Wednesday 26 September 2012

Tiada yang mustahil

Assalamualaikum...

hai, hari ni aku nak share kat korang 1 karya penulisan cerita pendek dari aku. sebenarnye aku teringin sgt untuk menghasilkan filem pendek yang mempunyai unsur-unsur pengajaran. sejujurnya aku tak ada langsung pengalaman untuk membuat filem.

tapi disebabkan minat yang mendalam.aku sasarkan satu hari nanti ...aku akan belajar jugak selok -belok dunia perfileman ni. Tiada yang mustahil bukan? opss sebelum terlajak jauh... ni skrip filem pendek yang aku nak kongsi kan tu.harap korang semua dapat pengajaran dari cerita ni.InsyaAllah


Diwaktu petang. Kelihatan seorang perempuan muda lingkungam 20an yang cantik.baru pulang dari kerja. Ketika hendak memasuki rumahnya.dia disapa oleh kak fauziah(jiran sebelah rumahnya) (berumur lingkungan 40an) (keadaan rumah yang buruk )yang sedang mengangkat kain baju di ampaian.
kak fauziah: dik, baru pindah sini? (Sambil tersenyum)
Perempuan muda (ika) : ye kak. (Sambil tersenyum sinis).(mata beralih ke arah 2 orang anak lelaki ) ( berumur lingkungan 12 tahun dan 8 tahun) Yang sedang leka bermain diluar rumah.
Ika: masuk dulu ye kak.
Kak fauziah: baiklah (tersenyum)
Ika: menutup Pintu (berkata dalam hati) aduhhh tegur aku pulak. Mula2 tegur.lepas ni datang nak pinjam2 la pulak.hishhh (berkeluh)

Suasana waktu malam.
Hujan lebat Guruh berdentum Kilat sambung menyambung Tiba2 Lampu Terpadam .Blackout .Kelihatan ika tercari2 sesuatu didapur.menggunakan cahaya handphonenya. Tangan mengapai lilin diatas almari dapor

Ika: (berkata dalam hati) nasib baik aku dah beli dulu.(senyum)
Tiba-tiba ~Dom dom dom ( pintu diketuk) Kedengaran suara budak kecil menjerit kuat
Budak: akak. Akak akakkkkkk
Ika: mengintai dr tingkap
Ika: (berkata dlm hati ) anak akak sebelah ni
Ika : ye dik.nak apa?
Budak: akak ada lilin tak?
Ika: (berkata dlm hati) jangan pinjamkan.nanti jd kebiasaan pulak.
Ika: ( menjerit) Tak Ada
Budak: (tersenyum)dah agak.mesti akak tak ada lilin.ni ada 2 batang lilin.untuk akak.akak duduk sorang-sorang.risau kami.
Ika: (rasa bersalah) (berkata dalam hati) ya Allah aku dah salah sangka pada diorang.(dipeluknya budak tu erat-erat)

Tamat

pengajarannya...janganlah berprasangka buruk pada orang lain dan jangan berkira untuk memberi. 

Suami Oh Suami

Wednesday 19 September 2012

Ajar anak bersilat

As salam...

Akmal Hakim in Action ...hehehhehe


Tak kesah la anak kite tu lelaki ke perempuan.Bersilat ni tak perlulah kite nak ajar die beria-ria. cukop kalau kite dpt ajar die care-care nak mempertahankan diri . Maklum jer la kan kes buli disekolah semakin menjadi-jadi. ajar pergerakan asas ...seperti bertumbuk dan menepis. sambil kite ngajar pergerakannye...kite kene bagi tau kat diorang ape kegunaannye. takut diorang salah gune plak.



Suami oh Suami

Tuesday 18 September 2012

Rezeki itu milik siape?

As salam...

Di dalam islam,kita digalakan berdoa dan meminta hanya kepada Allah S.W.T. setiap kali kita berdoa, semuanya yang baik-baik jer yang kita minta. Adakalanya didalam hidup kita, terjadi tidak seperti yang kita minta.Apakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T ?

Firman Allah SWT :
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mencukupkan sumber rezeki yang tidak pernah putus-putus bagi menyambung kitaran kehidupan di alam ini. Bukan satu atau dua hari tetapi ribuan malah mungkin jutaan tahun. Hanya Dia sahaja yang berhak dan layak untuk menurun dan mengeluarkan segala rezeki dari sumber mana yang dikehendakiNya. Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Allah S.W.T maha adil dan tak bersikap kejam kepada hambanya.Jika kita selalu dapat rezeki dan kebaikan ,Alhamdulillah.Tetapi jika rezeki kita susah nak datang, cuba lihat balik pada diri kita sendiri .Mungkin ada kesilapan yang menutup hijab dan menjadi dinding yang menghalang rezeki masuk.

Allah dalam firmanNya :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah ar-Rum, ayat 41).

Berkata Imam Syafi'ie rhm:
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم
"Sesiapa mengingini dunia, ia memerlukan ilmu. Sesiapa menghendaki akhirat, ia juga memerlukan ilmu".

Nasib itu tidak terletak pada tapak tangan tetapi terletak pada tangan dan kaki. Keluar dari zon statik kepada zon dinamik untuk mengubah nasib yang menimpa diri sendiri.

Ambillah peluang yang hadir, jangan terlalu takut untuk mencuba.Kita pun tak tau mungkin itu rezeki kita.Sebenarnya Allah S.W.T dah makbulkan doa kita, tapi kita tanpa sedar menolaknya.

Suami Oh Suami





Ramai yang tak tahu cara mandi wajib yang betul?


As salam... entry ni memang agak panjang sikit.... harap dapat beri kefahaman untuk kita semua. InsyaAllah.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib ibadat seseorang itu tidak akan sah.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,”


Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

Pertama, niat.

Kedua, menghilangkan najis di badan.

Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
( Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.)

Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas,
niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. ( jika tak faham,perlulah mendapatkan penerangan dari sesiapa yang arif sebagai rujukan lanjutan )

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Suami Oh Suami

Ciri-ciri suami abad ini, oleh Ustaz Azhar Idrus


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus

Suami Oh Suami yang mane korang rase nak ikut, korang ikutlah.... :Þ

Sunday 16 September 2012

Wednesday 12 September 2012

12 RESEPI MESRA SUAMI ISTRI

As salam...

Nabi saw bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap istri dan keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap istri dan keluargaku.” (HR. Tirmidzi)

1. Berbuat baik kepada pasangan.
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah bersabda, ‘Orang mu’min yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya’.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).

2. Mengerti perasaan pasangan.
“Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan begitu pula dengan istrinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya merengkuh telapak tangan istrinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami istri itu dari sela jemarinya.” (Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi’ dari Abu Sa’id Alkhudzri ra.)

3. Melayani pasangan.
Dari Anas ra., dia berkata: “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Nabi saw menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang Beliau untuk Shafiyyah. Kemudian Beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lututnya dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Beliau sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR. Bukhari)
Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Aku biasa menyisir rambut Rasulullah saw, saat itu aku sedang haid.” (HR. Ahmad)

4. Makan dan minum, sepiring dan segelas berdua.
Dari ‘Aisyah ra, dia berkata, “Aku biasa minum dari muk yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil muk tersebut dan meletakkan mulutnya di tempatku meletakkan mulut, lalu Beliau minum. Kemudian aku mengambil muk tadi, lalu aku menghirup isinya, lalu Beliau kembali mengambilnya dari ku, lalu Beliau meletakkan mulutnya pada tempatku meletakkan mulut, lalu Beliau pun menghirupnya.” (HR. ‘Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur dan riwayat lain yang senada dari Muslim)
Nabi saw pernah minum di gelas yang digunakan ‘Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit ‘Aisyah. (HR. Muslim No. 300)

5. Membantu pekerjaan rumah tangga.
‘Aisyah pernah ditanya, “Apa yang dilakukan Nabi saw. di rumahnya?” ‘Aisyah menjawab, “Beliau ikut membantu melaksanakan pekerjaan keluarganya.” (HR. Bukhari)

6. Memberi kejutan untuk menyenangkan hati.
Dari Said bin Yazid, bahwa Nabi mengundang seorang wanita, kemudian Nabi bertanya kepada ‘Aisyah: “Wahai ‘Aisyah, apakah engkau kenal dia?” ‘Aisyah menjawab: “Tidak, wahai Nabi Allah.” Lalu, Nabi bersabda, “Dia itu Qaynah dari Bani Fulan, dia aku undang menyanyi untukmu?” ‘Aisyah terkejut dan senang. (HR. An Nasa’i, kitab Asyratun Nisa’, no. 74)

7. Memberi hadiah menambah rasa cinta.
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata,“Ketika Nabi saw menikah dengan Ummu Salamah, Beliau memberikan kepada masing-masing istrinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR. Ahmad)

8. Bercanda menambah kemesraan.
‘Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi saw tertawa melihat mereka. (HR. Nasai dengan isnad hasan)
Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah, bahwa Beliau suka bercanda dengan istrinya. (HR. Bukhari)

9. Rekreasi menambah kemesraan.
Dari ‘Aisyah, dia berkata: “Pada suatu hari raya orang-orang berkulit hitam mempertontonkan permainan perisai dan lembing. Nabi saw berkata kepadaku, ‘Apakah kau ingin melihatnya?’ Aku jawab, ‘Ya.’ Lalu Beliau menyuruhku berdiri di belakangnya. Pipiku menempel ke pipi beliau. Beliau berkata: ‘Teruskan main kalian, wahai Bani Arfidah (julukan orang-orang Habsyah)!’ ” (HR Bukhari dan Muslim)

10. Berplesiran dimalam hari.
Rasulullah pernah datang pada malam hari, kemudian mengajak ‘Aisyah berjalan-jalan dan berbincang-bincang. (HR Muslim 2445)

11. Bila tergoda segera menemui pasangannya.
Dari Jabir ra, sesungguhnya Nabi saw pernah melihat wanita, lalu beliau masuk ke tempat Zainab, lalu beliau tumpahkan keinginan beliau kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi istrinya, karena pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

12. Meredakan emosi pasangan dengan mesra.
Nabi saw biasa memijit hidung ‘Aisyah jika ia marah dan beliau berkata, “Wahai ‘Aisy, bacalah do’a, ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan’.” (HR. Ibnu Sunni)

Suami Oh Suami

Tuesday 11 September 2012

hari kedua bersama Shaffiyah Humaira


As salam
Isteri aku dah naik keje semalam, setelah cuti bersalin selama 90 hari. itu bermakna tugas menjaga Shaffiyah Humaira pada waktu siang menjadi tanggungjawab aku .hari ni masuk hari kedua ....Semalam Alhamdulillah. Tak terasa susah sangat. die pun tak meragam. nasib baik anak aku ni...selagi perut die kenyang... die ok jerk. Syukur pada Allah.


Alhamdulillah, Shaffiyah Humaira dah boleh meniarap. pada usia seawal 2 bulan.walaupun leher pun tak keras lagi, die nak meniarap gak. risau plak nak tinggal kan die.takut muke tesembam.

Saturday 8 September 2012

sambungan : Suami Isteri bergaduh?


Ayat dalam Surah Al-Baqarah:102 yang bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanyalah syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat dinegeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir, kalau mereka mengetahui."

Ayat di atas berkenaan sihir untuk memisahkan pasangan suami isteri, yang mana ia bukanlah perkara baru yang berlaku dalam masyarakat kita (Melayu) sahaja, malah ia merupakan satu perbuatan yang berlaku dalam mana-mana masyarakat pun. Hatta dalam masyarakat Yahudi sekalipun wujud perbuatan ini, bermacam-macam sihir dikerjakan termasuklah sihir untuk mencerai-beraikan masyarakat, keluarga termasuklah pasangan suami-isteri.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.

Ayat Doa 1
Maksudnya: 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)

Ayat Doa 2
Maksudnya: 

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)

Ayat Doa 3
Maksudnya: 

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Walauapapun yang berlaku, selagi kita berpegang teguh kepada ajaran agama serta melaksanakan suruhan Allah, sihir itu tidak akan mampu mempengaruhi kita. Kadang-kadang orang yang menghantar berniat untuk membuat kita jatuh sakit, memisahkan suami isteri, serta pelbagai lagi niat mereka tapi disebabkan kekuatan dalaman kita, ia tidak mampu mempengaruhi kita sebagaimana yang dijelaskan dalam bahagian akhir ayat ini. "Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah".

Suami Oh Suami



Friday 7 September 2012

untuk yang terlibat (termasuk photographer & videographer semua)

As salam

Sila baca surat dibawah. Sekadar information untuk semua yang terlibat.

Wednesday 5 September 2012

Suami Isteri bergaduh?


Para ulama ilmu Nafs menganggarkan kesan daripada pergaduhan yang berterusan dihadapan anak-anak akan memberi impak negetif kepada mereka sehingga mereka besar, antara kesannya ialah kebencian mereka kepada perkahwinan, takut mengenainya, takut berulang kepada dirinya jika dia berkahwin, kerana pemikiran seperti itu sudah ditanam sedari kecil lagi.

Perbalahan, perselisihan dan pergaduhan adalah satu lumrah dalam kehidupan berumahtangga, pepatah melayu ada menyebut “ sedangkan lidah lagi tergigit” apalagi suami isterikan, Cuma bagaimana kita menghadapinya, itu sangat penting.

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh sepasang suami isteri dalam soal ini?

Boleh juga jika perbalahan hampir tercetus anda berdua masuk ke bilik, selesaikan di dalam bilik, bukan dihadapan anak-anak,  yang penting jagalah suara.

Wajib bagi setiap pasangan menjauhi dari mempengaruhi anak-anak yang ayah mereka telah menzalimi ibu mereka, begitu juga sebaliknya, ini adalah satu perbuatan yang amat buruk, kerana ianya akan menghilangkan rasa hormat anak-anak kepada ayah atau ibu mereka.

Seorang isteri wajib memahamkan kedudukan suami mereka kepada anak-anak, seorang ayah wajib dihormati, disanjungi, sesuai dengan kedudukan nya, seorang ayah pula perlu memahamkan anak-anaknya yang ibu mereka wajib disayangi dan juga dihormati.

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasi. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini atau pun tidak akan memperlekehkan suami.

Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan. Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga? Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai. Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara? Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?

Pasangan yang jahil tidak menghiraukan perkara ini, mereka bergaduh, meninggikan suara, mencaci, sehingga mendatangkan suasana yang tidak selesa di dalam rumah, kesan yang amat buruk bakal menimpa anak-anak di atas kelakuan jahil mereka ini.

Hendaklah kita faham perbalahan yang berterusan akan memberi kesan buruk, oleh itu kita harus berada dalam keadaan yang terkawal, jauh dari meninggikan suara, caci maki, dan yang seumpama dengan nya.

Suami Oh Suami didiklah isteri dan anak-anak dengan ilmu agama Allah S.W.T.  jika kita sendiri jahil... maka berusahalah untuk belajar. Jangan malu untuk menuntut ilmu. Untuk kesenangan kita dan keluarga kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Suami Oh Suami

Tuesday 4 September 2012

anda minum air kosong berapa gelas sehari?

As salam...

kalau cite pasal berapa banyak air yang perlu kita minum dalam sehari semalam... ramai dikalangan para suami tak tau.Mungkin ade jugak yang dah tau... tapi tetap buat tak tau jerk. Alasan nye malas nak berulang g buang air. kalau berulang g isap rokok bleh plak. hehehehehe.

Korang tau tak? ...Kurangnya minum air boleh menyebabkan kemurungan ?

Air adalah komponen utama dalam badan manusia. Ia membantu mengawal atur suhu badan, mengangkut nutrien dan bahan buangan dalam badan serta mengekalkan jumlah darah.

Jumlah pengambilan air kosong bagi seorang yang normal disarankan adalah sebanyak 6 hingga 8 gelas dalam sehari. Pun begitu mengikut saiz badan seseorang jugak.Kalau besar sangat memang tak memadai dengan 8 gelas sehari.

Kalau korang dapat baca petikan akhbar kat atas ni bagus lah. Dapat gak jadi panduan untuk korang kan.

Apapun , air memang sangat penting untuk kite bukan jerk yang bekerja dibawah sinaran matahari... atau yang bekerja dalam pejabat yang mempunyai penghawa dingin ataupun yang tak bekerja langsung.

Diharap dengan info yang tak seberapa ni, dapatlah meningkatkan kesedaran kita sebagai suami yang selalu mengabaikannya. dengan mengangap orang perempuan jerk yang kena pastikan pengambilan air yang betol untuk badan mereka. Membuatkan kita malu untuk membawa botol air ke tempat kerja. betol tak?

Suami oh suami

Monday 3 September 2012

Online Game

As salam...
Tentu ade diantara korang yang suka main “ Oline Game” selain daripada kepuasannya yang tersendiri ianya juga mewujudkan satu komuniti yang hebat diantara pemain-pemain.
Kali ni aku nak kenalkan pade korang satu online game dari malaysia RYL2Avenger , merupakan satu permainan maya yang aku syorkan untuk korang cube.memang terbaik game ni.
Khabarnya 25 Disember  2012 . server ni akan buat outdoor game khas untuk semua hali-ahlinya berjumpe dan berkenal-kenalan.Mungkin sebelum ni hanye kenal id dalam game jerk. Kali ni boleh jumpe” face to face”. Bersempena dengan ulang tahun server game ni yang ke-4 sambutan serentak di 4 negeri  johor , selangor , perak atau kedah atau penang ( tak confirm lagi) dan kuching.
Untuk keterangan lanjut sila lawati www.ryl2avenger.com .
Suami Oh Suami

Hukum Merokok Dari Pandangan Islam

As salam...
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya

Suami Oh Suami