Tuesday 23 October 2012

Tepung gandum bahan peluntur

As salam suami oh suami

KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.
Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.
Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.
Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.
Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).
“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.
“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.
“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.
Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.
“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.

sumber Harian Metro

berhati-hatilah yerk
suami oh suami

Wednesday 17 October 2012

Mak Andam Vs Photographer

As salam ....

Entry kali ni khas untuk bakal-bakal pengantin semua. Untuk makluman korang sebenarnye photographer jugak adelah mak andam hehehehehe. bukan nak rampas hasil kerja seni mak andam... cume nak perkemaskan sikit2 jerk. gune komputer...hehehehe.Maklumlah banyak sgt perkara-perkara yang tak disangka-sangka berlaku mengakibatkan makeup yang cantik-cantik tu jadi pudar dan tak bermaya.maklumlahkan seharian menjalani majlis. ade yang menangis dan ade yang main tonyoh jerk nak lap peluh.hehehehe ade jugak jenis muke yang cepat berminyak, tu tak termasuk mase outdoor ujan plak. malahan ade kulit muka yang memang bermasalah seperti jerawat ataupun tanda-tanda kekal .

Jadi dah menjadi tugas photograper untuk mengedit gambar-gambar pengantin yang bermasalah begini.






Kepada bakal-bakal pengantin tu.... mase korang masih tercarik-carik photographer untuk majlis korang. janganlah hanye tengok pade pakej-pakej yang murah semata-mata. tapi berjumpalah dengan photographer anda untuk tengok hasil kerja mereka.

Ingat ! bayar murah...hasilnye pun murah. :Þ

Tuesday 16 October 2012

Photography : kenapa perlu domain anda sendiri.

Sebagai Photographer Kenapa Perlu Miliki Nama Domain dan Hosting Sendiri
Membina kreadibiliti dan profesionalisme
Setiap perniagaan sudah pasti memiliki nama dan jenama tersendiri. Kreadibiliti anda akan meningkat apabila anda mempunyai jenama perniagaan anda sendiri yang unik dan profesional.

Contohnya, welikefoto.com adalah lebih mudah diingati, unik dan mempunyai jenama sendiri berbanding nama domain sayaphotographerterbaikdiselatantanahair.blogspot.com.

Dengan blog sendiri, anda boleh memasang design themes blog anda sendiri dan menghias “rumah” anda mengikut cita rasa perniagaan anda. Ini penting agar ia kelihatan lebih menarik dan profesional.

Lebih-lebih lagi, jenama atau branding bukanlah perkara kecil dan boleh dipandang mudah. Ia adalah antara faktor penting kreadibiliti perniagaan anda di mata para pelanggan anda.
Jenama yang baik akan memberi imej awal yang positif, ekslusif dan profesional bagi perniagaan dan blog anda.

Cuba gunakan perkataan-perkataan yang ringkas untuk nama domain anda. Jangan memilih nama domain yang sangat panjang yang terdiri daripada beberapa perkataan sehinggakan sukar untuk pelawat mengingatinya. 


Mungkin hari ini dia menjumpai anda melalui search engine ,esok atau lusa anda sudah tidak ditemui lagi ( ramai yang berlumba-lumba untuk berada dipage paling hadapan dlm seach engine) jadi nama yang pendek mudah diingati dan tidak sukar dilupakan.

Mencukupi sekiranya nama domain tersebut terdiri daripada satu atau dua patah perkataan. Lebih menarik kalau nama domain itu berkaitan dengan niche blog anda.

Selain itu, dengan memiliki nama domain dan hosting sendiri, anda bebas untuk menjana pendapatan pasif (monetization) melalui blog anda sama ada melalui pengiklanan, affiliate dan sebagainya .


Di samping anda menulis dan mengemaskini blog, anda secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai orang mendapat ilmu yang bermanfaat, menyelesaikan masalah ramai orang dan mendapat rezeki yang tidak diduga. .

Suami Oh Suami


Tuesday 9 October 2012

Jangan jadi suami yang DAYUS.

As salam.

Sahabat semua, sebagai seorang suami kite senantiase mendambarkan seorang isteri yang solehah. Sebenarnya kite tidak boleh hanya mengaharap saje.kite wajib memberi pendidikan kepada isteri kite.cuba kite lihat isteri kite? ade kah mereka sudah menutup aurat mereka dengan sempurna? jika tidak ... kita lah yang harus dipersalahkan.

Mahukah kite tergolong dalam golongan suami yang dayus?

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Suami oh Suami



Wednesday 3 October 2012

Jom shoot : Interval Foto


As salam.... ni adelah contoh Interval foto yang aku shoot.

Monday 1 October 2012

Punca badan berbau : Info drpd Berita Harian

Masalah badan berbau akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda kurang selesa. Cuma mereka mungkin tak sampai hati atau serba salah nak "sound direct" kat anda.

 
Artikal ni aku nak kongsikan pada korang ... agar dapat menambah pengetahuan kita bersama.
Selamat membaca.

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
  • Kerap mandi
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
  • Berhenti merokok

  • sumber : berita harian