!! kenape lah boleh jadi mcm ni.... kalau bagi tau awal2 kan senang .... takyah lah aku ngan mak aku tunggu lame2.... sian mak aku... asik menahan sakit.Die dah le x boleh duduk lame2. sabo jerk la...

    nak marah pun x gune.... aku senyum jerk la. cume aku harap bahagian pendaftaran tu ... mestilah ade pengetahuan yang baik untuk menguruskan semua hal2 yang berkaitan.barulah tak menyusahkan pesakit.

    suami oh suami

    Sunday 9 December 2012

    Utamakan ibu dulu... baru isteri .

    As Salam...
    jadikanlah cerita ni sebagai pengajaran untuk kite bersame....
    Di zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha­iIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.

    Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.

    LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;

    "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".

    Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;

    "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".

    Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".

    LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.

    Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".

    Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".

    Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

    Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".

    Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".

    Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

    Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.

    Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.

    Alqomah yang kuat beribadat pun masih tak dpt membantu dirinya sendiri....kite?
    Suami Oh Suami

    Saturday 8 December 2012

    klinik dan surgeri Sedhu Ram -pakar saraf



    As salam...

    hari khamis lepas... aku bawak mak aku g berubat kat klinik dan surgeri Sedhu Ram. orang cakap banyak yang mengalami masalah strok g sane.kebanyakannye sembuh.

    aku pun cube la jugak.mane le tau dengan izin Allah S.W.T sembuh penyakit mak aku ni...

    klinik tu kat pauh,arau perlis.aku sampai sane kol 2 ptg. tengok klinik tu tutup plak... adoiii ...rupenye2...klinik tu bukak kol 5.30 ptg. tapi dr Muthu dtg kol 7 mlm. pehhh lega...mane taknye dtg jauh2 tutup plak.hehehehehe

    mase aku sampai dah ade yg beratur... mak aihhh awalnye... aku pun beratur le jugak...org cakap pesakit yg dtg memang ramai. sebab tu kena beratur awal.

    opsss!!!mak aku dgn family aku dah selamat kat homestay ( dekat jerk dgn klinik tu). heheheheh... takan nak suh diorang lepak dlm kete plak kan... sian diorang.

    aku beratur sampai kol 5.30ptg. dpt no 5. ok le tu. heheheheh.tgk belakang aku...memang ramai gler.lagipun ade pasar mlm... betambah2 ramai le manusia.

    sempat gak aku berbual dgn sorang uncle tu ( bekas pesakit strok)... die dah 3 kali dtg situ... memang dah banyak sgt perubahan pada die... termasuk dah boleh jalan mcm biase. memang die puji betul lah dr tu. cume kite sebagai org islam... jgn lah sampai terpesong pulak akidah kite... jgn taksub sgt dgn kehebatan dr tu. kelebihan yang dr tu ade pun dtg dari Allah S.W.T jugak kan... dengan izin Allah S.W.T sembuh lah setiap penyakit tu.

    ubat pun tak mahal ... untuk sebulan cume rm70 jerk. baik betul dr tu. bukan keuntungan semate2 yg diharapkan... semoga Allah S.W.T berikan die hidayah.amin.

    pada korang yang nak kesane ni alamat die :

    225 taman muda asas,
    pekan pauh,
    02600 arau perlis.

    tel : 0194378403 ( waktu klinik jerk) 5.30ptg -11.00 mlm




    suami oh suami
    sesak dgn pesakit

    

    https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo
    Video Penuh Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Malaysia Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang penuh dengan kemeriahan. ( lagu MTV dipilih sendiri oleh Wawa Zainal )

    Sunday 2 December 2012

    tesco jerk.


    As salam...

    nak update blog jap.hehehehe...

    semalam aku n family p tesco... beli baju sekolah anak-anak aku... sambil beli barang2 mak aku.
    beli kasut sekolah

    shaffiyah dgn mak tok.

    sambung buat keje balik.

    suami oh suami